Kecapilah Keindahan
Bismillah
Kehidupan, menuntut kita bersabar daripada satu perkara yang
kita kenalinya sebagai masa. Setiap detik yang berlalu membawa pelbagai cerita,
ada suka dan ada juga duka. Masa mengajar kita pelbagai pengajaran hidup,
syukur dan sabar adalah alat yang terbaik untuk membantu kita menghadapinya.
Kerana selamanya kita perlu tetap yakin akan kelangsungan masa juga adalah
daripada kehendaknya Tuhan, agar kita beroleh pengajaran daripada setiap detik
yang kita lalui.
Alhamdulillah, satu ungkapan yang terlampau bermakna selepas
hampir lebih separuh tahun 5 perubatan di University of Jordan. Walaupun
terselit berbagai kisah yang sakit kadang-kadang kalau diingatkan, tetapi tetap
banyak hikmah yang Allah hadiahkan.
Antara perkara yang aku belajar, dan peringatan untuk diri
sendiri sentiasa.
1. Knowledge - strive for it, there is no shortcut.
Otherwise you lose it.
Satu hal yang sangat banyak belajar daripada kawan-kawan
Arab adalah ilmu mereka yang sangatlah mengagumkan. Walaupun ada yang memang
dilahirkan pandai, tapi tak kurang mereka yang sangat berusaha dan ketagih
dengan ilmu. Siapa tak jealous kalau tengok budak Arab boleh jawab soalan
doktor termasuk ilmu basic science 2-3 tahun yang lalu pun, boleh jawab macam
ABC. Residents yang boleh terang satu satu fakta daripada basic science sampai
aplikasi ke clinical. Tak cerita lagi yang boleh study USMLE dan score tinggi
dalam USMLE waktu clinical years.
Otak Arab otak hafal, dan kita selalu mencipta alasan dari
statement ini.
Apa yang aku betul-betul sedar adalah, there is no shortcut
even for those brilliant Arabs (except for the gifted ones). Pernah duduk
dengan Arab, study sekali, hafal semua information sekali, ulang sekali and
guess what, the next day I am the only one who remember all the pieces of
information we studied together. Kalau rasa Arab tak struggle untuk score, it
was absolutely wrong. Beza kita dengan Arab mungkin ada, tapi bukan alasan
untuk kita tak berusaha untuk study dan gain the information ourself.
Kuncinya adalah, baca, faham dan ulang and sometimes hafal.
Spend masa untuk study, dan fokus setiap kali study. Bila lama bergaul dengan
Arab, baru perasan style belajar yang memang takkan baca benda lain unless dah
ingat betul topik tu.
Mungkin beza Arab dengan kita, kita belum cukup bersungguh dan belum cukup fokus bila study. Haritu ada sorang Arab ni post macam mana dia hadap USMLE, macam mana preparation dll. Memang sudah diketahui umum dia ni pandai, tapi cara dia berusaha memang Subhanallah, tak boleh lawan. Jenis yang tak kenal penat dan otak tak jem walau guna 24 jam. Seriously, skill belajar yang sangat patut dicontohi walaupun sekelumit je mampu ikut.


Rasyidah, nak bersemangat waktu doktor mengajar, semangat waktu round,
waktu klinik, cuba baca sebanyak mungkin yang boleh ! Jadi orang yang
bersedia. Jangan kaku bila doktor tanya soalan, and try to answer. Tapi jangan
contohi sikap Arab yang semua benda nak jawab, sampai reka fakta even
percentage bagai. Tak tahu tu biasa, tapi effort kena sentiasa ada.
Kalau ini kelebihannya duduk di Jordan, ambillah sepenuhnya
manfaat. Kukuhkan ilmu, target beberapa buku nak dibaca sebelum grad. Aku
percaya ilmu-ilmu inilah yang akan membezakan kita dengan yang lain di zaman
yang competition terlampau tinggi ini.
2. Get gritty.
Point ni sangat penting dan sampai sekarang rasa masih
banyak lack benda ni dalam diri. Bila duduk dengan Arab yang tahap keyakinan
mereka ni setinggi Buruj Khalifa ni, makin terhakis keberanian dan keyakinan
dalam diri. Nak buat something pun fikir beratus-ratus kali and last sekali
menyesal.
Ni pun adalah masalah yang sangat core dalam students
Malaysia, and maybe, budak Arab pun annoying dan rasa kita lemah sebabkan
perkara ni. Nak jawab takut, nak tanya soalan takut, nak mintak izin buat
sesuatu pun takut. Kalau benda ni kekal, memang sangatlah susah untuk kita
dapat advantage.
Apa yang aku belajar daripada benda ni adalah paksa. Kita
takkan dapat grab segala advantages tersebut melainkan kita move on dan
bertindak.
Kalau tak faham tanya, kalau tahu jawab, and paling lemah
pun, buatlah eye contact dengan doktor dan angguk kalau tak boleh buat yang
lain.
Ada doktor yang memang tak reti cakap English, ada doktor
yang memang tak notice, ada doktor yang baik, cakap Arab tapi still noticed,
ada doktor yang noticed dan cakap English which is the best and extremely rare.
Dan daripada setiap characteristic doktor ni, kita yang
perlu belajar dan adapt dengan mereka, kalau kita betul nakkan benefit. Buatlah
apa cara pun bagi doktor notice kalau asalnya dia tak notice kita, paling mudah
jawab soalan doktor dan susah sikit tanya soalan.

Tapi seriously sekarang bila satu hari atau dua atau tiga dengan doktor yang sama lepas tu tak ambil peluang langsung untuk musharakah, bila nak mintak sign dengan doktor ataupun nak balik, rasa malu dan segan tu subhanallah hanya Allah yang tahu. Rasa segan macam tak tahu apa-apa dan segan orang rasa kita ni pemalu sangat, tambah-tambah lagi dengan penampilan Islamik tudung labuh, berkain semua. Tak pernah pun rasa malu dengan penampilan diri tapi tahu Arab tengok kita macam mana, padahal pakaian ni biasa kalau balik Malaysia. Dah Arab ni memang masalah ; tob'ii dia adalah pemakaian yang tak senang dipandang mata nak buat macam mana..
Yang penting, jangan bagi orang judge based on apa yang kita pakai, buktikan kita patuh agama dan kita boleh kehadapan dan jadi profesional.
Moga Allah sentiasa bukakan hati.
3. Arabic Language.
Waktu tahun lepas, Allah hadiahkan ramai kawan-kawan yang sangat support diri sendiri untuk cakap Arab. Diorang ni sabar je walaupun kita tergagap-gagap nak guna Bahasa Arab 'ammi Jordan. Dan ada jugak yang mengajar. Memang tak akan lupa ; Yasmin, Lara, Sura, Salam (even dah tak pandang ena sekarang HAHA). Sangat baik dan meraikan kita orang foreigner. Inilah function bila jumpa Arab yang willing untuk kawan dengan kita. Sebab tak semua Arab yang suka orang Melayu dan ikhlas nak kawan dengan kita. Diorang ni boleh dikatakan baik(maybe) tapi tak mesra dan tak peramah. Kadang-kadang tu rasa penat nak tegur, senyum dan start cakap even 'keiffik' 'sobahalkheir' dekat setiap sorang yang kenal sebab diorang ni memang jaraaaaaang sangat nak start dulu (and I don't even know why)
/hello-in-eight-different-languages-185250085-5941fb8c3df78c537b32ecac.jpg)
Alhamdulillah, waktu ni belajar improve Bahasa Arab even kadang tu menyesal tak sudah tak improve Bahasa Arab since basic years. Sebab dengan Bahasa Arablah nak improve skill ambik history dengan patient, nak faham apa yang doktor cakap dalam kelas, dll.
Pointnya kat sini adalah, cubalah paksa diri untuk cakap Bahasa Arab dengan kawan, atau suruh dia tunjuk ajar kita kalau tak mampu. Jalan untuk belajar bahasa adalah dengan praktis, bukan dengan baca buku. Language is a skill. Walaupun dengan segenap kepayahan HAHA, cubalah cakap Arab dan tanya Arab kalau ada benda yang tak paham. Seriously, bila dah boleh cakap Arab dengan kawan Arab, gap tu akan terus berkurang, kecuali dengan kawan Arab yang English dia fluent sampai kita pun segan nak cakap English dengan dia. Yang ni memang boleh cakap English dengan selesanya.
Okay, rasa dah nak stop menulis walaupun banyak lagi yang nak bagitahu.
Kena sambung lagi lepas ni.
Comments
Post a Comment