Taraddud Lagi

Bismillah.

Akhir-akhir ni, saya sangat mengakui. Hati saya memang tak tenang, sangat taraddud untuk memilih. Seperti dulu, tinggalkan dQ untuk memilih Jordan. Tapi kali ni, sesuatu yang sangat lebih amat berbeza berbanding dengan keputusan yang perlu diambil sekarang.

Dah 3 bulan di sini, dan rasanya semua berjalan dengan terlampau pantas. Kadang merasa cukup selesa dengan kehidupan sekarang, kadang merasa semakin berubah. Berubah?

Every second I live

Fizikal kita orang nampak, amal kita pun kadang-kadang orang tahu. Tapi hati kita, hanya Allah tahu. Dan hanya kita yang merasa. Dan hati, hati adalah aset yang paling berharga dalam diri kita. Kalau tak, takkan Rasulullah bersabda, bila baik hati itu, baiklah seluruh anggota badannya. Ya, semua ditentukan hati. Malangnya, bukan kita boleh nampak hati kita bersih atau kotor.

Di sini, dengan koleksi ceramah yang melimpah ruah, dengan kelas talaqqi yang agak banyak, dengan segala macam perkara yang lain, saya sudah meletakkan diri saya dalam keadaan yang selesa.

Tapi tempoh hari, saya seakan dijentik sehingga melambung tinggi bila seorang senior bercerita mengenai tarbiyah.

Tarbiyah, bukan soal banyak mana kita ikut pelbagai kelas, ikut ini dan itu, tapi sejauh mana tarbiyah itu sampai ke hati kita, sejauh mana terkesan ke dalam akhlak kita, sejauh mana sampai untuk mendekatkan kita dengan Allah.

Benar, saya akui. Perkara yang saya buat, tak semua sampai ke dalam hati. Benar, benar, benar.

Walaupun time kat dQ dulu, ceramahnya, talaqqinya tak sebanyak di sini, tapi saya tahu keadaan hati saya bagaimana. Tahu setenang mana, tahu macam mana hubungan dengan Allah itu bagaimana. Bukannya tinggi, tapi saya merasa bi'ah yang menjaga itu, sentiasa menjaga saya. Tapi kat sini, sejujurnya, pengahayatan, semakin memudar dan menghilang.

Munkin di dQ dulu, ada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi, sentiasa menasihat, sentiasa ada qudwah, sentiasa ada masjid, sentiasa bersama Quran, kelas tasmi'. Mungkin time tu, syaitan pun menjauh.

instaislam:

#Allah #Almighty Subhanahu wa ta’ala #God #Islam #religion #Quran #Muhammad peace be upon him #Prophet  #TheLastReligion #TheRightPath #Love
#Believe #Perfect #Image #Lord #Life #Perfection #Reputation #TheMercyOfAllah #truth  #MuslimSurvivalKit #InstaMuslim #Mercy #Muslims #instaislam #instagood #instamood  #muslim #IslamicQuotes  #OneUmmah

Tapi kini, semua perkara tu memang benar telah hilang. Walaupun saya tahu saya yang sepatutnya memgambil apa yang dah bergelen saya kumpul di dQ dulu dan aplikasikannya kat sini. Bahkan paling sedih, ukhuwah fillah pun masih berada dalam keadaan genting. Waktu dengan Quran, makin sikit, semuanya makin-makin-makin menyedihkan.

Sedih mengenang diri, diri yang terlampau lemah untuk atasi segala perkara yang dah terjadi sekarang. Dan even kadang-kadang saya sedar apa yang sedang berlaku, tapi saya tak dapat kekuatan untuk atasinya. Kerana tiada kekuatan, saya menangis. Menangis lagi.

Benar, orang kata, saya tak boleh bawak dQ tu ke sini, tak boleh nak compare apa yang di dQ tu dengan apa yang dekat sini, sebaliknya saya kena bawa unsur dQ ke sini. Tapi, ikhlas, jujur saya nyatakan, saya tak cukup kuat seorang. Tak cukup kuat. :'(

Saya tahu, ada yang membantah sekeras-kerasnya akan tidakan saya. Tapi entahlah, seakan Allah mengurniakan suatu rasa yang lain dan Allah campakkan sesuatu yang benar-benar lain ke dalam hati. Kata orang, orang yang bercakap dnegan hati, akan turunnya ke hati. Maka saya yakin, 'mereka' memang berbicara dengan hati.

Allah berfirman: "Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang".
( Al - Qasas : 35 )

Saya meminta kekuatan dari sahabat-sahabat untuk kita sama menjaga iman sesama kita, sepertimana, Allah mengurniakan Nabi Harun untuk menampung kelemahan Nabi Musa.

hijabiz:

Ameen Ya Rabb :) 

Bila ada yang berkata, awak, kena kuatkan diri sendiri dengan Allah, kena bina balik hubungan sekuatnya dengan Allah, kena istiqamah, kena mengadu dengan Dia. *Bicara, memang senang, buatnya. ?

Benar, hubungan dengan Allah itu memang perlu sentiasa diperbaharui, tapi saya kenal akan iman saya, kenal akan hati saya. Memang iman boleh diperbaharui selalu, tapi saya akui, saya memerlukan sahabat yang ingatkan saya, walaupun perkara itu, tidak sering. Kadang kita merasakan kebaikan yang ada pada diri kita akan berterusan, tapi hakikatnya, terkandas di tengah jalan.


“Prayer is that which enables the soul to realize its divinity. Through prayer human beings worship absolute truth, and seek an eternal reward. Prayer is the foundation-stone of religion; and religion is the means by which the soul is purified of all that pollutes it. Prayer is the worship of the first cause of all things, the supreme ruler of all the world, the source of all strength. Prayer is the adoration of the one whose being is necessary.”
— Ibn Sina[excerpt from Kitab al-Najat] 


Kita sebagai manusia, tak berhak nak menjudgekan orang lain, apakan lagi menjudgekan iman manusia. Jangan sibuk menghina, mengata itu dan ini, tanpa sebarang usul periksa. Jangan dengan yakinnya mengatakan kita sentiasa benar, lantas mengenepikan apa yang diperjuangkan orang lain. Jangan terlampau taksub dengan hujah sendiri, sehinggakan merasakan diri, terlampau betul. Yang penting, kita sentiasa berusaha untuk meletakkan hadaf hidup kita, perkara yang paling utama dalam hidup kita.



Mengapa menghalang manusia itu ke arah kebaikan, sedangkan kita sendiri tidak mampu untuk mmebri kebaikan tersebut kepada dia.?

Kadang-kadang perkara yang datang daripada hati itu, kita dapat rasa bahawa ia turun dari hati. InsyaAllah, Allah Yang Maha Penyayang akan sentiasa menunjukkan jalan, memberi satu keyakinan yang utuh, supaya hati ini tidak bergoyang-goyang lagi. Mungkin juga, Allah sedang menjawab doa saya yang dahulu.

Pape pun, moga Allah permudahkan segalanya :)

Mungkin post ni agak pelik dan aneh, tapi saya cuma ingin menenangkan hati yang taraddud hendak ke arah yang mana.

Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,