Ceritanya Cinta (II)

Bismillah.

Hancur rasa hati bila sekali lagi diberitahu tak punya rezeki lagi nak join umrah winter break ini. Kalau haritu sebab exam, kami korbankan umrah dan duit 100++ dinar kami, tapi kali ini kerana dah ramai sangat yang berpusu-pusu isi nama sehingga tak sempat. Hanya Allah yang mengerti dan tahu mengapa tidak diizinkan lagi menjadi tetamu ke sana.

Dan akhirnya untuk menyedapkan hati dan mengubat rasa kecewa, maka kami ambil keputusan untuk ke ardhul kinanah, Mesir.



Bumi Musa, bumi Yusuf. Tak sangka 2 minggu yang kami habiskan di sana terasa benar sekejap, dan banyak sekali hal-hal yang rasanya tidak terlunas, rasa mahu dipanjangkan lagi masa di sana. Dan begitu banyak rasanya, pelajaran-pelajaran yang diambil, biarpun tidak begitu sempurna, tapi pastinya cukup berbekas di jiwa.

Bumi ini, Sejarah Kita.

Alhamdulillah, sempat kami lawat beberapa tempat bersejarah di sini, walaupun tak semua, ye lah Cairo sahaja populasi penduduk sama dengan Malaysia, besar sangat. Sempat kami menziarah, Qaherah, Alexandria, Bukit Sinai, Fayoum, Dahab, Shamr Syeikh dll.

Sempat ke Pharaonic Village, banyak membuka mata tentang kisah kehidupan Firaun di zaman yang lampau itu. Walaupun banyak juga pendapat mengatakan Firaun yang mana satu yang menderhaka kepada Tuhan dan menghadapi Nabi Musa, kemewahan Firaun-Firaun ini cukup menggambarkan mengapa sikap lupa diri menguasainya. Sehinggakan piramid yang berjumlah 300 di Mesir ini, batu-batunya dibawa ke tempat yang sangat jauh untuk dibina piramid itu. Betapa angkuh sang Firaun dengan keinginannya menunjuk-nunjuk akan kuasanya.

Luasya sungai Nil, menggambarkan betapa besarnya tawakkal ibu Musa kepada Tuhannya, saat dia disuruh menghanyutkan Nabi Musa ke tempat yang tidak tahu mana akan ditujunya. Sempat mendaki Tur Sinai, dalam 4-5 jam untuk sampai ke puncak, tempat yang dikatakan Nabi Musa bercakap sendiri dengan Allah, bagaimanalah perasaan Nabi Musa ketika itu hendak bertemu Tuhan, sedangkan kami yang mengadu penat di setiap perhentian. Mungkin saja tapak kaki Nabi Musa yang kami jejak waktu itu. Berdekatan dengannya, ada makam Nabi Harun dan makam Nabi Salleh. Berdekatan dengannya lagi ada patung Samiri, yang dikatakan punca berpalingnya Bani Israil tatkala Nabi Musa pergi menemui Tuhannya di Tur Sinai.

Kisah Nabi Musa dan Harun, jika dihayati dalam surah Taha dan al-Qasas, dan dikaitkan dengan tempat-tempat ini, tambah lagi disaksikan dengan mata sendiri, alangkah nikmatnya. Bahawa di sini tanah yang dipijak, pernah menjadi saksi akan perit getir perjuangan nabi mengislahkan kaumnya supaya menyembah Allah dan tidak menyekutukannya. Betapa sukar dan banyaknya ujian sang nabi dalam menegakkan risalah suci.

Sempat juga kami ke Makam para waliyullah, Imam Syafie, Imam Waki', Sayyidina Hussein. Hebat juga masyarakat di sini bertawassul. Sampai kami terpaksa berhimpit-himpit masuk ke tempat maqam Sayyidina Huseein. Banyak doa yang diaminkan, waluapun banyak yang tak faham sebab semua huruf rasanya ammi Mesir ni dia tukar 'ga'. Maqam Imam Syafie, penuh kertas-kertas dicampak masuk ke dalam. Ada gambar, ada doa, bermacam rupa. Ada yang datang lapkan kayu maqam, yang ambil debu-debu dan sapu kat muka. Bermacam gaya. Tiap manusia ada pendapat masing-masing, ada yang benarkan bertawassul, ada yang tidak. Tapi gaya masyarakat sini agak taksub mungkin.

Apa yang dikesalkan, agak banyak tempat kat sini yang tak sempat kami lawat, sebab tak rancang dari awal mungkin. Sampaikan dekat Qaherah pun tak sempat jalan semua. Mungkin Allah nak sampaikan lagi ke sana kot. Hehe.

Biah Yang Dirindui

Sempat bermalam 3 hari di villa BAKAN Selangor, bangunan yang betul-betul di sebelah ikhwah(syabab). Mungkin selama ni, sangkaan tentang Mesir, yang terlampau terikat dengan biah Melayu. Kedai Melayu, makanan Melayu, orang Melayu, sampai tak rasa duduk di negara Arab. Mungkin, tapi rupanya mungkin ada baiknya kita berkekalan begitu. Kekal berdispilin, kekalkan biah solehah yang kita ada, yang sangat mudah untuk kita jaga berbanding sekarang.

Mirae. Syidoh nak jugak.

Sayup sebelum Subuh kedengaran live orang baca Quran daripada surau sebelah, kemudian solat Subuh berjemaah, tazkirah Subuh, mathurat. Oh betapa aku rindu biah yang dikatakan 'rasa tak duduk negara Arab itu'. Segan jumpa akhawat-akhawat ala-ala dQ dulu. Tudung wajib labuh lebih siku, jubah sahaja yang boleh pakai, tu pun kena cek dulu tak boleh striking. Jaket kalau nak pakai kena pakai dalam tudung. Majoriti berpurdah. Cukuplah malu dan segan yang hadir bertimpa-timpa. Nilai-nilai yang sudah habis dalam diri disapu zaman.

Sempat Ustaz Anhar jemput ke ceramah dan Ustz Farid jemput makan kat rumah. Sempat berkenalan dengan akak-akak Selangor yang cukup ramah dan solehah. Padanlah Ustaz Anhar dan Kak Bad macam tu. Terdidik dengan biah.

....................

Tips contact dengan ikhwah

-Bincang hal yang perlu
-Jangan guna smiley
-Jangan guna haha hehe huhu
-Jangan contact lebih 11 malam

Pap atas dahi. 'Ter'throwback zaman-zaman lama yang sekarang entah ke mana terbang bersama partikel debu-debu sebesar zarah. Sticker note yang ditampal di almari rumah yang kami tumpang tu cukup menyentapkan hati. Sini semua kena panggil ustaz yang pengajian syariah, doktor yang medic. Maka cukup gagaplah kami mengungkapkan kata-kata begitu.

Kata orang, kena ikut waqi' lah. Takkan tetiba nak panggil ustaz, doktor dengan orang kat sini. Mungkin cukup kita kurangkan pergaulan yang tak perlu dan kurangkan kemesraan alam tersebut. Entah, tak reti juga nak ulas pasal ni. Dah banyak kali terfikir tapi bertemu titik juga tanpa penjelasan.

Apapun, situasi ini cukup buat hati bermuhasabah dan merindu biah-biah lama tersebut.

Tak Terungkap Kata

Kami datang kat sini betul-betul on the spot tanpa perancangan. Sikit je mungkin perancangan dengan Mahir, untuk trip-trip ke Fayoum, Sinai. Dan round Qaherah dengan beliau sekejap. Selebihnya kami plan sendiri dan bergantung dengan kebaikan manusia-manusia di sini.

Terima kasih Mahir, walaupun terpaksa bawa kami round Cairo time-time exam. Terima kasih Tiq, sudi teman kami round sungai Nil, terima kasih Zaza, sudi tumpangkan kami dekat rumah sampai 2 malam walaupun on the spot, dan terima kasih yang teramat buat senior kesayangan, Kak Amalin, sudi tumpangkan kami sampai 4 malam kat rumah tu, dengan kerenah-kerenah kami yang pelbagai.



Rasanya kat sana, kami hanya hidup bergantung kepada kebaikan teman-teman semua. Tak sangka sahabat-sahabat lama dengan kebaikan hati masing-masing. Terima kasih tidak terhingga.

Terima kasih ya Allah, bagi peluang merasa kebaikan-kebaikan sahabat yang rasa dah lama tak bertemu. Dan sempat bagi masa untuk bertemu sahabat-sahabat lama yang dah lama hilang dari mata.

Pahit Manis



Kerana kami datang tanpa tour guide, macam seronoknya kami di Turki dulu. Kali ni terpaksa kami berlagak seperti backpacker yang sering sesat jalan dan kena tipu teksi Arab. Dan belajar hidup berdikari naik metro pergi ke mana segenih (10 qursy Jordan). Dan of course, ajar kami untuk jimat berbelanja.

Student kat sini, selagi boleh jimat, jimatlah. Naik metro, bas 80 palang, ke sana sini 1 genih je.

Nak jadikan cerita, 2 hari sebelum pulang ke Jordan, lepas balik daripada BAKAN Selangor, handphone selamat di pickpocket, maybe oleh pakcik yang agak mencurigakan dalam bas ke Ramsis. Maybe sebab dilapik dengan pelbagai rasa, redha je lah, mungkin Allah nak ganti dengan yang lebih baik daripada tu.

Pendek cerita pula, banyak pula drama kami time dekat nak balik. Tak sempat pegi maradh buku sekali lagi (sebab tak puas lagi borong time tu), tak sempat nak jumpa kawan-kawan lain, tak sempat jumpa kak Malin dengan kak Fatin, tak sempat lawat tempat, tak sempat beli barang, dengan cerita berlari beberapa kilometer sebabkan nak beli goodie bag untuk AGM MPMMJ and at last semua kedai tutup.

Akhirnya berlinang air mata di Suq Hussein dengan cerita yang penuh dramatis hari itu. Van pukul 7 malam dan kami masih lagi berlegar di Suq Hussein (begitu jauh kami jalan daripada Attaba sampai masuk Suq Hussein) pukul 6.30. Kucar kacir gundah gelana perasaaan time tu.



Dan malam tu, rasa betul tak senang tinggalkan bumi ni. Rasa banyak lagi perkara yang kena settlekan, dalam keadaan situasi yang sangatlah tak terurus.

Tambah lagi cerita menarik, selang 2 hari sampai di Jordan, purse pulak hilang. Hanya Allah faham perasaan time tu. Dengan IC Malaysia, iqamah Jordan, hawiyah Jamiah, duit berbagai matawang, kad bank. Semua. Hilang. Lesap. Handphone + Purse. Package.

" Allah Syidah,. takpelah Syidah, Allah nak sucikan harta Syidah lah tu"

Rasa pedih kembali macam tempoh hari hilang beg dan segala macam dalam beg tu. Tapi kali ni lagi package kot. Kalau haritu hawiyah dengan ic semua dapat semula walaupun kad bank dah di block.

Baru start nak kumpul duit lagi nak beli handphone baru, duit yang dalam purse tu pun dah berapa dinar. Duit YT sem baru tak masuk lagi. Dan duitnya guna untuk bermacam-macam. First time rasa macam dah kena jimat sangat (long form of takde duit). Nak mintak family memang taklah, duit elaun sebulan dah macam gaji. Mungkin Allah nak ajar hidup susah dan rasa takde duit sikit.

Kelas tafaqquh Kak Husna haritu betul-betul menjentik jiwa semula. Rasa lama di zon selesa tak dihujani ujian. Selama ini dihujani dengan ujian kebaikan sehingga lupa saatnya dihujani kesusahan. Kak Husna bercerita kisah Nabi Ayyub yang bertimpa-timpa diuji ketika dirinya dihilangkan harta, ditimpa kesakitan dan bermacam lagi.



Dibacakan hadith ;

عَنْ سَعْد بن أبي وقاص رضي الله عنه قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ , أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلاءً ؟ قَالَ : الأَنْبِيَاءُ , ثُمَّ الأَمْثَلُ فَالأَمْثَلُ , فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ , فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلاؤُهُ , وَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِيَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ , فَمَا يَبْرَحُ الْبَلاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ . صححه الألباني في السلسلة الصحيحة

Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa Allah menguji lagi dengan cara begini. Atau mungkin jugak penyucian harta, kata mak. Atau mungkin dah lama sangat leka, rasa senang sangat. 

Ye lah, adalah tu kan, perkara yang Allah nak ajar kita dalam kita tak sedar.

Time ni lah, baru nak cari kekuatan kononnya, nak korek hikmah segala, nak doa banyak-banyak. Puas hidup dengan hati yang cepat sangat lupa. Ya Allah, ampunkan aku :'( 

Qad Kafani ‘Ilmu Rabbi – My Lord’s Knowledge Has Sufficed Me

My Lord’s knowledge has sufficed me
from asking or choosing

For my supplication and my neediness
attest to my poverty.

By this secret I supplicate
in times of ease and in times of difficulty

I am a slave whose pride
is in his poverty and obligation

O my Lord, my King
You know of my state.

And with what has overwhelmed my heart
of distress and preoccupations.

Acknowledge me with a kindness
from You, O Lord of Lords!

O countenance of Generosity! Save me!
before I exhaust my patience.

Listen to those beautiful words - 



--

Mesir, mim sod ro. Musibah, sabar dan redha. Mesir dan Turki, mustahil dibandingkan. Pada Turki mungkin adanya sejarah yang boleh dipelajari, boleh dicerita pada yang lain, dijadikan ibrah. Indah sekali sejarah Uthmaniyyah dan sajak-sajak Rumi. Tapi pada Mesir, ada kesoronokan dan kesusahan yang mungkin tak semua boleh dinukil dan diceritakan. Ada pengajarannya hanya berbekas pada hati, buat pedoman dan keinsafan diri. Mungkin khasnya peringatan buat diri sendiri.

Ya Allah, moga cerita-cerita kehidupan yang engkau ajari terus kami manfaatkan. Buat ibrah, buat pengajaran, agar bertambahnya keimanan kami terhadap-Mu ya Rabbi.



Syidosh-Aten-Dibosh-KakYa-FiahChep-Pawiicha-KakAzi

Moga ditemukan lagi nanti.



Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi