Maknanya Hari Semalam

Bismillah.

Kalau exam kami tak ditunda lagi, insyaAllah bakal mengakhirkan semester satu tahun 2 'kali kedua' ini Selasa ini. Biiznillah. Siapa sangka utusan Allah si salju turun mencurah-curah ke tanah Jordan saat last minute macam ni, dan satu Jordan terpaksa cuti, sama ada terpaksa ataupun rela. Sehingga ada di kem perlindungan Syria meninggal kerana salji yang terlampau sejuk. Mencengkam, even kami yang di rumah bertemankan sobah dan hirom pun masih banyak rungutannya. Inikan pula saudara Syria yang berbumbungkan khemah berlantaikan tanah. Dingin yang tidak diketahui mana hikmah diutuskan sang salju kepada mereka.

Saja nak analogikan mata manusia yang tidak mampu melihat 'hikmah' di sebalik pengaturan Allah.

--------


Cliche, hari-hari semalam sangat banyak mengajar erti kehidupan. Tapi ia sangat-sangat beerti. Apa lagi selain pengalaman yang lebih mahal dalam kehidupan. Belajar hikmah melalui pengalaman dan ujian, satu anugerah yang sangat berharga, satu kehendak Tuhan buat hambaNya agar belajar bertatih untuk lebih maju dalam kehidupan. Bukan senang, tapi hasilnya cukup mahal, cukup memberi erti.

Ya, semester ini semuanya baru. Especially kawan-kawan, those 3 of 6 tak lagi bersama-sama kami dan mungkin yang lebih spesial itu menghabiskan satu semster bersama adik-adik ! Persekitaran baru yang banyak mengajar diri untuk sentiasa, mengambil hikmah daripada orang lain. Jadilah yang terbaik dalam setiap situasi yang kita lalui, kerana jalannya untuk menjadi yang terbaik itu pastinya ada.



Tercicir

For sure, subjek-subjek yang ambil semester ni, tak jadi susah seperti dahulunya. Ye lah, ni second time kami ambil subjek yang sama, tanpa terkurang satu pun daripada adik-adik. Tapi yang lebih mengejutkan itu adalah apabila, semua rasa benda baru yang doktor ajar, ataupun, kalau rasa sama pun, macam - hmm, pernah dengar.

Scroll balik insta waktu sem 1 tahun lepas. Dalam hati, padan pun. Entah, semangat nak timba ilmu tu, hilang menerewang enah ke mana. Dengan peristiwa yang begitu banyak jadi time sem 1 - masalah keluarga, kakak sakit, atuk meninggal, PERTAMA dan berbagai-bagai lagi wajarlah jiwa memang berkeceramuk waktu tu. Entah apa je yang masuk dalam kepala time tu, except for Biochem, sebab dah ambil time makeup baru ni.

Satu hal yang cukup kagum dengan adik-adik ni adalah semangat mereka. Semangat study mereka yang sangat tinggi dan sangatlah menakutkan abang kakak yang dah ambil subjek kali kedua. Kalau result kami haritu untuk mid, tak cukup makan pun, diorang ni boleh katakan terlebih cukup makanlah ! Kalau tak lepas average tu macam sakitnya hati, tapi waktu kami dulu, lepas 20/40 tu dah, leganya hati. Jauh perbezaannya. Kami yang selalu sebut susah, susah, susah rasa nak tarik balik perkataan-perkataan tu. Ya, kuncinya rajin, rajin dan rajin. Malulah kami kalau dah second time ambik pun, markah tak seberapa mana. So adik-adik, dalam diam kami belajar banyak perkara daripada antum semua :)

Dan hari ini, medicine tu sendiri nampak semakin indah dan bermakna dalam kehidupan. Bukan sebab diri sendiri tak mampu nak buat satu hari dulu, tapi kesungguhan dan kesedaran yang masih tak dapat ditemukan. Ya, ilmu Allah itu cukup luas, tak perlu nak sempitkan. Walaupun secara hakikat yang nyata (-_-) kurang minat, tapi ilmu perubatan ini pun satu rahmat dan mempelajarinya pun satu nikmat.

Kata senior Arab haritu,

" You can't do Medicine without passion. I don''t have the passion from the beginning - when I start my study. But after I got to repeat this whole year, I thought that I have found, the PASSION "

Tak semua orang yang belajar Medic akan ada passion tu serta-merta, tapi passion - cinta itu boleh dipupuk.

Within capacity.
More islamic quotes HERE

Nikmat Masa

Kelihatan kakak-kakak senior kami gigih sungguh berusaha untuk sem kali ni. 3 systems yang cukup berat, mungkin sama beratnya dengan GIS tempoh hari, Cardio, LHS dan Respiratory. Terbayang jugak, kalau pengetahuan asas dalam subjek-subjek dalam setiap system pun susah nak kuasai, maybe lagi susah nak hadap system tu.

Dan of course, masa terluang rasa lebih banyak berbanding sem yang sebelumnya. Bebanan tekanan pun dah reda, sebab tak payah lagi nak fikir untuk repeat ke teruskan tahun 3 ke. Dan jugak, untuk sem depan, ada satu system 5 credit hour yang tak payah ambil, MSS. So maknanya, agak banyak waktu yang terluang - maybe, insyaAllah.

The way one uses his/her time is a strong indicator to their level of eeman
More islamic quotes HERE

Mungkin, ini salah satu hikmah besarnya. Ada banyak lagi perkara yang masih tak dapat dilunaskan dan dilaksanakan, sepanjang di sini. Sebelum menempuh tahun tiga yang boleh tahan cabarannya, maybe Dia dah aturkan untuk lebih banyak berbakti, melunaskan cita-cita lama dan fokus banyak perkara lain. Ada cita-cita lain, moga saat ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Moga diberikan kemudahan, moga tak lalai dengan nikmat masa yang diberikan.

----------

Teringat kisah The Alchemist, bila the old king ceritakan kisah tentang seorang budak yang diajar tentang hidup oleh the wisest man. Bila mana the wise man suruh budak tersebut untuk bawa sudu yang penuh dengan minyak, sambil lihat apa disekeliling istana. Jadi budak tu pergi dalam 2 jam, dengan minyak yang penuh dalam sudu, tapi bila ditanya keadaan sekeliling istana tersebut, dia tak tahu langsung. Jadi the wise man bagi budak tu peluang kedua, tapi kali ni budak tu tahu apa yang diselilingnya tapi minyak dalam sudu dah habis tumpah. So the wise man said ;

'The secret of of happiness is to see all the marvels of the world, and never to forget the drops of oil on the spoon'

Untuk berjaya, kita mungkin tak boleh terlampau tamak. Terlampau hendak berbakti, atau terlampau hendakkan ilmu-ilmu lain, hingga hilang usaha terhadap apa yang perlu difokuskan. Tapi jangan juga terlampau fokus, hingga hilang peluang yang sepatutnya diambil.

"Win some, lose some"

Kerana ilmu dan kudrat kita terbatas, kita hanya mampu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Ada perkara yang mungkin kita tercicir daripada orang lain, tapi perkara yang kita tahu juga ada juga yang tercicir daripada pengetahuan orang lain. Wajarnya kita untuk bersyukur dan juga letakkan fokus di tempat pertama, kerana daripada fokus kita itulah satu hari nanti kita akan keluar dan menyumbang. Mencapah tidak mengapa, tapi ada batasannya.

Put your trust in Allah.
More islamic quotes HERE

Pentingnya untuk selalu memuhasabah erti kehidupan. Dan juga maknanya kehidupan kita pada yang lain. Dan persediaan kita untuk hari-hari esok yang mendatang yang pastinya-lebih mencabar.

---

Kata seorang sahabat tu, hati kita - 'أسرار مكانا' dan sifatnya 'أسرع تقلبا'. Lately, makin bertambah pula ujiannya. Makin mengada-ngada -_- Moga Allah sentiasa jaga hati kita.

Bakal bermusafir ke bumi anbiya' esok, insyaAllah. Moga tak kurang ibrahnya berbanding dulu. :)


Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi