Emas Dalam Longgokan Lumpur

Bismillah

Alhamdulillah, thummal hamdulillah..

Akhirnya setelah 3 semester lebih kurang perjalanan ulang lagi sekali tahun kedua, akhirnya perjalanan yang agak 'panjang' selesai sudah. Sepanjang ulang tahun, banyak juga cari semangat orang-orang luar yang dah berjaya tamatkan pengajian. Ada ramai, doktor yang dah dapat PHD pun, ulang tahun sebenarnya. Ulang tahun bukan satu penyesalan yang total, walaupun mungkin kita akan penat dan habis banyak masa nak dibandingkan dengan orang lain. Setiap perkara yang Allah anugerahkan tak mungkin sia-sia kan.

Well, semua orang takkan sama ceritanya. Sebab situasi semua adalah berbeza. Minat berbeza, kemahuan berbeza, pemikiran berbeza. So, kita takkan mampu untuk ambil seratus peratus jalan cerita orang lain untuk samakan dengan diri kita. Tapi dalam masa yang sama pengalaman orang lain boleh juga dibuat inspirasi. Macam kami dulu, 3 daripada akhawat yang ulang tahun semua perangai dan pemikiran berbeza. Depends on msing-masing macam mana nak ambil manfaat.



More islamic quotes HERE

Dan sepanjang ulang tahun jugalah, otak makin ligat berfikir tentang hikmah kenapa ulang tahun. Akhirnya setelah tamat, jujurlah cakap, tak sikit hikmahnya. Cuma biasalah manusia, tak mampu nak memahami setiap ujian yang Allah kurniakan.


1) Paling cliche. Kekuatan.

Waktu first dapat tahu kena ulang tahun, hanya Allah tahu macam mana kesedihan tu. Sebab langsung tak expect akan kena ulang tahun. Bajet-bajet, biasalah. Sampai ada je tahap yang terfikir dah tak nak further Medicine. Sebab waktu first masuk Medic tak pernah terfikir akan seteruk ni perjalanan Medic, takkan sesukar ini, takkan perlu berkorban macam-macam including masa yang lebih setahun daripada orang lain.

Allah takkan menguji seseorang melebihi kemampuan manusia. Dan semakin kuat keimanan seseorang dan semakin Allah nak meletakkan dia di dalam situasi yang berliku, semakin Allah yakin akan keimanan dia mampu tempuh apa yang telah Allah berikan. Betapa susah untuk kita bersyukur untuk setiap ujian yang mendatang, betapa sukar untuk kita yakin sesuatu kebaikan akan datang dengan sesuatu ujian.



عَنْ سعد بن أبي وقاص قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاَءً قَالَ

الأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الصَّالِحُونَ ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاَؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِى دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِىَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاَءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِى عَلَى الأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ

Dari Sa’ad bin Abi Waqqash beliau berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah : “Ya Rasulallah, siapa manusia yang paling berat cubaannya ?”. Rasulullah menjawab : “Para Nabi lalu orang-orang shalih lalu orang-orang yang semisal dengan mereka lalu yang semisal dengan mereka. Seseungguhnya seseorang akan diuji sesuai dengan kualiti agamanya, semakin kuat ia berpegang teguh dengan agamanya, semakin berat cubaan dan ujian yang diterimanya. Sedangkan yang agamanya biasa sahaja, maka ia diuji sebatas kualiti agamanya itu. Dan ujian itu akan terus menimpa seorang hamba sampai ia berjalan di atas bumi tanpa dosa”.

(HR Tirmidzi dengan derajat Hasan Shahih, Al Hakim dalam Al Mustadrak dan Ibnu Hibban dalam Shahih Ibnu Hibban)



Apa yang nak dibuat ? Dekatkan diri dengan Allah, cari semula kekuatan yang tersisa. Mungkin Allah hendak memanggil jiwa kita untuk datang kembali mendekat kepada-Nya. Kerana ujian mengajar kita untuk 'terpaksa' mencari Allah, kerana fitrah manusia yang ditempuh ujian akan kembali kepada sumber kekuatan yang asal sekiranya dalam hatinya punya keimanan.



Dan kadang-kadang, setiap kali rasa melemah untuk tetap teruskan cita-cita, saya akan buka blog Mas Afzal dekat sini. Cadangannya untuk mereka yang selalu rasa tak semangat dalam nak habiskan belajar Medic, bolehlah selongkar kisah Mas Afzal ni. Bacalah, post-post beliau yang lama, ambil semangat. Post pertama yang Allahyarham tulis, waktu first dia disahkan dapat Hodgkin Lymphoma, tapi paling ajaib adalah bila dia berjaya habiskan 6 tahun pengajian Medic dalam keadaan sakit tenat dia. Nak rasa apa?, malu sangat, malu ! Dengan kita yang tak bersungguh. 

2) Minat dan Pengajaran

Jujur, bukan senang bertatih memupuk minat, tambah dengan faktor Medicine yang susah dan juga bidang agama yang diminati sangat dekat dengan sekeliling, dengan kerja persatuan yang berlambak dan lagi menyeronokkan daripada study, makanya minat makinlah berkurang dan berkurang.

Dan repeat tahun melunturkan lagi minat, of course. Cuma..

Apa yang saya fikir adalah, untuk berpatah balik adalah mustahil. Dengan masa yang dah habis tiga tahun, duit yang dah habis ratusan ribu, harapan family yang menggunung - mustahil. Dan saya kena habiskan perjalanan tanpa ada lagi halangan, means ini adalah kali pertama dan terakhir ulang tahun. Dan untuk pastikan itu, kena pupuk minat dan kena belajar sungguh-sungguh lepas ni. Dan untuk fikir undur diri ke belakang, letak jauh-jauh.


Teringat time cakap dengan Kak Irah, pernah je last sekali termenangis sebab fikir dah tak ada option buat diri selain daripada teruskan (dalam keadaan tak sanggup). Dah pernah je bincang dengan family dan kawan-kawan pasal soal minat dan tak minat. Rasa terpaksa ataupun tak, ambil Medic. Benar, sakit dan susah tu memang ada, tapi bila fikir balik, adakah kita yang tak bersyukur sebenarnya ?

Dan sebenarnya minat tu bukan takde, tapi sebab Medic ni susah, minat major ke arah benda lain, kena korbankan banyak masa dan berbagai lagi alasan lain, membuatkan kita tak bersyukur dan keep on cakap tak minat dengan Medic. Mengaku jelah, kalau rasa memang boleh buat, tapi sebab usaha, kelalaian yang menjadi asbab kita tak berjaya, itu bukan alasan yang betul untuk kita quit, sebab kita sebenarnya yang bermalasan dan tak bersungguh. Allah dah bagi jalan terbentang, tinggal kita yang perlu juhud untuk lalu jalan tersebut.

Dan kerana usaha kita, masa kita yang kita korbankan, sedih sakit dan segala bagai, yakinlah hanya satu sahaja yang boleh ikhlaskan semula hati kita ; sebaik-baik ganjaran daripada Allah. Bersabarlah, mungkin Allah memilih kita untuk melalui jalan-jalan yang sukar, tak sama dengan orang lain, maka ganjaran dan pahala kita juga, pastilah juga tak sama dengan orang lain yang bersenang-lenang dalam menuntut ilmu. Yakinlah !

3) Jumpa cara study

Semua orang tak akan sama cara untuk study. Ada yang lambat, ada yang laju, ada yang kena ulang sampai lima kali baru dapat hadam dan ingat. Dan bermacam-macam.

Antara pengajaran yang sangat bermakna dapat time repeat year haritu adalah, jumpa cara study yang betul. Memang tak tipu bila buka balik material yang kena ulang balik, rasa macam tak pernah belajar pun ada. Satu habuk tak faham, sebab tak fokus langsung time belajar.

Percayalah, pasti ada kekurangan kita di mana-mana walaupun kita rasa kita dah cuba sehabis baik, well untunglah kalau yang dapat skill study tu awal-awal. Cuma kalau rasa tak cukup cara lagi nak try, carilah buku-buku tips study berkesan yang berlambak-lambak dekat kedai buku. Kat situ ada list bermacam-macam cara study yang boleh kita cuba ke atas diri sendiri untuk pastikan kita dapat cara study yang paling efektif.



Tak percaya ? Tengok budak-budak Arab. Repeat tahun 1, tak repeat tahun 2. Repat tahun 2, tak repeat tahun 3. Padahal tahun selepasnya memang lagi susah daripada tahun sebelum tu. Sebab baru jumpa jejak dan step time ulang tahun. Baru nampak gambar rajah macam mana nak study Medic tapi tak nafilah usaha yang bertambah bila dah sekali rasa sakit repeat year.

Tapi yang pasti, study Medic, macam mana sekalipun hebat cara study kita, nak ke tak nak memang kita kena korbankan masa yang banyak, dan kena keep on study, bukan hari exam baru nak habiskan semua material.

4) Banyak masa terluang

Yang ini memang pastilah, sebab bila dah ambil semula subjek-subjek yang dah belajar, kemudahan tu adalah walaupun sedikit kan.

Sebab saya adalah seorang yang malas dan tak rajin, dan banyak minat benda-benda luar yang lain, jadinya saya jadikan tahun yang kena ulang ni adalah tahun rehat dan bersenang lenang. Mesti ramai tak setuju kan, takpe majoriti orang takkan setuju pun dengan poin ni HAHA.

Segala kelas luar yang ada, join. Segala program-program yang bermanfaat, join. Buku luar, khatamkan banyak-banyak. Tasmi', banyakkan jumlah. Tawar jadi AJK program, terima je semua. Manfaatkan sepenuhnya, tapi keburukannya adalah.. masa study akan berkurang.

Tapi seriously saya tak menyesal dengan apa yang saya buat, sebab rasa kepuasan yang maksima sebab terasa dapat tebus dan gadaikan balik apa yang tak boleh buat selama ni. (Maaf ayat bajet)

Me can't accept..

5) Score

Sebab apa point ni dekat bawah ? Sebab inilah perkara yang saya tak tercapai nak buat dulu, sebabnya ada kaitan dengan point kat atas.

Benar, kita takkan ada dapat segala perkara yang kita nak, dan kita kena korbankan prekara yang kita rasa kurang penting dan dahulukan yang lebih penting. Ramai orang bila repeat year, perkara first yang dfikirkan untuk dicapai adalah naikkan muaddal, result. Ya, dan memang perkara ni sangat penting, tipulah kalau dah ambik second time tak tergerak hati nak score kan.

Tapi bagi saya cukuplah saya dah bersusah payah mengorbankan minat sebab Medic. Biarlah Medic pulak yang kecik hati (HAHA boleh pulak kan macam ni padahal rugi last sekali jatuh dekat diri sendiri jugak).



Macam sebut dekat awal-awal posting ni, situasi kita takkan semua sama, pandangan kita pastilah berbeza. Takde masalah untuk tidak bersetuju, janji kita dapat kepuasan dan manfaat dengan setiap apa yang kita buat. Dan begitulah saya dan kawan-kawan. Biarlah, asal kita sendiri bahagia. Tapi tipulah kalau kita tak rasa sentap jugak bila kawan yang repeat sekali dapat score kan. 

6) Serik

Janjilah, ini kali pertama dan terakhir. Cukuplah tujuh tahun, yang sangat panjang, jangan tambah lagi tahun seterusnya. Buatlah apa cara sekalipun, janji lepas ni, takde dah repeat year.

Seriously tak tipu, bukan senang nak bersabar dengan bermacam ujian yang datang time repeat year. Antaranya, bila orang tanya kita tahun berapa, bila orang tanya kenapa kelas tak sama dengan kawan lain, bila orang kata kita tak berusaha (rasa nak cubit), bila orang kata kita tak pandai bahagi masa, bila tengok kawan-kawan lain naik tahun, dan nak kena hadap material yang sama dan kadang-kadang rasa boring yang melampau.



Sabarlah, ganjaran orang bersabar itu tiada batasan.

Dan tahun ini menjadi sebab dan saksi mengapa selepas ini, kita perlu bersungguh dan pastikan tahun ini adalah pengajaran yang hebat bagi kita !

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ya Allah punyalah payahkan nak buat post ni. Isinya pun kosong cincai mengarut merapu.

Mungkin sebab semester ni pun dah berlalu banyak, jadi memori dan kenangan ulang tahun tu tak lekat sangat dalam kepala. Tapi seriously takkan rasa lama pun, perjalanan repeat year ni. Sekejap je, plus kita tak rasa susah sangat tapi make sure jangan duduk relax sangat sebab nanti dah naik tahun balik punyalah kita susah nak kena adapt balik dengan material yang bertimbun.

Tapi takpe, insyaallah kheir. Biasalah setiap ujian, kalau hikmahnya nampak daripada permulaan tu, takdelah pulak kita nak merintih ke apa kan, dan tak namanya pula ujian. Sabarlah, insyaallah perlahan-lahan Allah akan tunjukkan satu persatu sebab apa Dia takdirkan kita untuk jalani satu tahun yang lebih pada orang lain. Allah Maha Adil, tinggal kita perlu lebih teliti untuk melihat segala pengaturan-Nya.

And lastly, selamat menjadi orang-orang hebat, yang dipilih Allah untuk merasa sesuatu yang orang lain tak rasa. Selamat mencari hikmah yang akan dihadiahkan Allah, selamat mengambil manfaat daripada setiap sesuatu yang ada.

Moga Allah mengurniakan rahmat, ketabahan, kekuatan dan hikmah yang berlipat ganda !

Jalan dan Maju Terus !



More islamic quotes HERE


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi