Mereka Yang bersungguh, Aku Yang T**ak.

Bismillah.



Fuh, dah pukul 4 pagi. Kesat-kesat mata. Sambung lukis compund yang berselirat penuh. Baru tadi pergi dapur 'kuca' baca : buat air Nescafe kasik hilang mengantuk. Sambung balik hafal nama reaction tiap compund. Esok exam OC ! Organic Chemistry ! Last 3 days baru nak start pelek-pelek buku OC. Padahal dah sedar dah sangat banyak lectures yang terlepas. Btw, sekarang bukan pukul 4 pagi.

Bila dah habis exam, mulalah mengeluh dengan sebegitu besar sekali. Susahnya susahnya susahnya. Bila tanya kawan Arab pun, diorang kata susah. Fuh tarik nafas hembus balik. Lega bila budak budak pandai tu pun cakap payah. Maknanya mungkinlah tu mungkinlah sangat markah kitoang ni ala-ala diorang ni je.

Bila dapat result pulak, mulalah nak sedih, nak nangis pun ada. Nak menyesal takde kesudahan, nak berubah, nak bangkit dan segala bagai. Eh bila tanya lagi kawan Arab kamu dapat berapa. Sikit sikit je. Banyak saya hilang markah. Sikit berapa? Sikitlah hilang 7 markah daripada 75 tu kan. Kami yang ber- - - - ni, ada istilah lagi sikit dari sikit tak? Ooo tipu eh. Haha.

Pastu mulalah cakap Arab ni hebat dan segala bagai, genius lah, apa lah, makan apalah itulah inilah. Dan sebagainya alasan terbabit.

Yang hang duk mengantuk tersengguk dalam lecture tu tak jadikan pulak alasan. Tersengguk? Err kasar. Yang duk mengumpul tiap-tiap hari lecturessss yang tak faham pastu nak fahamkan masa sehari sebelum exam tu tak salah pulak kan. Yang duk biar buku tu putih bersih tanpa contengan makna di sini : tidak membuat latihan takpe pulak. Yang tak pernah masuk mengadap ke bilik doctor nak tanya soalan lagi. Come on lah, sangat banyak terlampau alasan sebenarnya.


Oh betulnya.

Rasyidah, mereka yang bersungguh, kamu yang tidak.

Setiap hari dalam lecture, budak2 Arab sangat berani yakin lagi bersemangat untuk angkat tangan tanya soalan, sangat berani nak tanya soalan dalam kelas, even benda tu kadang-kadang salah je. Tak pernah pun nampak mereka-mereka ni tidur dalam kelas, seperti kami atau saya. Pastu menjelang exam pulak, mereka ni memang macam tak nampak apa-apa dah selain exam tu. Study macam bermati-matian even diorang ni dah faham segala benda. Hari tu time Physiology, sedang kami yang tak sempat pun nak fahamkan semua lectures, budak Arab ni dah start bukak buku Guyton's yang saya kira 3 inci ketebalannya itu untuk dibaca. Kami nak buka pun tak berani lagi !. Anatomy pulak, kami yang duk terhengeh hegeh transfer nota dari sheets ke slides, mereka dah buih-buih mulut jalan sana sini hafal muscles dan vessels. Dalam group Doctor pulak, tak habis-habis postkan soalan Anatomy, siap boleh jawab on the spot, dan jugak boleh buat study group dalam group facebook. Di highlight kan, facebook. Dan banyak lagi perkaraaas awesome yang mereka ni buat sampai kami terkedu.

Kalau tengok facebook pun, semua benda pasal Medic, Medic, Medic. Post Medic, DP medic, CP medic, dan sebagainya. Fuuh, diorang meamng sangat memanfaatkan life sebagai seorang student Medic tu.

Ni satu lagi. Jaga tepi kain orang sampai kain sendiri carik pun tak nampak. :p

Allahu Allah, tawakkal tanpa usaha itu tak ada gunanya.

Ya, sungguh sangat kagum dengan semangat yang mereka ada.

Walaupun ada je perkara yang kurang menyenangkan pasal mereka ni, tapi semangat mereka, harus dan sangat perlu dicontohi.

" Eh Arab ni, ramai jugak yang OKU kan. Mungkin gene diorang memang common kot dengan penyakit macam-macam ni"

Ya, kat sini, memanglah diakui, ramai sangat yang agak tak sempurna fizikalnya. Ada yang kerdil, yang tak boleh jalan betul, yang tempang, yang naik kerusi roda tekan sendiri bergerak, yang naik kerusi roda ada orang tolak baru bergerak, yang buta bertongkat, yang buta dipimpin tangan, yang buat dipimpin tangan oleh lain jantina dengan kertas. Ops.. Dan yang yang yang lain.

"Mulanya pun kita fikir macam tu, tapi bila fikir balik bukan sebab diorang ni tak sempurna gene ke tak cukup vitamin, tapi semua orang yang sempurna mahupun tak sempurna kuat semangat untuk datang belajar."

Lepaaap.

Dekat Malaysia, orang Malaysia duduk Pusat Kebajikan OKU, ada bantuan OKU, duduk rumah menangis, mengeluh nasib sendiri, jauh sekali dengan mereka. Bukan mereka lemah, tapi tak cukup kuat dibandingkan mereka yang di sini.

Kita jangan jadi MUSLIM manja !

"Hadeel, awak dapat berapa sem lepas?"

"Emmm. Rasanya 3.9"

Waa. Telan air liur maa. Hebatnya.

"Awak?"

"Saya dapat sikit jeeeeee."

"Eh takpe, awak belum biasa lagi kat sini, baru sampai, saya dah biasa kat sini, dah biasa cara pembelajaran dekat Jordan ni macam mana. Nanti lepas ni, confirm awak akan dapat high mark."

Ameeen Hadeel.....

Kita kata itu, kita kata ni, ceramah panjang lebar tapi bila tengok result. Perlu cemerlang untuk ummah. Perlu cemerlang untuk orang akan respect dan percaya dengan apa yang akan kita kata. Dan untuk kepuasan kita dalam belajar. Tak gunalah, cakap macam-macam, macam (tatabahasa salah) penceramah jemputan al-Kuliyyah di TV3 hari Jumaat jam 6 petang. Waa rindunya. Tapi bila orang tengok realiti, belajar tak semangat, sebelum lecture tak baca buku, lepas lecture even tak faham tak review balik, exam tak semangat, dan sebagainya. Kadang ponteng lecture. Opss. Ingatlah matlamat utama kat sini, nak belajar. Perkara lain tu  kemudian, letak kat tepi dulu.

invitetoislam:

I have never regretted my silence. As for my speech, I have regretted it over and over again.
- Umar Ibn Al Khattab

Post ni memang untuk diri sendiri yang faham tapi tak sedar. Moga lepas ni, semangat akan berkorbar-korbar untuk teruskan sisa baki pengajian kat sini. Eh, sisa baki?

Tapi yang penting, 'Inna mal a'maalu binniyat'. Biarlah belajar, bukan semata-mata untuk dapatkan result yang cemerlang gemilang terbilang. Tapi untuk Dia. Untuk ummah.

"Ya Allah, nanti kalau aku jadi doktor, aku nak cemerlang, nak belajar sungguh-sungguh sebab nanti aku nak sambung study master buat specialist pulak, nanti kalau aku nak terapkan nila-nila Islam dekat tempat kerja aku. Aku nak buat hospital Islamic macam Mustashfa Islamiyya dengan Jordan ni, keluar topik. Pastu kalau Kau bagi peluang aku nak sambung lagi, aku takkan sia-siakan, aku nak kutip ilmu itu sekarang, ilmu Medic, ilmu agama, biar walaupun sikit aku faham, tapi orang lain pun boleh faham macam aku faham."

invitetoislam:

You may lose all you have, you may lose the people you love, but as long as you still have Allah, you have all you need.
- Abdulbary Yahya

Eh tingginya angan-angan. Tapi biarlah kan, orang cakap aim the stars, kalau tak boleh reach the stars pun , reach the moon pun jadilah. Tapi kalau dah aim the moon, sampai atmosphere je lah kut. Ha, mengarut.

Untuk adik-adik 50 orang yang bakal jadi mahasiswa UJ, bersiap siagalah, sebab UJ ni tak sama dengan JUST tau !

Comments

  1. kena teus bertindak atur strategi. pecutan terakhir,ayyuha malaysian people !

    ReplyDelete
  2. pecutan. stimulus dimaksimumkan sampai ke tetanus. kat orang tu. nanti jangan lak post naikkan action potential sampai terjadi epilepsy ye . :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi