Kelangsungan Masa

Bismillah.

Niat asal nak sambung study topik yang masih banyak berbaki, tapi mood dah takde walaupun OSCE dah next week.

Alhamdulillah, sekarang dah sampai rotation kedua untuk fifth year, Forensic, Toxicology and Emergency Medicine selepas Family Medicine. Bila ada groupmate Malaysia dalam group, alhamdulillah makin terasa senang untuk terus semangat belajar.

Entah malam ni terasa nak menulis sesuatu walaupun amat jarang sekali menulis dalam blog yang tiada pengunjung ni haha. Baru balik jumpa Mun yang akan back for good setelah 4 tahun berusaha untuk belajar Medic di Jordan. Benarlah, Allah yang mencorakkan rezeki manusia yang bermacam rupa.

Belajar bersyukur mungkin adalah perkara yang tersukar dalam kehidupan. Bila rasa tak kena dengan nasib sendiri, tentang takdir yang Allah letak, sangat mudah untuk mengeluh dan kesal. Mudahnya melafazkan 'tertekan', 'stress'. Padahal sungguh, nikmat Allah tidak terhitung banyaknya.

5 tahun di Jordan, melewati terlampau banyak perubahan dalam kehidupan. Berubah menjadi manusia yang lain perwatakannya berkali-kali. Minda makin matang, namun entahlah, hati ini ikut menjadi matang atau tidak. Paling takut adalah, aku lupa tentang pelajaran kehidupan di setiap episod yang aku lewati dalam hidup. Bimbang akan nilai yang aku pernah garap satu masa dahulu, aku lupa dan tutup lembarannya.

Bermula daripada seorang yang sangat aktif persatuan, sangat gian nak tolong orang, sangat kaya dengan motivasi bekerjalah dan Allah akan mengira setiap amalan tersebut ; sekarang berubah menjadi seorang yang sangat lemah bila berbicara soal persatuan, soal program. Malas bekerja, malas berfikir, malas menolong, sibuk dengan hal-hal lain yang aku rasa lebih penting.

Keluh aku pada seorang sahabat, dan balasnya kembali. Tidak mengapalah kita korbankan itu pada saat sekarang, kerana sudah banyak kita korbankan tanggungjawab kita dahulu pada perkara perkara yang bukanpun tanggungjawab yang sebenar. Benarlah, namun aku tidak tahu adakah benar aku menggunakan setiap detik masa dengan sewajarnya ? Adakah aku sudah menjadi pengurus masa yang kurang baik berbanding dulu ?

Kelas talaqi yang aku sangat suka hadiri. Kelas al-Quran yang sangat aku komited sampai sanggup lepas kelas waktu bulan Ramadhan ambik bas 50 qursh dan jalan kaki daripada Suq Abdali seorang diri sampai ke masjid untuk tasmi al-Quran. Pernah jalan daripada Duwar Madinah ke Duwar Dakhiliah seorang diri sebab sesat, waktu tak reti lagi berkonunikasi dalam Bahasa Arab. Aku tanya pada diri sendiri, mampukah aku berbuat perkara yang sama sekarang ? Jawapan aku adalah tidak, aku perlu teman. Aku perlu lebih rasional. Aku tidak mampu berkorban begitu sekali. Atau aku yang semakin manja dan kedekut usaha dengan perkara begitu sekarang.

Sehinggakan bila teringat balik, bermain dalam fikiran sendiri, hebatnya semangat dan usaha aku satu masa dulu.

Dulu sangatlah minat dengan buku-buku ilmiyah. Sampaikan beli kitab Arab kalah budak Syariah. Masuk Maktabah berapa lama belek satu-satu buku. Tapi sekarang mungkin sudah 2 tahun aku tidak menambah koleksi buku terbaru, aku jadi takut untuk membeli buku tanpa membuka dan membaca. Lagi selesa membuka buku yang mudah, buku agama dibelek mungkin tatkala aku memerlukan dan dibaca beberapa tajuk sahaja.

Semenjak usaha dengan Medic jadi maksima, segalanya makin berubah. Semenjak minat dengan Medic makin bercambah-cambah sampai study benda yang minat boleh jadi satu passion dan hobi, kalau nak dibanding dulu waktu study adalah waktu paling dibenci, entah aku sendiri ragu adakah aku makin membina diri kearah kebaikan atau keburukan.

Mungkin, sebab segala peristiwa yang terjadi memaksa aku untuk berubah. Tekanan bila masuk alam klinikal sangat hebat, dan baru aku faham apakah erti jurusan yang aku pilih sekarang.

Aku menyesal dengan perubahan sekarang ? Entah, tidak mampu memberi jawapan, di satu sudut aku bersyukur, tapi di satu sudut yang lain aku hairan dengan diri sendiri. Aku mula bertanya kembali kenapa aku memilih Jordan. Kalau dulu, sangat yakin boleh jawab sebab nak menuntut ilmu lain selain Medik, Bahasa Arab dan segala macam alasan lain. Sekarang, hari yang aku sendiri lewati kadang penuh kekangan untuk belajar sehingga tertanya kembali kenapa tak sambung sahaja di Malaysia.

Tinggal lagi 2 tahun, dan aku tidak mahu dua tahun yang sia-sia. Aku perlukan kelebihan sedang aku berada di Jordan, dan aku kira tak sedikit pengorbanan yang dibuat, tak sedikit air mata yang tumpah. Itulah perlu aku cari semula aku yang dahulu.

Aku perlu mengumpul kembali semangat lama, setidaknya memulihkannya dan mengambil pelajaran daripadanya buat bekal setelah aku pulang ke Malaysia kelak. Perlu seimbangkan keduanya, gunakan sebaik mungkin masa. Aku percaya Tuhan punya rencana tersendiri mengapa Dia menghantar aku jauh kebumi orang, dan aku mestilah tidak menyiakannya.

Celoteh malam,
5 Ogos 2017, 10.31 pm
Sweileh, Amman.

Comments

  1. Casinos Near Casinos Near Casinos in Washington DC - Mapyro
    Casinos 청주 출장샵 Near Casinos in Washington DC. 수원 출장샵 1. Closest Casinos Closest to Casinos. 1. Closest Casino. 2. Closest Casinos Closest to Casino. 3. 전라남도 출장마사지 Closest 수원 출장안마 Casino. 4. 익산 출장안마 Closest Casino. 5. Closest Casino

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi