...Stay Strong....

Bismillah.

Bukan susah berbicara tanpa merasa. Bukan mengerti menasihat tanpa menaggung sendiri. Alangkah sukarnya sabar hendak diterjemah ke dalam hati, tatkala ujian menimpa diri. Sungguh senang, sabar hendak dituturkan, tapi hanya orang yang terpilih bisa melaksanakan. Kerana itu, Allah menjawab di dalam al-Quran, tiada ganjaran yang lebih layak diberikan untuk mereka yang bersabar, kecuali ganjaran yang tanpa hisab, ganjaran yang tidak terkira.

Jam berdetik, jarum pendek tepat jatuhnya ke nombor 2. Tiba-tiba ada tapak kaki turun dari tingkat atas.

"Syidah, syidah sehat?"

"Errr, alhamdulillah sehat.."

"Syidah beli mende Syidah"

"Ada buah, manisan Arab tu"

"Eh ye ke! Yeay yeay"

Eheh. Dia ke ni? Sebab apeeee.....

Masa yang berjalan, mengajar aku untuk mengenali lagi dia. Dia yang baru, dia yang tidak aku mengerti langsung sekarang. Ya, bukan dia. Hari tu, masa Skype, langsung tidak merasa sakit susah tu. Hari ni,  bila kaki sudah menginjak, hati sudah merasa, baru sedar sakit duka manusia. Aku sedar, dia kini sakit. Kalau sakit dia, sakit fizikal, luka situ, luka sini, boleh jugak aku tengok tengok dengan ilmu setahun jagung. Tapi dia, sakitnya bukan fizikal, tapi sakitnya mental. Juga aku tidak mengerti, sakit mental medical atau mistik.


Teringat tempoh hari time nak balik Malaysia. Bukan main excited countdown segala bagai. Rasa nak countdown dalam bentuk jam pun ada nak naik flight pukul berapa. Rasa nak balik yang teramat sangat. Mungkin sebab tak pernah berpisah dengan family lama-lama. Tapi bila dah sampai, rasa hampa pun ada. Tekanan di Jordan rasa lebih sikit daripada tekanan kat Malaysia. Melangkah ke Malaysia, bukan main excited. Bukan tak tahu feveret Rasyidah tu rumahnya. Tapi setelah bawak bebab dari Jordan niat nak dilepaskan di Malaysia, tiba-tiba begini jadinya. Mungkin expectation kita terlampau tinggi. Kan?

Tiap masuk waktu nak solat, memang mak akan naik ke tingkat atas untuk suruh dia solat. Tak pernah tengok mak marah macam tu. Serius sangat terkejut. Sampai kunci pintu pun dirosakkan sebab tak bagi dia kunci pintu. Dan yang peling sedih, dia memang tak nak solat pun. Dan dia marah mak, sampai mak sepak tendang pintu tandas. Ya Allah, masa tu Allah je tahu betapa takutnya hati. Hanis kat sebelah tak habis-habis dengan Qurannya berselang-seli air mata. 

Air yang ustaz bagi dah bertong-tong dikumpul. Setitik pun dia tak sentuh. Dan mak dengan ayah masih lagi tabah naik atas setiap pagi sebelum Subuh untuk baca Yassin dan Solat Hajat sebelah dia. Sampaikan mak tak tinggal qiyam time Ramadhan. Huh, shame on me. Dia pulak, setiap kali orang buat benda baik, setiap kali tu dia akan menyumpah bukan-bukan.

"Syidah, tak payah lah nak terkejut, time Syidah takde lagi teruk."

Huh?"

"Mak pernah ambik tangga masa bilik dia berkunci lagi, pernah marah-marah sampai mak terduduk dan termenangis"

Bila start cakap dengan dia, dia kadang-kadang sedar dia silap, tapi tak pernah nak berubah. Cakap dengan dia, samalah macam cakap dengan patung. Lama-lama memang serieslah angin jugak.

Walaupun sebelum ni dah ramai jumpa orang yang sakit mistik ni, tak pernah jumpa yang macam dia ni. Aneh. Pelik. Sakit hati. Sakit jiwa. Tekanan.

Risau tengok satu family. Mak dengan stress yang tak habis-habis sampai migraine selalu. Ayah tiap pagi sebelum pergi kerja, akan naik atas bawak tali pinggang nak suruh dia solat. Dan sudah semestinya, mood pagi yang merosakkan the whole day. Hanis pulak, tiap malam tak boleh tidur, kejap nangis, kejap mengeluh and so on. Dan kalau betul memang sakit ni datang dari makhluk halus tu, mission dia memang tercapai nak haru-birukan manusia. Dia, berubat memang anti. Terpaksa menipu macam-macam time nak bawak dia pergi jumpa ustaz. Air dia baling-baling je. Allah, payahnya sabar tu.



Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. (Al-Baqarah : 102)

Dan aku,


"Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."
"Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah,"
"Dan apabila mendapat kebaikan (harta), dia menjadi kikir"

  Al-Ma'arij : 19-21

Ayat ni memanglah bertepatan dengan diri Nur Rasyidah Mohd Kamal. Tak habis-habis mengeluh dengan ujian yang menimpa. Sedang aku tahu, mak, ayah, Hanis, Kak Irah, teruji lebih hebat daripada aku.

Dalam keluh, aku cuba mencari jalan penyelesaian. Jumpa ustaz, telefon sana-sini, tiap kali waktu solat suruh dia solat. Suruh dia mandi. Semuanya. Tapi biarlah, sementara masih ada kat rumah ni, biarlah ringan sikit bebab yang mak tanggung selama ni. InsyaAllah, berbakti kepada ibu bapa, besar ganjarannya. Jadi mak kedua kat rumah, seriyes tak senang. Tak tipu langsung, sangat letih dengan segala benda yang telah terjadi. Terlampau banyak perkara yang dah berubah. Perubahan yang tidak aku redhainya. Aku tahu, aku terlampau lemah.

Terfikir masa akan datang nanti. Kalau dia belum pulih, tak sanggup nak tengok orang lain tertekan. Sedih. Tak tahan tengok air mata mak selalu je nak menitis. Walaupun kadang-kadang terpaksa tahan jugak air mata sebab takut mak lagi sedih tengok.

You should not expect it to be straight.

Walaupun tak habis-habis kita menggali ilmu, namun sedarlah ilmu tanpa penghayatan tiada gunanya. Keluhan demi keluhan, sepatutnya tiada dalam jiwa seorang mukmin, kerana seorang mukmin itu benar-benar mengerti akan hidup ini. Hisup yang telah diaturkan oleh Allah. Dan Allah tak pernah silap. Dan Dia Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada jalan keluarnya. Maka mengapa harus menyerah.

Setiap kali aku rasa tersasar, istighfar aku ungkap di bibir. Aku berharap, ada kesannya pada hati. Sejujurnya, aku kadang-kadang tidak ikhlas pada diri sendiri.

Wahai orang yg beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yg sabar."- al-Baqarah:153

Hari tu, teguh sungguh mak sebut ayat ni. Mak benar yakin dengan pertolongan Allah. Tapi duduk diam tak boleh. Sebab Allah sebut sabar dulu baru doa. Sabarlah dalam berikhtiyar. Walaupun diduga beribu-ribu musibah.

Tapi aku bersyukur dengan perubahan besar dalam family. Ayah mak alhamdulillah istiqamah dengan ibadat. Hidup rumah dengan ayat Allah meskipun ada suara dari dia yang selalu marah-marah. Hanis semakin istiqamah juga dengan perubahan. Adam nampak lebih matured dari usia sebenar.

Ya Allah aku faham, dari-Mu datang segala perkara, dan dari-Mu juga Kau menghilangkan segala perkara. Aku mengerti akan Engkau yang berkuasa menjadikan segala. Mengubah keburukan kepada kebaikan. Mengubah kebaikan kepada keburukan. Dari-Mu ya Allah, dari-Mu! Dan aku tahu itu!

Di saat ujian menimpa pandanglah ke belakang melihat mereka yang lebih diuji oleh Tuhan. Melihat bagaimana mereka bersabar dan dianugerahkan Allah sesuatu yang tak disangka-sangka. Di saat diri diuji, pandanglah kepada kekuasaan Ilahi, mintalah kepada-Nya, kerana segalanya terletak pada Dia. Di saat diri diuji, pandanglah ayat Allah dengan hati. Andai engkau mengerti dengan hati, pasti tiap kesakitan yang dialami, ada senyum dalam hati, tanda mengerti akan taqdir Ilahi. Saat diri diuji, padanglah dunia dengan mata ukhrawi, kerana sakit manakah ujian dunia ini, jika dibandingkan dengan panasnya api. Nikmat manakah dunia ini, jika dibandingkan dengan syurga Ilahi.


Hati, teruslah kuat membawa diri. 

Ilahi, anta maqsudi, wa ridhaka matlubi :'(



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi