Prelude to Success

Bismillah

ان اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ: فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ، وَلْيُحِدْ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ رَوَاهُ وَمُسْلِمٌ

Dr Syaraf Qudhah membaca separuh daripada hadith ke 17, daripada Arba'in Nawawi. Selebihnya disambung student Arab lain. Kemudian Dr sambung lagi tanya hadith seterusnya, apa maksud, syarah hadith dan semuanya. Setiap yang ditanya dijawab. Setiap soalan ada yang berebut-rebut nak jawab. 

Sepanjang kelas, laju pen mencatat kalimat emas yang keluar daripada mulut doktor. Setiap yang dicurah terasa begitu bermakna, sampai ke dalam hati. Dan jarang sekali, perkara sebegini dirasakan dalam kelas Medic. Dalam hati, sebak, rasa jahil yang menyelubungi.


Sebulan Yang Bermakna

Bersempena dengan hari-hari free dan tak perlu nak masuk kelas MSS macam orang lain, jadi saya beranikan diri masuk kelas-kelas dekat kelas Syariah. Setiap hari akan tengok balik jadual kelas Syariah, cari doktor yang agak-agak boleh faham, cari subjek-subjek yang menarik, and then cari nombor qaah, then masuk melulu ke kelas. Alhamdulillah UJ ni tak kedekut ilmu, sapa yang nak masuk kelas, dipersilakan. Cuma kadang-kadang rasa cuak jugak sampai kerusi penuh dan student yang berdaftar pun tak cukup kerusi nak duduk. Dan kadang-kadang ada student Melayu, tak kurang segan jugak buat muka sinis sambil cakap 'mustami'...'.

" Eh Syidah buat apa kat sini ?"

"Eheh tukar takhassus"

.........

Nak kata malu pun ada lah jugak menumpang kelas orang, dan of course tak semua dalam muhadaharah doktor tu faham pun, especially time doktor buat lawak, kadang-kadang tersengih sebab gelak kat diri sendiri tak boleh faham huhu. 

Sepanjang sebulan di kuliyyah syariah, macam-macam rasa ada. Dan yang paling rasa terkesan adalah, rasa sepanjang belajar perubatan, saya dah hilang source untuk belajar agama. Ya, memang kadang-kadang pergi program persatuan top up ilmu sikit-sikit. Dan alhamdulillah, banyaklah jugak program-program bagi input yang berguna. Dan juga, semakin susah subjek subjek yang diambil, makin banyak perubatan ini sendiri demand kepada penumpuan kepadanya.


Syukur

Ingat lagi time interview YT, 5 orang yang masuk dalam bilik interview, 2 orang je yang asyik berjawab. Sebab semua soalan pasal agama, dan hanya kami berdua je budak agama dalam bilik tu, padahal sebelum tu banyak je soalan yang bukan tentang agama. Itu tak kira lagi beribu-ribu yang mohon Medic, berapa kerat je yang diterima dan dapat scholarship. Sampai ada yang even dapat straight A's pun, tak dapat nak further Medic. Sampai ada yang sanggup pakai duit sendiri dulu dan sambung Mesir atau mana-mana. Ada juga yang sambung Medic, sampai pertengahan jalan, quit Medic. Kebetulan ke semua ni ?

'Rasyidah, jangan persoalkan sangat pasal minat tu. InsyaAllah you are destined to be here and you will finish what you have started. Kalau betul bukan ni tempat awak, maybe dah banyak Allah letak penghalang sebelum sampai ke sini'

Manusia susah sangat nak belajar bersyukur. Serba serbi tak kena, semua benda tak lengkap. Yang kepunyaan diri, selalu nampak celanya, yang ada pada orang lain semua perfect. 

"Syukurlah, ramai lagi yang nak ganti tempat awak tu"


Teringat waktu talk di Bayt PPMA, tanya Ustaz Umar Md Nor yang datang untuk PERTAMA 9.

"Ustaz, kalau golongan yang bukan belajar agama ini, perlukah bagi dia untuk belajar juga ilmu agama, dan kalau perlu, sejauh mana perlu dia belajar ilmu tersebut ?"

Jawapan ustaz simple dan padat.

Tugas kamu, hanya untuk belajar dan jadi orang ataupun pakar dalam bidang sendiri. Tapi, kamu tak boleh tinggalkan bidang lain, kamu harus belajar tapi tak perlu mendalam dan jadi pakar juga dalam bidang lain. Sama macam pelajar agama, tak semestinya kamu belajar agama, tapi kamu tinggalkan bidang sains seratus peratus.

Tahu banyak perkara sikit,
Tahu sikit perkara banyak.

So, sekarang, belajar untuk syukur, even tak banyak mungkin, tapi peluang di Jordan ni dah tersangat bagus dah. Tinggal nak tingkatkan usaha sahaja. Or maybe I should find a permanent source ? :P

Sesal

Kerana minat yang kesedaran tersisa, saya dan beberapa sahabat cuba kadang-kadang hadir ke majlis ilmu, kelas talaqqi, banyakkan pembacaan buku luar. Ya, saya akui tak banyak apa yang kami buat, banyak lagi masa-masa yang sepatutnya digunakan buat mencari ilmu. Tersekat kerana sikap malas yang selalu merantai diri, sikap suka buang masa dan tak sedar betapa sikitnya masa yang sudah dimanfaatkan.


Kerana ilmu yang menyebabkan amal terbina, kerana itu digagahkan langkah. Agar daripada secebis ilmu agama yang dicedok, dapat disemai menjadi perwatakan di dalam diri. Tapi..

Kadang-kadang ada program ilmiah yang jamiah buat, try call beberapa orang kawan syariah.

"Huh program apa ? Oh tak pergi kot"

Ataupun kelas talaqqi Syeikh Solah yang paling dekat contohnya, pergi - yang ada berapa orang je kawan-kawan Syariah. Kelas talaqqi Kak Husna, kelas-kelas lain yang berkaitan. Ataupun pembacaan, susah sangat esp akhawat nak baca buku luar.

Yang paling ketara mungkin, pembudayaan ilmu dalam akhawat. Syabab sangat ramai yang rajin ke talaqqi, rajin membaca, kitab-kitab. Ya, syabab dan syabab. Kenapa akhawat susah sangat nak jadi rajin dan minat macam syabab ? Sedangkan kalau nak tengok dalam tv pun, susah sangat nak cari ustazah yang boleh cakap macam ustaz-ustaz yang ilmiah and sampaikan Dr Muhaya yang bukan ustazah pun masuk Tanyalah Ustazah. How come.

Kenapa, ruang, peluang dan masa sangat banyak. Tapi tak dimanfaat ?

.......

Dari jauh, nampak dua orang yang agak dikenali dekat bangku kerusi. Saya senyum dekat akhawat tu. Nampak syabab tu, buat muka sikit. Akhawat tadi balas senyum yang taknak senyum. Haritu, nampak seorang akhawat jumpa sorang syabab ni di 'Kafe' itu. Cuba husnuzhon, ada kerja mungkin. Tapi selang dua hari, nampak lagi berdua. Kadang-kadang ada yang nampak study sekali syabab akhawat. Dan makin hari, makin menjadi-jadi, makin banyak. Makin ramai mulut-mulut bercerita, atau mungkin nanti jadi satu kebiasaan ?


To be honest, saya kurang faham macam mana benda ni boleh berlaku. Pelajar agama adalah bagi saya harapan untuk agama dan negara. Adalah qudwah yang terbaik selaku orang yang tahu agama berbanding kami yang sikit pendedahannya tentang agama. Dan juga sebagai sumber bagi kami, tempat bertanya soalan, atas banyak lagi perkara yang tak kami tahu. Dan lagi sedih lagi, bila dengar mereka boleh bercakap berceramah kat depan macam-macam sebut teori itu dan ini, tapi bila tahu akhlaq yang sebenar, Allahul musta'an.



Bukanlah nak letakkan kesalahan dan terlampau cepat menilai mereka. Cuma persepsi sebagai seorang student Medic, rasa cukup cukup cukup kesal. Walaupun ilmu itu salah satu asbab yang besar kepada penyumbang amalan, tapi penghayatan dalam ilmu itu, lagi besar kesannya. Walau sikit yang tahu, besar kesan jika ilmu dihayati, difahami sepenuhnya, agar dapat diterjemahkan amalan.

Sembang-sembang dengan sahabat, ada yang cakap - mana boleh kita samakan pemikiran kita dengan mereka. Kita kena betul-betul syukur sebab dah pernah dididik dengan pemikiran dan pendedahan begini, tapi janganlah kita pandang serong dekat mereka yang lain fikirnya daripada kita.

Benar, bukan boleh memetik buah, tanpa disiram dan dibajai akar terlebih dahulu. Ataupun bukan caranya, meneguhkan kayu pokok, tanpa diendahkan akar yang sedang mereput.



Muhasabah

Apapun, apa yang tertinggal pada diri kita, apa yang kita sedar, apa yang kita nampak, cubalah yang sebaik mungkin. Cuba ubah, tegur, dan nasihat mana yang kita rasa mampu. Benar, kita banyak teori, banyak sangat ilmu, tapi praktikalnya entah ke mana. Hadith mencegah kemungkaran dengan hati adalah selemah-lemah iman itu entah keberapa kali sudah kita ulang, ataupun ayat al-Quran menceritakan umat yang terbaik itu, dah berapa kali kita baca, cuma menunggu diterjemahkan kepada amalan sahaja.

Cakap senang, macam saya. Tapi bila nampak kemungkaran berapa orang kena past informasi sebelum teguran dibuat kepada si pelaku.

Bukan bajet bagus jaga akhlaq, suka baca buku lah, suka pergi kelas talaqqi and etc. Hakikatnya tak pun. Cuma ini adalah based on apa yang nampak, dan sebab saya sikit buat perkara-perkara inilah, saya berharap supaya kawan dan sahabat syariah rajin. Hanya Allah sahaja tahu kalau kami nak exam macam mana sakit dan betapa dahsyat kami nak kena berjuang dengan material. Dan kami memang, nak atau tak, completely tinggal apa yang takde kaitan dengan material. That's why masa kami tak banyak macam sahabat semua, dan kami harap sahabat semua manfaatkanlah masa yang ada.

Seronok membebel kan.

A struggle that never ends.



Comments

Popular posts from this blog

Taraddud Lagi

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Tentang Hati