Muhasabah, Tetamu Dataran Syam
Bismillah,
Pagi itu kami bergerak untuk bawa tiga orang adik-adik baru SPB, plan hari itu untuk bawa adik-adik ke Masjid Farid al-Khalil dan Makam Abdurrahman Auf. Dan lebih menarik lagi bila semua senior yang bawa adik-adik tak pernah menapak pun lagi ke makam tersebut. Adik-adik SPB kali ini ada 3 orang, paling sikit sepanjang 3 tahun menerima adik baru yang diberi peluang untuk menuntut di sini. Sedih juga tak dapat nak kembangkan populasi yang makin sikit di Amman, tapi tak mengapalah, yang ada ini kita syukuri, moga yang sikit-sikit ini, besar kualitinya.

Sempat berhenti sebentar di Masjid Abdurrahman Auf, masjid yang paling dekat dengan kebanyakan rumah-rumah student di sini juga, masjid yang paling jadi tumpuan golongan veteran di Sweileh waktu Ramadhan. Pasar Sya'bi yang disebelahnya pun baru mulakan perniagaan dan mencari rezeki, tradisi Arab biasa suka tidur waktu pagi, jadi kebanyakan kedai buka agak lambat.
Lama tak mengimbau kembali kisah-kisah lama yang orang pernah cerita. Haritu waktu ziarah ke rumah Kak Yah, banyak kenangan lama yang Kak Yah cerita kembali tambah lagi dengan kisah yang Kak Hanani pernah cerita dulu. Masjid ini dulu pusat ilmu orang Melayu, Sheikh Salah al-Khalidi, Sheikh Shuaib al-Arnout dulu selalu mengajar di masjid. Orang Melayu berpusu-pusu datang, daripada Mu'tah, Irbid, Mafraq ke Amman, ibu kota Jordan dan lebih spesifik lagi ke pekan Sweileh. Dulu, komuniti pelajar Melayu yang paling besar adalah di sini, di Amman berbanding tempat-tempat lain, tapi hari ini Amman dah jadi tempat yang paling sikit student Melayu. Dan kami sampai sekarang masih kekalkan peenmpatan di pekan Sweileh, walaupun kalau ikutkan lagi senang kalau dapat duduk dengan jami'ah sekitar Jubeyha. Pekan ini memang bersejarah walaupun paling kampung boleh dikatakan kalau nak dibandingkan dengan ibu kota Amman, tapi menyimpan pelbagai kenangan yang boleh dijadikan pengajaran.
Kisah Perjuangan
20 minit juga perjalanan untuk sampai ke Masjid Farid al-Khalil, masjid paling disukai waktu Ramadhan. Negara Arab, meriahnya Ramadhan melebihi Aidilfitri di Malaysia. Masjid ini tak perlu dirindui waktu dah balik Malaysia nanti, selain daripada bulan Ramadhan pun pastinya kami akan rindu masjid ini. Iktikaf, sahur ramai-ramai, qiyam berjemaah, saf qiyam malam-malam ganjil sampai jauh ke belakang, kalah saf solat terawih. Cuma, ruang akhawat hanya dibuka sewaktu Ramadhan, dan kebanyakan masjid akan tutup walaupun waktu Maghrib dan Isyaa' di sebelah perempuan. Mungkin sangat berpegang dengan adat yang wanita paling baik tempatnya di rumah.

Kebetulan Masjid Farid pagi itu dibuka, mungkin sebab kerja penambahbaikan masjid. Usai solat tahiyyatul masjid, kami bergerak lagi menuju makam Abdurahman Auf yang letaknya tak jauh daripada masjid. Pak cik di sepanjang jalan akhirnya berjaya menunjuk kami jalan ke sana.
Sampai di sana, ada tempat makam (yang digunakan Abdurahman Auf untuk duduk di situ sementara), tercatat juga di dinding, sahabat ke-8 yang paling awal memeluk Islam, antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

Allah..
Tanah ini begitu dekat dengan kisah perjuangan para sahabat Nabi yang sanggup berkorban apa sahaja demi agama. Seperti kisah Abdurahman yang terkenal dengan sikapnya yang suka berdagang, akhirnya semua hartanya diinfaqkan untuk Islam.
Tapi hari ini,betapa ramai jiwa yang masih bermalasan dalam menunaikan amanah ilmu dan perjuangan ini.
Teringat semula waktu awal-awal datang ke mari dengan semangat yang cukup tinggi. Azam dan cita-cita yang pelbagai, mahukan itu, mahukan ini. Tapi benarlah, semangat hari ni tidak akan pernah sama dengan semalam. Kalau dulu sanggup cari macam-macam untuk isi masa, walaupun dengan kemampuan yang tak seberapa. Tapi hari ini, bila kemampuan dah meningkat, malas pula yang mengganti. Teringat, ramai sahabat batch Mujaddid datang talaqqi Sheikh Solah setiap malam Ahad, Selasa dan Khamis, dan hari ini tinggal beberapa sahaja yang masih setia mengisi kelas-kelas talaqqi yang wujud di Amman. Ruginya kita, sekiranya perubahan kita tidak menatijahkan kebaikan.
Sehingga hari ini, ayat yang Ustaz Anwar syarah sewaktu MTS masih terngiang-ngiang ; apakah sama juhud kita menuntut ilmu dan menyiapkan diri untuk masyarakat dengan orang yang turun ke medan perang ? Semangat yang masih membara mencatat nasihat-nasihat makin hari terasa makin luput di ingatan.
Kalau hari itu, pelbagai cita-cita ditulis waktu MTS, hari ini, 3 tahun berlalu, entah apa sahaja yang dah tercapai. Realiti hari ini yang terpaksa ambil semula tahun 2 tak pernah terlintas sekalipun di fikiran, dan banyak, cerita-cerita yang tidak disangka, tidak mahu dan tidak perlu, dah terjadi sepanjang 3 tahun di sini. 3 tahun yang dirasakan lama, tapi hakikatnya terlampau sekejap masa yang dipinjamkan Tuhan. Setiap perubahan yang terjadi dalam diri, sering terfikir, baik ataupun buruk, semakin dekat kepada Tuhan ataupun makin menjauh daripada Tuhan ?
Bakti dan Khidmat
Tiga tahun menuntut di sini, alhamdulillah diberi peluang untuk menjadi antara yang aktif dalam persatuan. Kerja-kerja persatuan yang banyak mengajar erti kematangan dan pengurusan.
Tapi dicelah-celah semangat yang dikatakan seorang 'amilin' itu, kadang-kadang terasa berat bahu menggalas amanah. Terlampau mengejar 'khidmat dan bakti' sehingga kadang-kadang semangat menuntut ilmu, mencari kefahaman makin luput daripada jiwa. Sedangkan semangat untuk berkhidmat dan bekerja, perlu sentiasa diseimbangkan dengan ilmu pengetahuan. Dan yang menjadi kepentingan adalah ilmu pengetahuan itu sendiri yang menjadi alat untuk beramal. Terlampau sibuk mencari pengalaman, skill berdakwah, dan bermacam lagi - perlulah adanya keseimbangan dan disiplin terhadap ilmu. Apa lagi selain ilmu yang hendak kita berikan kepada masyarakat kelak ?
Kerana kepenatan kita berbakti pada manusia lain katanya, kita abai tanggungjawab menuntut ilmu terhadap diri sendiri.

-------------------------------------
Termuhasabah juga sejauh mana ikhlas kita dalam bekerja, sejauh mana manfaat kita dalam sesebuah organisasi dan sejauh mana, kerja-kerja kita, makin mendekatkan diri kepada Tuhan.
Teringat kisah al-Banna yang tidak lepas dalam mengerjakan amal-amal soleh, bertahajud, berzikir mengingat Allah ketika beliau masih lagi aktif dalam bekerja dan beramal. Kepenatan tidak menjadikan seseorang itu jauh dengan Allah, sebaliknya mesti semakin dekat kerana perlu dibanyakkan permintaan dengan Allah agar semakin diberkati masanya.
Termuhasabah tentang kita yang selalu - penat bermeeting, penat buat laporan, penat brainstorm idea, pergaulan yang makin tidak terjaga, solat yang makin tidak khusyu' kerana berfikir urusan dunia, muamalah kita dalam menjaga perasaan dan hati rakan sekerja dan sebagainya yang kita sendiri tahu akan hitungannya. Ruangan amal dan kerja, selain meluaskan pintu amalan kita, perlu sentiasa kita ingat adalah jalan yang membuka pintu-pintu dosa. Kuncinya berbalik semula kepada hati dan niat. Seikhlas mana kita melaksanakan setiap amalan, sejauh mana setiap amalan tersebut berjaya mendekatkan diri dengan Allah.

Entah, setiap pada kita lebih tahu kedudukan amalan masing-masing. Simpanlah dalam hati, muhasabah diri, kerja-kerja amal ini kita harapkan ia menjadi asbab untuk kita berpeluang ke syurga Allah. Bukan kerja sia-sia yang menatijahkan kepenatan semata-mata dan jambatan dosa.
Diri Sendiri
Antara individu yang dikagumi, Ustaz Hasrizal Abd Jamil. Ustaz pernah menuntut di tanah Syam dan menjalani kehidupan di sini. Banyak ikuti kisah kehidupan beliau dalam blog Saifulislam. Cara ustaz berfikir sangat unik, ilmunya luas, pandangannya jauh, perbahasannya tidak sekadar agama semata-mata. Membaca kisah-kisah Ustaz Hasrizal di dalam blog, memang agak memeningkan, sehingga ustaz pernah menyebut, buku Rindu Bau Pohon Tin senipis itu kerana pahitnya kenangan yang ustaz dapat sewaktu menuntut d Jordan. Dan hari ini, Allah hadirkan Kak Samsiah dan Ustaz Yusri (junior setahun berbanding Ustaz Hasrizal), rasanya makin faham bagaimana cara ustaz berfikir, dan bagaimana ustaz menilai sesuatu.
Ia berbalik kepada diri sendiri. Perlu pandai menyesuaikan diri dalam kalangan masyarakat dan kawan-kawan yang bermacam ragam cara pemikirannya. Perlu pandai meletakkan diri di situasi yang paling elok dan sesuai buat diri, perlu berani membuat keputusan. Perlu pandai mencari ilmu, membahagikan masa, perlu pandai mengehadkan hiburan dan waktu tidur. Tidak semua perkara akan menjadi perkara yang baik-baik sebagaimana tidak semua perkara akan menjadi buruk. Pergantungan setiap perkara ada pada diri sendiri, moga kita menjadi manusia yang bijak dalam membuat perancangan dan mengendalikan setiap keputusan.
Banyak peluang di tanah ini, perkara yang memang tidak boleh disangkal. Peluang yang tak sama dan tak mungkin dapat jika kita berada di Malaysia. Tapi banyak halangan dan rintangan pun, perkara yang sama. Tak ramai yang benar-benar menghargai masa dan peluang ketika di sini.

Setiap pagi yang baru, Allah masih membuka peluang untuk kita membaiki diri yang lebih elok daripada semalam.

Pagi itu kami bergerak untuk bawa tiga orang adik-adik baru SPB, plan hari itu untuk bawa adik-adik ke Masjid Farid al-Khalil dan Makam Abdurrahman Auf. Dan lebih menarik lagi bila semua senior yang bawa adik-adik tak pernah menapak pun lagi ke makam tersebut. Adik-adik SPB kali ini ada 3 orang, paling sikit sepanjang 3 tahun menerima adik baru yang diberi peluang untuk menuntut di sini. Sedih juga tak dapat nak kembangkan populasi yang makin sikit di Amman, tapi tak mengapalah, yang ada ini kita syukuri, moga yang sikit-sikit ini, besar kualitinya.
Sempat berhenti sebentar di Masjid Abdurrahman Auf, masjid yang paling dekat dengan kebanyakan rumah-rumah student di sini juga, masjid yang paling jadi tumpuan golongan veteran di Sweileh waktu Ramadhan. Pasar Sya'bi yang disebelahnya pun baru mulakan perniagaan dan mencari rezeki, tradisi Arab biasa suka tidur waktu pagi, jadi kebanyakan kedai buka agak lambat.
Lama tak mengimbau kembali kisah-kisah lama yang orang pernah cerita. Haritu waktu ziarah ke rumah Kak Yah, banyak kenangan lama yang Kak Yah cerita kembali tambah lagi dengan kisah yang Kak Hanani pernah cerita dulu. Masjid ini dulu pusat ilmu orang Melayu, Sheikh Salah al-Khalidi, Sheikh Shuaib al-Arnout dulu selalu mengajar di masjid. Orang Melayu berpusu-pusu datang, daripada Mu'tah, Irbid, Mafraq ke Amman, ibu kota Jordan dan lebih spesifik lagi ke pekan Sweileh. Dulu, komuniti pelajar Melayu yang paling besar adalah di sini, di Amman berbanding tempat-tempat lain, tapi hari ini Amman dah jadi tempat yang paling sikit student Melayu. Dan kami sampai sekarang masih kekalkan peenmpatan di pekan Sweileh, walaupun kalau ikutkan lagi senang kalau dapat duduk dengan jami'ah sekitar Jubeyha. Pekan ini memang bersejarah walaupun paling kampung boleh dikatakan kalau nak dibandingkan dengan ibu kota Amman, tapi menyimpan pelbagai kenangan yang boleh dijadikan pengajaran.
Kisah Perjuangan
20 minit juga perjalanan untuk sampai ke Masjid Farid al-Khalil, masjid paling disukai waktu Ramadhan. Negara Arab, meriahnya Ramadhan melebihi Aidilfitri di Malaysia. Masjid ini tak perlu dirindui waktu dah balik Malaysia nanti, selain daripada bulan Ramadhan pun pastinya kami akan rindu masjid ini. Iktikaf, sahur ramai-ramai, qiyam berjemaah, saf qiyam malam-malam ganjil sampai jauh ke belakang, kalah saf solat terawih. Cuma, ruang akhawat hanya dibuka sewaktu Ramadhan, dan kebanyakan masjid akan tutup walaupun waktu Maghrib dan Isyaa' di sebelah perempuan. Mungkin sangat berpegang dengan adat yang wanita paling baik tempatnya di rumah.

Kebetulan Masjid Farid pagi itu dibuka, mungkin sebab kerja penambahbaikan masjid. Usai solat tahiyyatul masjid, kami bergerak lagi menuju makam Abdurahman Auf yang letaknya tak jauh daripada masjid. Pak cik di sepanjang jalan akhirnya berjaya menunjuk kami jalan ke sana.
Sampai di sana, ada tempat makam (yang digunakan Abdurahman Auf untuk duduk di situ sementara), tercatat juga di dinding, sahabat ke-8 yang paling awal memeluk Islam, antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

Allah..
Tanah ini begitu dekat dengan kisah perjuangan para sahabat Nabi yang sanggup berkorban apa sahaja demi agama. Seperti kisah Abdurahman yang terkenal dengan sikapnya yang suka berdagang, akhirnya semua hartanya diinfaqkan untuk Islam.
Tapi hari ini,betapa ramai jiwa yang masih bermalasan dalam menunaikan amanah ilmu dan perjuangan ini.
Teringat semula waktu awal-awal datang ke mari dengan semangat yang cukup tinggi. Azam dan cita-cita yang pelbagai, mahukan itu, mahukan ini. Tapi benarlah, semangat hari ni tidak akan pernah sama dengan semalam. Kalau dulu sanggup cari macam-macam untuk isi masa, walaupun dengan kemampuan yang tak seberapa. Tapi hari ini, bila kemampuan dah meningkat, malas pula yang mengganti. Teringat, ramai sahabat batch Mujaddid datang talaqqi Sheikh Solah setiap malam Ahad, Selasa dan Khamis, dan hari ini tinggal beberapa sahaja yang masih setia mengisi kelas-kelas talaqqi yang wujud di Amman. Ruginya kita, sekiranya perubahan kita tidak menatijahkan kebaikan.
Sehingga hari ini, ayat yang Ustaz Anwar syarah sewaktu MTS masih terngiang-ngiang ; apakah sama juhud kita menuntut ilmu dan menyiapkan diri untuk masyarakat dengan orang yang turun ke medan perang ? Semangat yang masih membara mencatat nasihat-nasihat makin hari terasa makin luput di ingatan.
Kalau hari itu, pelbagai cita-cita ditulis waktu MTS, hari ini, 3 tahun berlalu, entah apa sahaja yang dah tercapai. Realiti hari ini yang terpaksa ambil semula tahun 2 tak pernah terlintas sekalipun di fikiran, dan banyak, cerita-cerita yang tidak disangka, tidak mahu dan tidak perlu, dah terjadi sepanjang 3 tahun di sini. 3 tahun yang dirasakan lama, tapi hakikatnya terlampau sekejap masa yang dipinjamkan Tuhan. Setiap perubahan yang terjadi dalam diri, sering terfikir, baik ataupun buruk, semakin dekat kepada Tuhan ataupun makin menjauh daripada Tuhan ?
![]() |
Makam Abdurahman bin Auf |
Bakti dan Khidmat
Tiga tahun menuntut di sini, alhamdulillah diberi peluang untuk menjadi antara yang aktif dalam persatuan. Kerja-kerja persatuan yang banyak mengajar erti kematangan dan pengurusan.
Tapi dicelah-celah semangat yang dikatakan seorang 'amilin' itu, kadang-kadang terasa berat bahu menggalas amanah. Terlampau mengejar 'khidmat dan bakti' sehingga kadang-kadang semangat menuntut ilmu, mencari kefahaman makin luput daripada jiwa. Sedangkan semangat untuk berkhidmat dan bekerja, perlu sentiasa diseimbangkan dengan ilmu pengetahuan. Dan yang menjadi kepentingan adalah ilmu pengetahuan itu sendiri yang menjadi alat untuk beramal. Terlampau sibuk mencari pengalaman, skill berdakwah, dan bermacam lagi - perlulah adanya keseimbangan dan disiplin terhadap ilmu. Apa lagi selain ilmu yang hendak kita berikan kepada masyarakat kelak ?
Kerana kepenatan kita berbakti pada manusia lain katanya, kita abai tanggungjawab menuntut ilmu terhadap diri sendiri.

-------------------------------------
Termuhasabah juga sejauh mana ikhlas kita dalam bekerja, sejauh mana manfaat kita dalam sesebuah organisasi dan sejauh mana, kerja-kerja kita, makin mendekatkan diri kepada Tuhan.
Teringat kisah al-Banna yang tidak lepas dalam mengerjakan amal-amal soleh, bertahajud, berzikir mengingat Allah ketika beliau masih lagi aktif dalam bekerja dan beramal. Kepenatan tidak menjadikan seseorang itu jauh dengan Allah, sebaliknya mesti semakin dekat kerana perlu dibanyakkan permintaan dengan Allah agar semakin diberkati masanya.
Termuhasabah tentang kita yang selalu - penat bermeeting, penat buat laporan, penat brainstorm idea, pergaulan yang makin tidak terjaga, solat yang makin tidak khusyu' kerana berfikir urusan dunia, muamalah kita dalam menjaga perasaan dan hati rakan sekerja dan sebagainya yang kita sendiri tahu akan hitungannya. Ruangan amal dan kerja, selain meluaskan pintu amalan kita, perlu sentiasa kita ingat adalah jalan yang membuka pintu-pintu dosa. Kuncinya berbalik semula kepada hati dan niat. Seikhlas mana kita melaksanakan setiap amalan, sejauh mana setiap amalan tersebut berjaya mendekatkan diri dengan Allah.

Entah, setiap pada kita lebih tahu kedudukan amalan masing-masing. Simpanlah dalam hati, muhasabah diri, kerja-kerja amal ini kita harapkan ia menjadi asbab untuk kita berpeluang ke syurga Allah. Bukan kerja sia-sia yang menatijahkan kepenatan semata-mata dan jambatan dosa.
Diri Sendiri
Antara individu yang dikagumi, Ustaz Hasrizal Abd Jamil. Ustaz pernah menuntut di tanah Syam dan menjalani kehidupan di sini. Banyak ikuti kisah kehidupan beliau dalam blog Saifulislam. Cara ustaz berfikir sangat unik, ilmunya luas, pandangannya jauh, perbahasannya tidak sekadar agama semata-mata. Membaca kisah-kisah Ustaz Hasrizal di dalam blog, memang agak memeningkan, sehingga ustaz pernah menyebut, buku Rindu Bau Pohon Tin senipis itu kerana pahitnya kenangan yang ustaz dapat sewaktu menuntut d Jordan. Dan hari ini, Allah hadirkan Kak Samsiah dan Ustaz Yusri (junior setahun berbanding Ustaz Hasrizal), rasanya makin faham bagaimana cara ustaz berfikir, dan bagaimana ustaz menilai sesuatu.
"Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya." [Al-Furqan 25: 72]
Banyak peluang di tanah ini, perkara yang memang tidak boleh disangkal. Peluang yang tak sama dan tak mungkin dapat jika kita berada di Malaysia. Tapi banyak halangan dan rintangan pun, perkara yang sama. Tak ramai yang benar-benar menghargai masa dan peluang ketika di sini.

TETAMU DATARAN SYAM
Tetamu di Dataran Syam ini,
Harus gagah seperti Abu Ubaidah,
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan
Harus gagah seperti Abu Ubaidah,
Tanah yang gersang disuburkan
Dengan darah jihad dan jiwa pahlawan
Di celah pohon yang zaitun yang rendang,
Bersemadi syuhada’ pahlawan Islam,
Menanti dan terus menanti,
Hadirnya barisan waris perjuangan.
Bersemadi syuhada’ pahlawan Islam,
Menanti dan terus menanti,
Hadirnya barisan waris perjuangan.
Medan ini medan yang susah dan payah,
Sesusah medan Mu’tah di puncak sana,
Dan penghuninya juga harus gagah,
Segagah Kota Karak perakam sejarah,
Sesusah medan Mu’tah di puncak sana,
Dan penghuninya juga harus gagah,
Segagah Kota Karak perakam sejarah,
Di sini lah kau akan membina jiwamu,
Jiwa pembela maruah agama,
Berbekalkan ilmu,berpandukan iman,
Islam pasti akan kau merdekakan.
Jiwa pembela maruah agama,
Berbekalkan ilmu,berpandukan iman,
Islam pasti akan kau merdekakan.
Ketibaanmu adik-adikku,
Ku sambut dengan seribu pengharapan,
Agar kau menjadi insan berilmu,
Dan pembela nasib agamamu.
Ku sambut dengan seribu pengharapan,
Agar kau menjadi insan berilmu,
Dan pembela nasib agamamu.
Hatimu perlu cekal dan tabah,
Sesabar tiga sahabat Rasulullah,
Jiwamu perlu subur dengan iman,
Sesubur Dataran Syam bertuah.
Sesabar tiga sahabat Rasulullah,
Jiwamu perlu subur dengan iman,
Sesubur Dataran Syam bertuah.
Kita diajar cintakan kematian,
Bagai musuh kita cinta kehidupan,
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya,
Kau mengenal jihad dan perjuangan.
Bagai musuh kita cinta kehidupan,
Maka di Bumi Isra’ ini tempatnya,
Kau mengenal jihad dan perjuangan.
Tetamu Dataran Syam, engkaulah harapan,
Untuk ummah melihat masa depan,
Sebagai ulama’ sebagai pejuang,
Islam pasti akan kau merdekakan,
Untuk ummah melihat masa depan,
Sebagai ulama’ sebagai pejuang,
Islam pasti akan kau merdekakan,
Selamat datang Tetamu Dataran Syam!
Lagu / Lirik / Nyanyian : Hasrizal Abdul Jamil
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995
Persembahan: Usrah al-Firdaus
Album: Gemilang 1995
-----------------------------------------------------------------------
Setiap pagi yang baru, Allah masih membuka peluang untuk kita membaiki diri yang lebih elok daripada semalam.

Comments
Post a Comment