Tentang Hati

Bismillah

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa
 

Kata Saujana.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Bagaimana istimewa sekeping hati, membentuk pekerti dan peribadi manusia. 

Teringat dulu persitiwa Rasulullah dibersihkan hatinya dengan air syurga oleh malaikat Jibril dengan arahan Allah. Dibuang juga baginya hati Rasulullah yang menjadi port bisikan syaitan laknatullah. Bagaimana Allah menjaga sekeping hati Rasulullah, untuk teladan budi pekertinya menjadi contoh di sekelian alam. 

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia. ( al-Qalam : 4 )

Sem 2, first year. Time tu belajar Anatomy dengan Dr Maher. Anatomy, terlampau banyak benda kena hafal. Rasa macam tak percaya je boleh hafal benda-benda tu semua. Ngeh. Bukan nak cite pasal Medic ni. Bosan dah. Hihi.

Hati tu kalau bahasa Melayu kita, kita kata organ yang seberat sekilo setengah tu. Tapi kalau mat salleh, dia panggil hati yang kita maksudkan tu, liver. Tapi kalau hati yang kita duk sebut ni mat salleh panggil heart. Bagi saya, kalau nak dibandingkan liver dengan heart, heart jauh sekali lebih bermakna nak dibandingkan dengan liver.

Ni namanya liver. Atau orang Melayu kata, hati. BERAT KOTTT.
Ni dia Qalb. Atau heart. Atau jantung Melayu kita kate.



Heart ni kedudukan dia, tengah dada. Sebab tulang yang duduk dekat bahagian abdomen ni, paling luar sekali ada pembalut dia. Sebelah tepi, ada lung. Tengah-tengah tulah, heart duduk. Kalau tengok gambar, kedudukan heart kita di posisi yang paling secure dalam badan. Kiri kanan, depan belakang, protection lengkap. Time dr tunjuk gambar tu, tetiba rasa selesa semacam kedudukan heart dalam badan. Dan motion, denyutan heart ni, lung terpaksa ikut dan beralah lah kiranya dengan heart ni.

Kat tengah tu, heart. Bawah dia, liver.
Rasa macam Dr Maher dah. Hihi

Setiap organ, untuk terus berfungsi, kena ada darah yang supply, untuk bawa oxygen. Kalau organ lain, bersambung je semua, tapi ada supplier yang khusus untuk jantung. Coronary arteries. Kalau arteries ni blocklah yang menyebabkan sakit jantung. Muscle jantung, tak sama dengan muscle badan dan organ yang lain. Kiranya jantung ni one in a million jugaklah. Pulse dia pun tak sama dengan yang lain. Kalau muscle jari, badan kita ni, gunakan sistem yang sama untuk bergerak, jantung tak. Ada specialization yang hanya jantung gunakannya. 

Kalau saya jadi jantung, mesti dah perasan lebih sebab banyak sangat keistimewaan nak banding dengan organ yang lain. Kikiki.

Mungkin bukan 'jantung' ini yang perlu dicuci ataupun diberus sekalipun. Tapi pabila Nabi meneybut tentang seketul daging di dalam badan manusia, maka inilah dagingnya. Dan seketul daging yang dikeluarkan malaikat Jibril untuk dicuci dahulu, mungkin inilah dagingnya. Kalau dah jantung ni yang nak kena bersih, senanglah kita nak jaga akhlak, belah dada cuci masuk balik. Tapi mungkin simbolik. Sebab Allah melebihkan jantung daripada organ yang lain-lain di dalam tubuh manusia.


"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dengan melihat kesan-kesan yang tersebut mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada." (Surah Al-Hajj : Ayat 46)

Maafkan bahasa Melayu kita, hati itu sebenarnya jantung. 

Bukanlah senang hendak menjaga sekeping hati. Kerana hati terlampau mudah berbolak balik. Tengoklah doa yang diajarkan oleh Rasulullah. Allahumma ya muqallibal qulub. Wahai yang membolak balikkan hati. Ya hati kita ni, kejap sedar kejap tak sedar. Kejap beriman kejap tak beriman. Kejap baik kejap jahat. Kadang-kadang sepantas kilat lintasan hati jahat bertukar baik. Atau sepantas petir lintasan baik bertukar jahat. Kerana itu, Allah berfirman 

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-ayatnya, bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Rabb-lah mereka bertawakkal." (Al-Anfal:2)

Hati orang beriman itu, pabila dibacakan ayat Allah bergetar hatinya, beerti bukan setiap masa kondisi hati orang beriman dalam keadaan sentiasa takut kepada Allah. Tapi, pabila dibacakan ayat Allah. Ya, hati yang sentiasa berbolak balik. Al-iman, yazid wa yanqus.

Tapi bagaimana menjaga hati? Terlampau senang berbolak balik. Terlampau mudah lintasan hati berubah. Tapi Allah itu memahami akan hamba-Nya. Memahami hati yang diciptakan-Nya terlampau mudah berbolak balik. Kerana itu, kita diajar supaya memperbanyakkan mujahadah, bukan membiarkan hati gelap dipenuhi bintik hitam. Dan kerana itu, Allah mengajar hamba-Nya supaya meminta selalu kepada-Nya. Mengatakan bahawa diri-Nya sangat dekat dengan hamba-Nya. Mengatakan bahawa sekiranya dosa kita seluas langit pun, Allah berkata Dia akan mengampunkan hamba-Nya.


Kerana Allah tahu, kita terlampau lemah menjaga sekeping hati! Bukankah Allah menghadiahkan malam, buat kita mengadu sentiasa kepada-Nya? Mengapa kita pabila sedar hati kita gelap tanpa cahaya Allah, tidak bangun beristighfar meminta dijagakan hati oleh-Nya? Bukankah Allah menghadiahkan al-Quran, buat pedoman? Buat tadabbur, buat dibaca supaya tenang. Buat mengembalikan semula semangat dengan janji-janji-Nya. Buat dikembalikan kebaikan hati pabila dibaca ayat-ayat-Nya.

Allahumma ya muqalibbal qulub, thabbit qulub 'ala dinik wa 'ala to'atik.

Rabbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah.

Allahumma la taj'al fi qulubina qhillan lilillazina amanu.

Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang (Surah Ar-Rad ayat:28)
Bukankah janji Allah itu benar? Sebab itu kita bila stress terus teringatkan Allah. Automatic action. Nak tenangkan jiwa, terus kita sebut Allah. Tapi bukan senang bila berdepan dengan gelisah, kita betul-betul nak tadah tangan mintak ditenangkan hati dan minta selalu husnuzhon dengan setiap kejadian. Bila ditembak ujian, nak buka terus Quran sungguh-sungguh cari ayat yang sinonim dengan situasi. Bukan senang, tapi kalau dibuat, yakinlah dengan janji Allah tadi. Pasti hati kembali tenang.
Ubatkanlah hati itu.

Pesan Imam Ghazali,

“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”

Muhasabah sentiasa baik buruk keadaan hati kita. Kerana hati yang sudah suci dan sentiasa dijaga Allah itu sepatutnya tidak perlu lagi bersuah payah dan merasa penat melakukan kebajikan dan kebaikan. Tidak merasa lagi sakitnya pengorbanan. Tapi hati itu bukan semula jadi begitu. Banyak mujahadah, banyak doa, banyak pengorbanan, sebelum mendapat hati yang sentiasa senang melakukan kebaikan itu. Pabila sudah mendapat hati yang terjaga, pasti terasa nikmat iman di dalam hati. Terasa ihsan dalam beribadat. Terbayang nikmatnya pembalasan di hari akhirat.

Dan kita? Di tahap manakah keadaan hati kita? Hasad masih berbekas di dalam hati? Atau ego, riyak sombong ujub dan takabbur masih lena dibuai mimpi di dalam hati? Atau nafsu yang sedang mengawal hati? Atau pandangan manusia, lebih kita harapkan daripada pandangan Allah itu sendiri?

Muhasabah. Baiki. Kadang-kadang kita tidak tersedar betapa rosaknya hati kita sedang manusia menganggap kita laksana malaikat di tengah kelompok ramai. Macam mana seorang da'ie hendak memberi dab menebarkan bahagia buat orang lain, sedang hatinya masih rosak membusuk? 



Weh banyaknya hati. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi