Kenangan Dua Sesi Bersama

Bismillah.

Makin lama makin susah nak update blog ni. Banyak cerita ingin dikongsi, tapi mungkin tak terluah kadang-kadang di sebalik tulisan, ataupun tak menyempat nak buka laptop dan habiskan beberapa jam untuk satu post, ataupun keyakinan makin kurang untuk menulis dan mempersembahkan tulisan kepada semua - macam selalu berlaku di Facebook, makin hari penyakit kurang keyakinan dan takut expectation orang makin meninggi.

Setelah kira-kira sebulan, (mungkin) sesi PPMA 14/15 melabuhkan tirai, akhirnya cerita ini sempat dicoretkan. Setelah pimpinan-pimpinan baru dah diumumkan dan dah start gerak kerja pun.



Jujur, berakhirnya sesi lepas, tak sikit rasa sedih yang bertapak dalam hati. Walaupun segala kelegaan telah dilepaskan, diakhiri dengan alhamdulillah, walaupun banyak lagi perkara yang tak settle dalam pimpinan, bina kepercayaan yang tinggi buat sahabat-sahabat yang kembali mengganti pimpinan : moga tapak yang dibina boleh diperteguhkan binaannya, biiznillah. Tak sikit kenangan yang dipetik sepanjang dua sesi kepimpinan, pahit dan manis yang bukan mudah diungkap kata. Tak sikit pengalaman yang diambil, walau dalam kepayahan dan ketegangan. Dan juga, tidak sikit memberi kesan, sehingga hari ini :)

Terima kasih, terima kasih, atas segala pengalaman ini, dan impaknya, hingga hari ini.

Bina Prinsip

Saya orang yang tak pernah berpersatuan dan berorgansasi secara tersusun. Paling last khidmat, jadi Exco BADAR dekat Imtiaz. Dan tengok gerak kerja Iqrac yang super mantyap dekat Darul Quran. Dekat Imtiaz, bolehlah buat peraturan sendiri. Pandai-pandai buat organisasi BADAR, tubuhkan unit, buat buku log lambat ke musolla, perjumpaan malam Jumaat. Orang cakap memandai, tapi satu nilai yang cukup berharga ada dalam diri dan juga sahabat yang lain time tu adalah ; nilai amar makruf nahi mungkar. Walaupun kami tak tahu macam mana cara nak berorganisasi secara tersusun, kami rangka idea macam-macam untuk pastikan matlamat berbuat baik dan cegah kemungkaran itu tercapai. Semangat, mungkin itu satu kata kunci kita dalam beramal.

Made by:
Instagram | @sunnah4you
More islamic quotes HERE




Jawatan satu wasilah, tapi ada bermacam cara lagi untuk berbuat baik dan mencegah kemungkaran. Kalau sekadar berjawatan dan tidak berprinsip, maka mungkin, tidak ada beza kita memikul satu jawatan berbanding yang lain.

Bina prinsip, jangan taqlid buta. Mungkin kita salah dalam menilai sesuatu perkara, tapi jangan siakan idea yang hinggap dalam minda kita, mungkin ia anugerah terbaik untuk dinilai yang lain juga.

Jangan takut berfikir dan keluar daripada kepompong yang sama. Program ini untuk bla-bla-bla. Matlamatnya kerana bla-bla-bla. Cara pelaksanaan bla-bla-bla. Mungkin tak semua tempat perlukan perubahan, tapi idea yang matang daripada setiap kepimpinan sangat penting untuk membuahkan sebuah keputusan yang disepakati semua dan terbaik. Dalam PPMA banyak lagi perkara yang boleh diislahkan, bagi mencapai objektif utama dalam membina peribadi mahasiswa muslim. Dan tidak akan tercapai matlamat jika kita tak mulakan dengan pendekatan yang baru dan lebih maju.

Kata Pendeta Za'aba ;

"Kita juga mestilah menggantikan perkara-perkara yang ketinggalan dan ditukar dengan yang sesuai dengan keadaan mengikut peredaran zaman dan generasi. Pemikiran juga harus diganti dengan yang lebih maju dan moden kepada pemikiran-pemikiran yang baru dan segar yang berpaksikan kepada kebenaran Al-Quran dan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Kita juga mestilah melakukan pembaharuan dan jangan hanya berdegil dengan pendirian diri sendiri sahaja dan jangan mempercayai kepada kepercayaan yang lama dan sudah ditelan arus pemodenan. Justeru, jika kita tidak berpengetahuan, tambahan pula tidak terlatih untuk berfikir sendiri menggunakan pengetahuan."

-Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri
-----

"Susah nak terima pendapat orang"

"Tak terbuka sangat"

"Terlampau nak pertahankan hujah sendiri"

Ya saya belajar banyak perkara daripada situ. Mengutarakan pendapat tak bermaksud semua pendapat kita dapat diterima. Kertas sesi muhasabah tu masih terselit kemas dalam buku. Dilipat-lipat, dibaca waktu mahu dikoreksi kelemahan diri. Dalam memberi pendapat, kita perlu bersedia untuk mereka yang lain tidak bersetuju dengan kita, mungkin juga kelak, bakal (tidak disukai ramai) kerana terlampau banyak komentar.















Alhamdulillah, satu perubahan yang besar yang saya rasa mula berkembang dan bertapak dalam diri adalah, lebih berani bagi pendapat dan komentar. Kalau dulu hanya mampu mengkritik dalam hati, ataupun bisikkan cadangan dekat Adibah kat sebelah, sampai kena kata banyak cakap dalam meeting -_- Makanya, komentar itu mungkin boleh buat saya bersyukur sebab saya sudah berubah daripada sikap pemalu (eh?) dan juga muhasabah untuk tak terlalu tegas dan merasa diri betul. Pemimpin, jiwanya besar. Dengar semua pendapat, ambil yang terbaik.

Cari Peluang

" Saya, tak yakin boleh buat, saya tak tahu macam mana nak bahagi masa "



Yes, I am not the right person mungkin, untuk berbincang lebih soal isu ini. Soal persatuan dan pembahagian masa ataupun sewaktu dengannya. Sebab saya pun dah habiskan satu tahun lebih daripada orang lain, mungkin salah satu faktornya berpunca daripada kerja-kerja persatuan ini. Tapi kerana pengalaman inilah, sebolehnya saya tidak mahu orang lain merasakan hal yang sama.

"Dik, kalau tak boleh buat, jangan ambil risiko. Apa-apa pun, persatuan dan kerja-kerja lain ni awak kena letakkan selepas pelajaran. Kedudukan keduanya tak sama dik," 



Kerap kali dengar ayat, Allah pilih melalui tangan manusia. Takkan terilham kepada orang yang memilih kalau tak kerana Allah. Ada sebab-sebab, megapa kamu berada di kedudukan sekarang, ada sebab, mengapa tidak orang lain yang berada di tempat kamu. Maka gunakan tempat itu sebaik mungkin untuk menyumbang, hatta sebesar zarah, kata Allah dalam Quran, setiap amal itu pastinya dihitung. Baik yang bagus mahupun yang buruk.

Berjawatan, daripada serendah kedudukan hinggalah ke setinggi kedudukan, dan daripada serendah amalan hinggalah ke setinggi amalan, ianya peluang yang tak dapat dinafikan.

Manusia takkan pernah selalu betul dan sempurna dalam urusannya. Kadang-kadang tersilap memilih, kadang-kadang silap menilai. Kerana itu, manusia belajar daripada kesilapan masing-masing.



Tak tipu, banyak terilap langkah juga dalam berpersatuan. Banyak kadang melebihkan kerja
berpersatuan berbanding akademik. Banyak bekerja sehingga minat terhadap belajar terhakis sedikit demi sedikit. Teringat dulu setelkan kerja PERTAMA sampai tak ingat dunia. Tapi, seriously, tak nak salahkan persatuan tu langsung. Tapi diri sendiri yang tak pandai memilih mana satu yang lebih utama. Dan seriously, setiap post yang saya terima, tak pernah menyesal. Memang ada banyak kesilapan, tapi banyak lagi kebaikan padanya yang banyak boleh diambil dan diteledani diri sendiri kembali. Alhamdulillah, terhadap pengajaran-penagjaran tersebut yang banyak membentuk diri hari ini.

Yusuf berkata, “Jadikan aku bendahara dari negara. Sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan. (QS Yusuf 55)

Kadang kita tahu juga kemampuan kita berbanding yang lain. Kadang Allah bagi kelebihan itu pada kita. Bukan meminta-minta jawatan, tapi mengiginkan persekitaran dan suasana yang lebih baik, dan mungkin, dengan adanya kita ? Siapa tahu.

Ambillah peluang yang ada, tak selalu peluang tu akan datang. Tapi dalam masa yang sama, jangan lupa keutamaan kita. Kita lebih pandai menilai diri kita daripada orang lain, tapi dalam masa yang sama juga dengar pendapat mereka tentang diri kita sendiri dan pengalaman mereka juga. Mungkin ada kelemahan dan kelebihan kita yang orang lain nampak, tapi tidak pula kita. Ada pengalaman, cerita-cerita mereka yang sudah melalui dulu saatnya sebelum kita, dengarlah, nilailah dan ambillah iktibarnya.

Pencen

Sebelum meeting pemilihan meeting baru, Zukreena cik Timb Bendahari MPMMJ ada tawarkan BK. Laju je cakap taknak. Entah suara hati atau pendirian tetap, atau tak fikir panjang mungkin.

Pendirian kali ni, kalau PPMA benar tak memerlukan dan ada orang lain yang lebih layak, biarlah diri ini rehat sementara dengan kerja-kerja ni. Walaupun perasaan dalam hati seriyes tak puas dengan achievement yang dah dibuat sepanjang dua sesi. Sesi pertama krik krik dalam meeting, mungkin sekadar ambik iktibar dengan senior-senior dalam meeting. Sesi kedua cuba betulkan apa yang boleh betulkan, walau tak menyeluruh. Ada cita-cita untuk islahkan lagi PPMA, tapi ada juga suara hati kata tak larat, dan sebagainya.




Maka alhamdulillah, sudah bersara akhirnya daripada jawatan, moga yang terbaik juga buat PPMA. Tapi insyaAllah still lagi boleh berkhidmat dalam unit R & D PPMA, moga ada idea-idea yang terbuku dalam kepala ni boleh dicurahkan ke dalam persatuan. Dan juga projek terbaru akan datang insyaAllah. Moga berhasil segala perancagan dan dalam redha Allah selalu segala gerak kerja ini. Usaha untuk lebih berfokus kepada bidang sendiri, yang makin kurang diterokai. Moga mengalir berkah dan limpahNya di dalam setiap urusan.

Dan juga fokus kembali menelaah pelajaran. Dan juga Quran. Teringat kata-kata Dr Ahmad Syukri yang cukup sentap masa musabaqah kuliyyah syariah UJ haritu. (ye lah Dr ramai mana orang Asia masuk masa Dr tengah tebuk tu, punya tak tercabar keimanan ana orang dengar, syabab pulak tu uhuk) sampai tersangkut buat malu je. Tapi memang tak tipu dah banyak mana terkurang kualiti hafazan ni. Dan fokus juga untuk tambah thaqafah luar yang makin menipis. Baca semua buku yang bertimbun yang berlagak je nak baca tapi tak baca. Baguskan bahasa Arab yang tak bagus-bagus lagi even dah 3 tahun menetap di tanah Arab ini. Moga-moga, bukan impian semata.



Kenangan dan Penghargaan

Alhamdulillah, dalam masa yang singkat, Allah bagi peluang macam-macam untuk timba pengalaman. Terima kasih sangat for those yang percaya Rasyidah yang lembap ni untuk menjadi satu daripada ahli yang berkerjasama dalam setiap kepimpinan dan juga berprogram. Sungguh, kenangan bersama kalian sememangnya kenangan yang terindah juga sepanjang keberadaan di sini.



Sedar akan banyaknya kekurangan, maaf sungguh terhadap kerja-kerja yang tidak terlangsai, tak cekap dan sebagainya. Sungguh segalanya membentuk 'aku hari ini'

Yang sentiasa memberi tunjuk ajar, yang ambil berat, yang bagi kerjasama, yang percaya dan semuanya. Yang menjadi harapan dan impian dan banyak membentuk erti hidup.

Moga setiap amalan tersebut adalah kebaikan semuanya, yang akan dikira dan dinilai sebagai amal soleh. Moga tidak ada amalan yang bertukar menjadi dosa-dosa, kerana kelalaian kita semua menguruskan iman kita.

PPMA 13/14 - Timb Bendahari
PPMA 14/15 - Timb Ketua SinePS

Program yang diamanahkan, AGM & Family Day PPMA, Program HEPi, Program SinePS, PERTAMA ke 8, MAS PPMA, AGM MPMMJ ke 15 dan semuanya.

Terima kasih, dan Maaf :')




Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

(QS: An-Nuur Ayat: 55)

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi