Tak Seindah Bintang di Langit~

Bismillah

First entry tahun 2016, makin jarang menulis dan menaip. Mungkin one of the big reason sebab banyak sangat cerita kehidupan dekat blog. Bila tengok ruangan entries, sedarlah makin menurun bilangan entry daripada berpuluh-puluh angka setiap tahun sampailah tinggal bilangan sa tahun yang berikutnya.

Makin banyak memori, dan kita makin penat bercerita. Kadang-kadang cerita yang lama berulang dan kita sudah masak dengan cerita sama yang dilalui. Adakah kita sudah cukup bersabar dengan hari-hari semalam yang sudah kita tempuhi.

Almost 4 years. 4 tahun menjejak tanah Syam yang menyaksikan bermacam cerita suka duka. Batch Mujaddid (batch Jordan tahun 2012) majoritinya dah sampai masa untuk pulang ke Malaysia, and of course sebab majoritinya adalah daripada jurusan Syariah. Dan kita masih bertatih di sini, separuh perjalanan pun tak sampai lagi, nak graduate tu nampak macam nun jauh silau-silau cahaya. But in 3 years insyaAllah, and we will end this journey. Entah macam mana pula aturan hidup yang akan diaturkan Allah.

4 tahun yang berlalu, satu perkara yang betul-betul merubah hidup upside down adalah Medicine itself. Kadang-kadang terfikir, macam mana satu 'kos pengajian' boleh ubah hidup manusia sebegini rupa. Macam mana boleh sanggup berkorban bermacam perkara sebab satu kos pengajian.

Yeah, Allah does not burden a soul beyond that it can bear.

Bisikan yang tak tahu baik atau jahat biasa datang,

'Kalau aku ada masa lebih, boleh je nak berkorban untuk buat benda baik, bergaul dengan orang'
'Kalau ada masa, berapa banyak dah kelas talaqqi yang boleh join, berapa kelas sanad boleh ambil'
'Kalau ambil Syariah mesti, dah boleh score dan kalahkan orang lain nak banding dengan Medic yang nak lulus pun susah'
'Kalaulah ada masa nak baca jugak kitab Arab yang banyaknya bukan main tu'
'Kalau orang lain tahu macam mana Medic itself, mesti diorang akan faham kenapa kita tak boleh cakap ya untuk semua perkara'

And all those KALAU yang takkan berlaku pun kalau sebut dan boleh hilangkan rasa syukur seorang manusia. Typical manusia, Allah sebut dalam al-Quran manusia takkan boleh hitung nikmat yang diberi, tapi kita kira apa yang kita tak dapat.

Okay the point is kadang-kadang pengorbanan ini sangat berpengaruh dan buat banyak kali hati mengeluh, even I know it shouldn't. Berapa kali pujuk diri sendiri untuk sabar dengan pilihan yang diri sendiri buat tapi when it comes to the situation, payah benar nak yakin dengan kebaikan yang dah terjadi dan asyik tengok perkara tak baik.

Paling sedih jugak apabila orang nampak kita macam selfish dan tak nak korbankan masa dengan yang lain dan sebagainya. Padahal dalam hati kita yang tahu macam mana sedihnya kena hadap material study tu non stop.

Pilihan Medic mungkin salah satu pilihan yang sangat besar buat dalam hidup, peribahasa 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' sangat menepati kehidupan seorang pelajar perubatan. Takkan kenal susahnya sehinggalah diri sendiri rasa macam mana berdepan dengan jurusan ini.

Tiada siapa yang lebih layak untuk selesaikan masalah melainkan diri sendiri, siapalah kita untuk mempertikai keputusan Tuhan. Apa yang cuba sematkan dalam diri adalah untuk belajar bersyukur dengan nikmat-nikmat yang tak terhitung, dan percaya akan aturan Allah tidak akan pernah sia-sia. Dan lebih-lebih lagi, pengorbanan ini pasti ada guna dan kebaikannya. Allah Maha Mengetahui segala isi hati, Dia pastinya tahu akan hikmah disebalik aturan yang jelek di mata manusia.

Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa beryukur dan menginsafi segala nikmat yang telah Engkau curahkan.

*****

Hari demi hari berlalu, dan usia kita makin bertambah, fikir kita makin lebat. Situasi kita pula makin berbeza, hari semalam diganti dengan hari ini yang mana mungkin akan sama ragamnya. Aturan langkah kita makin menjauh, akal kita makin panjang.

Banyak hari yang kita sesali, keputusan yang tidak sewajarnya diambil tapi setiap satu darinya mengajar kita menjadi manusia yang punya akal lebih matang.

Benar, pengalaman betul-betul mematangkan manusia. Tiada manusia yang berupaya untuk menjadi hebat tanpa kesilapan-kesilapan lama yang kadang-kadang memalukan jika dikenang. Dan alangkah beruntung kita jika menjadi manusia yang cepat berubah dan matang dalam setiap situasi. Maka masa akan terus merubah diri kita untuk menjadi semakin matang dan pandai.

Tidak akan kita kecapi tanpa pahitnya sebuah pengalaman.

Allah menghadiahkan pelbagai tingkat kehidupan yang sentiasa berubah-rubah. Kadang kita punya tanggungjawab itu, kadang kita punya bebanan ini. Setiap tanggungjawab yang mesti dihabiskan dengan kudrat dan masa yang ada. Kerana itu penting untuk memastikan kita bukan di dunia yang sama. Pegilah mencari kelainan, di sana kita akan bertemu perkara baru - dan proses yang sama akan berulang ( buat, silap, belajar dan pandai ) Janganlah puas hati dengan situasi lama kita yang sama. Ajarlah diri sendiri perkara baru supaya kita lebih masak dengan dunia yang bernama kehidupan. Jangan takut akan kegagalan.

****

Swept away on a wave of emotion
Overcaught in the eye of the storm
*
An empty street, an empty house
A hole inside my heart
I'm all alone, the rooms are getting smaller.
*
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue, to see you once again
*
I was once like you are now, and I know that it's not easy,
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot,
Why, think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.
*
All the times that I cried, keeping all the things I knew inside,
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree, but it's them you know not me.
Now there's a way and I know that I have to go away.

I know I have to go.
*
Everybody's looking for that something
One thing that makes it all complete
You'll find it in the strangest places
Places you never knew it could be
*
You'll find it in the deepest friendship
The kind you cherish all your life
And when you know how much that means
You've found that special thing
You're flying without wings
So impossible as they may seem
You've got to fight for every dream
‘Cause who's to know which one you let go
Would have made you complete

Sekian, tiada motif dan emosi tak stabil.

Comments

  1. Syidoh,
    Sangat setuju dengan statement;
    "Makin banyak memori, dan kita makin penat bercerita. Kadang-kadang cerita yang lama berulang dan kita sudah masak dengan cerita sama yang dilalui."

    Tapi walaupun cerita selalu sama, dan selepas setiap kesedihan yang bertimpa, kita sedar dan belajar bahawa 'semua kesedihan ni ialah ujian, Allah nak uji kesabaran aku'. Tetap, bila tengah menghadapi ujian-ujian tu, susah rasanya nak sabar. :'(

    Lemah betul makhluk nama manusia ni. Mudah lupa yang dia tengah diuji, sedangkan pattern ujian tu lebih kurang sama je. Masih tak immun lagi. Huhu. Moga ujian-ujian yang mendatang membawa kita lebih dekat kepada martabat kesempurnaan iman.

    Moga Allah permudahkan urusan syidoh :) Dan jangan lupa doakan kte, nanti malaikat akan aminkan yang sama untuk syidoh kehkeh

    ReplyDelete
  2. Dush Mirae komennnnn... Mengarut sangat ni Mirae :(

    Tapi betullah kadang tu ujian yang sama datang tu lagi ringan sebenarnya daripada ujian yg dah pernah kita lalui tapi nak sabar tu ya Allah susahnya.. Mungkin betul kot Allah nak ingatkan kita berkali-kali dengan cara ujian.

    Makin banyak pengalaman Mirae sekarang, seriously suka baca. Memang betullah Allah letak org macam Mirae tu kat sana, tak semua mampu nak harung semua tu. Mirae selamat menimba lebih banyak pengalaman, mesti kalau jumpa lepas ni terkejut sebab matang sangatttt. Rasa nak terbang je nak rasa dgr cerita Mirae.

    Moga Allah permudahkan jugak semua urusan Mirae, doa kat Mirae tak pernah lupa kan haritu dah janji :P jangan lupa doakan jugak tau.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi