Tarbiya daripada-Nya~histeria di IKB

Alunan al-Quran daripada saudara Taqiuddin mengusik hati. Majlis Schoolwide Enrichment Model petang itu diadakan besar-besaran walaupun tidak banyak sekolah yang hadir. Tapi ditengah-tengah ketenangan alunan surah al-Waqiah ada juga jiwa yang seksa mendengarnya. Dialah Angsana. Dari tadi mengurut-ngurut kepalanya seakan tidak rela mendengar kalam Allah tersebut. Rima dan Sakti di belakangnya menunjukkan reaksi.

"Eh, ok tak?" Rima menuturkan kata.

"Takpe, ok lagi ni" balas Angasana dalam keperitan.

Tiba-tiba, dari sudut tepi, Kasturi memunculkan diri.

"Angsana, Chempaka panggil dekat bilik rehat" selamba Kasturi menuturkan kata-kata.

"Sape ada dalam bilik rehat?" Angsana membalas dengan nada yang agak tinggi.

"Chempaka dengan Dewi je" balas Kasturi lagi.

"Tipu! Ustaz Fahmy ade?"

"Tak! Sumpah!"


Angsana bangkit dari kedudukannya. Diikuti Rima dan Sakti. Angsana terduduk sebentar semasa hampir dengan bilik rehat. Dia mengadu lututnya sakit. Kemudian dia bangkit semula dan meneruskan langkahnya.

Pintu bilih rehat dibuka. Kelihatan Dewi sedang terbaring lemah di atas katil itu. Chempaka di sebelah menemani. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci al-Quran. Angsana duduk di katil sebelah. Dewi cuba memegang tangan Angsana tetapi ditepisnya. Tiba-tiba, Angsana menangis. Rima duduk di sebelah Angasana, mendakapnya sambil membaca ayat-ayat Manzil. Tangisannya makin reda.


"Chempaka,panggil Ustaz Fahmy, suruh dia tolong tengokkan Dewi, tapi saya keluar" jelas Angsana, ringkas.


Tanpa sebarang persoalan, Chempaka dan Rima bangkit mencari Ustaz Fahmy. Sesudah menceritakan segalanya kepada Ustaz Fahmy, dia bersetuju mengubatkan Dewi.


Ustaz mengetuk-ngetuk lutut Dewi sambil membaca sebahagian ayat Manzil. Lada hitam yang diambil tadi diletakkan di jari kaki Dewi. Dewi mengerang kesakitan. Selepas mengingatkan kami agar lebih berhati-hati, Ustaz mengorak langkah keluar begitu juga kami.


Semasa keluar daripada bilik rehat, tiba-tiba langkah Angsana terhenti. Dia menyuruh Rima Kasturi melihat keadaan sekeliling dan adakah Ustaz Fahmy berada dalm kawasan terdekat. Rupa-rupanya Ustaz berada di tingkat dua, sedang memerhatikan Angsana. Angsana tiba-tiba menangis. Chempaka secepat mungkin membaca ayat yang diberikan oleh Ustaz. Selepas Ustaz bereedar, keadaan kembali tenang.


Malam itu, selepas bacaan Yassin semua tingkatan lima dipanggil berkumpul ke dorm Ibnu Batutta. Keadaan ketika itu sudah kritikal. Angsana sudah berteriakan sewaktu surah Yassin dibaca. Dewi pula meraung-raung meminta dirinya dilepaskan. Keadaan bingit dan tidak terkawal. Masing-masingtidak henti-henti membaca ayat-ayat pilihan seperti Surah al-Fatihah, Ayat Qursi, Lauanzalna dan bermacam lagi.

aan.

Keadaan semakin genting ketika Sakti pula yang beraksi. Dia bangun dan tangannya menunjuk-nunjuk ke arah Dewi dan Angsana. Matanya seakan-akan merah dan dia mengeluarkan suara yang amat ngeri. Sakti bukan lagi Sakti ketika itu. Balqis dari tadi memegang al-Quran tiba-tiba berteriak. Menangis-nangis walaupun Al-Quran di tangannya masih tidak dilepaskan.


"Sape-sape yang boleh solat pergi ambil air sembahyang sekarang!!!!!!!!!!!!!!" suara Chempaka memecah kebingitan. Semua meluru ke Tandas Melur untuk melaksanakan perintah yang diberikan Chempaka.


TIba-tiba.


"Kak! Tolong, dekat surau pon dah ade yang kena!"


Kata-kata tadi seakan menmbak dada-dada semua yang berada di dorm itu. Keadaan semakin kalut. Separuh daripada orang yang sudahA memenuhi dorm Ibnu Batutta tadi berlari-lari untuk menyelamatkan keadaan.


Di surau, kelihatan Mariah sudah terbaring dan Saga dan Merah menangis teresak-esak. Chempaka membaca ayat tadi kepada Mariah. Rima hadir menenangkan Saga dan Merah yang ketakutan.


Banin menyedari keadaan tersebut. Mereka memeberi arahan supaya semua pelajar berkumpul di surau sekarang juga.Azan dilaungkan. Di celah-celah azan itu juga suara teriakan bersahutan.


Kelihatan dari tadi, Chempaka bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Menenangkan satu persatu mangsa yang terkena. Tadi, Hanya Angsana dan Dewi yang berteriak. Balqis dan Sakti tidak bereteriak, tetapi keduanya terketar-ketar dan menangis-nangis. Kemudian, Saila pula mengis-nangis. Rima tampil menenangkannya. Sebaik sahaja ayat-ayat Manzil dialunkan, Saila mengadu-ngadu panas. Dari satu sudut pula, Afri pula berteriak. Chempaka hadir di sisinya membacakan ayat kota tauhid .Dan dari tadi, Niki berbalas-balas teriakan mangsa-mangsa histeria tersebut. Matanya membulat, seakan hendak tersembur keluar. Dia ditenangkan Sakti.


Tiba-tiba Ustaz Zulkifli hadir ke surau. Keadaan semakin tenang. Dewi dan Angsana sudah ditenangkan Ustaz Zul. Saila sudah berupaya bangun dan mengambil wudhu', Afri pula telah selamat ditenangkan Chempaka dan Ustaz Zul. Ustaz Zul sempat mebuat air tawar dan menyuruh semua minum sebelum masuk tidur. Kata beliau, insyaAllah keadaan akan kembali tenang selepas ini.


Semua muslimat Imtiaz meluru masuk ke dorm masing-masing. Tetapi, tetapi, sesuatu yang tidak disangka-sangkakan terjadi. Pertembungan kuasa. Dari tadi, Suhana dan Bumia tidak masuk ke surau. Suhana mengadu sakit untuk mendekati kawasan beradanya Dewi, Angsana dan yang lain. Dan dari tadi, Bumia menenangkan Suhana yang duduk di pondok, kira-kira 20 meter daripada kawasan surau.Apabila muslimat sudah beredar, Suahan dan Bumia mengorak langkah untuk kembali ke dorm semula. Malangnya, langkah Suhana terhenti setakat di surau sahaja. Dia mengadu sakit. Mahu ataupun tidak, Suhana terpaksa tidur di surau. Chempaka, Erra dan Masyit menemani Suhana.


Jam menunjukkan jam 12.30 malam.


Sakti, Balqis dan Mulan ke tandas untuk mengambil wudhu'. Semasa Mulan mengambil wudhu' tiba-tiba.


"Eh, saya rasa lain macam la, apa berdesing-desing telinga ni" kata Sakti.


Mata Balqis dan Sakti tertumpu kepada Mulan. Kelihatan kaki Mulan terangkat sedikit. Berwarna biru. Belum pun sempat mengambil wudhu' mereka bertiga sudah bergegas masuk ke dalam dorm semula. Mulan mengadu sakit bertemu Sakti dan Balqis dan begitulah juga Sakti dan Balqis sakit bertemu Mulan. Mulan Terduduk di atas katil Abie. Rima menghampiri Mulan dan menyuruh ahli dorm berama-ramai membaca Manzil. Mulut Mulan terkumat-kamit membaca ayat-ayat suci tersebut. Matanya membulat. Kelihatan Mulan masih mampu melawan.


Tiba-tiba, Sunti dan Maria menerpa di hadapan dorm al-Khawarizmi.


"Kak Bumia, Kak Rima! Saken! Saken! Dia teriak dari tadi!"


Jantung seakan berhenti berdegup. Rima dan Bumia saling berpandangan. Akhirnya, mereka memutuskan supaya Rima yang turun ke dorm bawah dan BUmia akan menjaga mereka yang berada di dorm al-Khawarizmi sekarang.


Suasana di luar mengugupkan semua orang. Auranya dapat dirasakan. Dengan perasaan yang amat berat, Rima masuk ke dorm Imam Syafie untuk menemui Saken.

Saken tidak berteriak lagi. Tetapi dia kelihatan bukan dirinya. Membulat matanya menjeling Rima.


"Macam mana dia ni? ok tak?" Rima mengajukan soalan kepada orang sekeliling.

"Dah ok, tapi dia tutup telinga kalau kitorang baca ayat Qursi" jawab satu suara dari kelompok itu.

Rima dan kawan-kawan Saken memulakan bacaan Manzil. Serta-merta tangan dan kaki Saken meronta-ronta. Kawannya memegang kemas tubuhnya. 3 orang untuk setiap tangan, 4 orang untuk setiap kaki. Bayangkan! Kedahsyatan semakin bertambah apabila Waila pula yang berteriak. Kazuka hadir menenangkan. Tiba-tiba, Saila dan Suri masuk ke dalam dorm tersebut. Dengan suara bervolume 100, Rima mengarahkan supaya Saila dan Suri keluar daripada dorm itu. Belum punsempat Saila dan Suri berlari keluar daripada dorm itu, Saila sudah terduduk dan memulakan teriakannya. Rita hadir menenangkan diikuti yang lain. Keadaan semaikin genting. 3 muslimat yang telah diserang histeria berbalas-balas teriakan.

“Qola fakhruj minha fainnaka rojim!” Rima berteriak di telinga Saken.

“Ah! Tak mboh!” balas Saken.

Tersentak Rima ketika Saken membalas kata-katanya.

“Fakhruj!!”

“Tak mboh”

“Keluor!”

“Tak mboh! Mu lari lah, bisinglah mu ni”

“Base ngoh! Mu sakit dok?!”

“Sakit lah bodo!”

Terkejut!.

“Sakit keluorlah!”

“Aku kate takmboh!”

Rima membaca lagi ayat Qursi. Saken mengeleng-geleng kepalanya.

“Eh, mu nok keluor dok?!!”

“Tak mboh, lari ah mu, bising!”

Keadaan semakin genting.

Rima menekan-nekan butang telefon bimbit. Ustaz Hasan, Ustaz Fahmy, Ustaz Asyraf, Ustaz Zul, Ustaz……. Tiada ustaz lain yang dapat membantu sekarang melainkan Ustaz Hassan.

Seusai menelefon Ustaz Hassan, dia bersetuju untuk datang ke sekolah ini untuk membantu. Alhamdulillah. Akhirnya pertolongan daripada Allah itu muncul jua.

Rima keluar daripada dorm itu untuk menjemput Ustaz Hassan ditemani Zakiy. Mereka melawat surau sebentar. Kelihatan Suhana sedang berbaring longlai, agaknya sudah tertidur. Chempaka pula berbaring, kelihatan keadaannya lemah, ketika itu dia sedang membaca al-Quran.

Akhirnya, Ustaz Hassan sampai. Sebelum keluar daripada dorm tadi, Rima telah mengarahkan semua muslimat mengenakan pakaian yang sesuai. Tudung disarungkan kekepala Saken, Saila dan Waila.

Di dorm al-Khawarizmi pula, Mulan menjadi tidak tentu arah. Semua katil dirapatkan pada malam itu. Semuanya ketakutan. Mulan tidak senang duduk semasa dia tidur di sebelah Sakti. Lalu, dia berpindah tempat. Mulan dan Sakti banyak kali terjaga pada malam itu.

Di surau pula, suasana sunyi sepi. Suhana sudah melelapkan mata. Chempaka mula menyedari keadaan dirinya yang serba tidak kena. Dirasakan dirinya lemah longlai. Tubuhnya berat dan mata tidak dapat dilelapkan.

Ustaz Hassan menginjakkan kakinya ke dorm Imam Syafie. Suasana kalut. Jeritan bersahutan. Ustaz Hassan menghampiri Saken yang dari tadi memejamkan mata.

“Waja’alna min aidihim saddan’ wa khalfihim sadda fa agsyainahum fahum la yubsirun”

Saken menggelengkan kepalanya kesakitan. Ustaz kemudian menyuruh kawan-kawan Saken memicit ibu jari kakinya. Maka, berteriaklah Saken. Macam-macam perkataan sudah tersembur keluardaripada mulutnya. Dia mengadu sakit.

Ustaz Hassan yang tadinya keluar daripada dorm muuncul semula dengan sebotol air. Dia mencurahkan air ke atas muka Saken. Setelah lama meraung kesakitan, akhirnya ‘Saken’ bersetuju untuk keluar daripada tubuh Saken yang sebenar.

“Keluarlah!” jerit Inayah.

“Aku dok tahu nok keluorkot mane”

“Keluor ikut tepat mu masuk tadilah” balas Inayah lagi.

Ustaz Hassan memunculkan dirinya lagi. Ustaz menyuruh Saken mengucap dua kalimah syahadah dan dia menurutinya. Ayat Qursi juga dibaca oleh ‘Saken’. Ustaz Hassan ada memberitahu, jarang jin yang boleh membaca ayat Qursi sampai habis. Kadang-kadang, terhenti sampai ayat ‘wala yauduhifzhuhuma’.

Ustaz Hassan rupanya telah menelefon Ustaz Ghulam, ustaz daripada Darussyifa’. Semua mata terbeliak apabila Ustaz Ghulam yang lengkap berjubah dan berkopiah hadir ke dalam dorm Imam Syafie pada pukul 2 pagi. Ustaz kemudiannya mengubatkan Saila. Tidak sampai 1 minit, ‘benda’ tersebut sudah keluar daripada tubuh Saila. Saila kemudiannya lemah, tidak terdaya. Ustaz kemudian mengubati Waila pula.

Kemudian Ustaz Ghulam bergerak ke dorm Ibnu Batutta.

Ustaz kemudian mengubati Angsana. Walaupun ketika itu dia dalam keadaan yang tenang, tetapi apabila Ustaz Ghulam hadir mengubatinya, Angsana mula berteriak. Diikuti Dewi. Teriak sana sini. Semuanya saling bersahutan. Teriakan Angsana dan Dewi di dorm Ibnu Batutta kedengaran di dorm Imam Syafie. Kali ini, Saila pula yang berteriakan, diikuti Waila dan Saken. Suasana kalut kembali. Ustaz menyuruh semua muslimat mengosongkan dorm Ibnu Batutta pada malam itu. Angsana dan Dewi turut turunke dorm tersebut. Ustaz Ghulam mengubati Saila, Waila dan Saken sekali lagi. Malangnya, setiap kali mendengar teriakan yang lain, Saila akan turut berteriak. Akhirnya, Ustaz Ghulam mengangkat Saila dan membawanya ke bilik rehat asrama. Di situ, Saila mula tenang dan tertidur,ditemani kawannya yang lain.

Dewi dan Angsana sudah turun ke surau. Di surau pula, Rita yang tadi menolong Saila pula terkena tempias. Ustaz bersungguh sekali mengeluarkan ‘benda’ tersebut daripada badan Rita. Namun, setiap kali ia keluar ia akan masuk kembali.

Sudah tiga kali ‘benda’ di dalam badan Rita berjanji untuk keluar, tetapi sebaik sahaja keluar, iaakan masuk kembali. Chempaka pula berkeadaan tenat. Balqis, Inayah dan Niki hadir menenangkan. Bacaan yassin menghamburkan air mata Chempaka. Ustaz Ghulam mencuba untuk menyembuhkan Chempaka.

Dariapada bahu, turun ke siku, daripada siku turunke pergelangan tangan, daripada pergelangan tangan turun ke jari. Badan Chempaka sudah lemah sepenuhnya walaupun dia mencuba untuk melawan. Chempaka menyebut kalimah tauhid beberapa kali. Mengungkapkan takbir beberapa kali dalam esakan. Keadaann begitu memilukan. Ustaz Ghulam bertungkus-lumus lebih kurang 30 minit menguruskan Chempaka seorang. Namun sifar hasilnya. Ustaz akhirnya mengarahkan Chempaka supaya mandi dengan air yang diberikannya.

Rita terbaring kaku. Badannya kelihatan lemah longlai. Dewi pula terbaring kaku. Ustaz Ghulam mengajar, sebelum membantu kawan, baca al-fatihah sekali dan ayat Qursi tiga kali kemudian hembus te tapak tangan. Asyi hadir membantu Chempaka. Inayah juga berusaha menolong Chempaka. Asyi disuruh Ustaz supaya membaca ayat Qursi kemudian menarik tangannya ke atas kepala Rita. Rima pula disuruh untuk memperlakukan sebegitu kepada Dewi. Chempaka dibawa ke bilik rehat. Ustaz Ghulam berusaha menidurkannya.

Jam 4.30 pagi, Ustaz Ghulam dan Ustaz Hassan memberitahu semua bahawa dia akan beredar. Dia memberikan nombor telefonnya dan menyuruh supaya menghubunginya jika terjadi sesuatu. Kira-kira 8 orang muslimat bermalamdi surau padamalam itu dan 6 orangdi bilik rehat.

Keesokannya, ayah Sakti datang. Rupa-rupanya, ayah Sakti pandai mengubat orang. Apa yang paling mengejutkan ialah,kami diberitahu Sakti mempunyai saka berubat dan sebab itulah dia bertindak seperti itu selama ini. Dan semua yang terkena histeria akan takut dan cemas apabila bertemu dengan Sakti. Pagi itu, di bilik rehat, ayah Sakti menyuruh Sakti sendiri yang mengubati pesakit tersebut. Semua yang terkena diarahkannya supaya berkumpul di bilik rehat. Tanpa ribut dan petir, tiba-tiba, Sakti berubah perwatakan. Jarinya mula menunding ke arah pesakit-pesakit tersebut. Matanya membulat. Suaranya berubah kasar. Seorang demi seorang menghadirkandiri di sisi Sakti. Tangan Sakti diletakkan di atas pesakit. Tangannya terketar-ketar. Suaranya kasar mengalunkan ayat Qursi. Ya, Sakti bukan Sakti. Sakti tidak sedarkan diri ketika itu. Yang mengubati pesakit itu, bukannya Sakti tapi saka Sakti.

Keadaan berkarutan hinggalah malam. Semuanya masih tidak tenteram. Jeritan sana sini. Sakti pula telah lemah dan dia sakit berjumpa dengan semua yang terkena histeria. Keadaan tidak berubah kegentingannya.

Malam menjelang. Malam itu, Madam Keety hadir untuk mengadakan sedikit tahlil. Tetapi, keadaan semakin kalut apabila ramai yang baru terkena. Mereka ialah Elai dan Erra. Elai meraung-raung dari tadi, Ustaz Zulkifli telah datang mengubatinya, namun tidak berhasil. Akhirnya, Ustaz Ghulam yang dihubungi. Tapi kali ini lebih awal. Kira-kira pukul 10 malam, Ustaz Ghulam sudah menghadirkan dirinya di sekolah itu. Dan kali ini, semua orang dapat megenali ustaz Ghulam. Alhamdulillah, pihak sekolah telah sedar.malam itu, Ustazah Rohana dan suaminya, Cik Yus dan Cik Mail hadir di sisiUstaz Ghulam. Bukannya seperti semalam, pelajar sendiri yang menjadi bomoh.

Elai sudah diam dari teriakannya. Mulan pula cuba melawan sedaya upayanya. Mulutnya terkumat-kamit membaca matsurat. Namun, mulut Mulan bergerak-gerak tidak tentu arah. Seakan ada sesuatu yang menjadikannya begitu. Tadi, dia sudah muntah kosong, tapi keadaannya masih tidak berubah. Ini pula kisah Erra.

Sebaik sahaja Ustaz Ghulam menghampiri Erra, ustaz memgang tengkuknya, serta-merta Erra menjerit kesakitan. Masyit setia menemani disisi. Teriakan yang didengari Saila membuatkan Saila turut berteriak. Ustaz menyuruh Masyit dan Ella memicit ibu jari Erra. Tiba-tiba.

“Eh,. Geli la bodo”

Masing-masing yang berada berdekatan cuba menahan ketawa. Kemudian, tiba-tiba Erra ketawa seorang diri seperti oranggila. Masyit di sisi menemani sambil membaca ayat Qursi.

Apabila segalanya telah selesai, Cik Yus mengarahkan semua pesakit balik pada malam itu. Cik Yus memberi cuti rehat selam tiga hari dan mereka diarahkan pulang ke asrama pada hari Selasa.

Suasana kembali reda.

Keesokannya, tiba-tiba Saila menghadirkan diri ke sekolah. Sebaik menginjakkan kaki ke dorm, dia menjerit lagi. Keadaan kembali gawat. Ramai pelajar yang pulang ke rumah pada hari itu.

Asyi menelefon pengetua dan meminta supaya semua pelajar dibenarkan pulang. Pengetua mengendahkannya atas alasan-alasan tertentu. Akhirnya, pengerusi pengurusan Imtiaz,Mazlan b. Che Wil dihubungi. Akhirnya, semua pelajar dibenarkan pulang.

CHERITERA TAMAT.

Gelombang kedua histeria tidak sehebat gelombang pertama.

MENARIK

1) Niki bertindak sebagai scanner jin. Dia dapat merasakan aura dan dapat mengetahui semua yang terkena dan sekuat manakah jin tersebut menguasai badannya.

2) Semua yang terkena tidak dapat bertembung mata antara satu sama lain.

3) Ramai rupanya ada saka wo!! Lebih lima orang

4) Majoriti semuanya merasakannya walaupun sedikit. Ada yang berat-berat tangan, pening kepala dan macam-macam lagilah.

5) Air Ustaz Ghulam sampai sekarang ada lagi dalam surau.

6) Ada TOK memberitahu jin tersebut tinggal di pkok mempelam di belakang sebuah dorm. (x tau betul ke x)

7) Sampai sekarang ada yangmasih terasa kesannya.

8) Banin pulak yang lebih-lebih takut.

ULASAN RINGKAS.

Walaupun kejadian ni betul-betul meberi kesan kepada seluruh penduduk Imtiaz Kb, namun pasti terselit ibrah ataupun hikmah yang telah ditetapkan olehNya. Rugilah barang siapa yang tidak berfikir dan mengambil peristiwa ini sebagai satu teladan buat diri.

1) Baru hari ini, kita sedar bahawa betapa hebatnya kalam suci al-Quran yang kita hafal selama ini. Sewaktu peristiwa ini, semua pelajar muslimat tidak henti-henti membaca al-Quran dan ayat-ayat pendinding yang lain.

2) Tiada kuasa yang lebih hebat melainkan kuasa Allah Taala. Jin juga merupakan makhluk yang diciptakan Allah oleh api neraka. Juga, peristiwa ini tidak akan berlaku jika tidak diizinkan Allah.

3) Allah cuba memberi tarbiyah kepada kita supaya lebih mengingatiNya dan menjaga akhlak sebagai seoarang Huffaz. Sewaktu kejadian ini, barulah masing-masing sibuk mengingati Allah, sibuk solat berjemaah, sibuk dengan zikir al-Mathurat dan Manzil. Juga, muslimat lebih berjaga-jaga dengan suara masing-masing. Tiada terdengar nyanyian sumbang dalam bilik air, kejar-mengejar dan bermacam lagi.

4) Hanya Allah yang layak memberi bantuan dan pertolongan. Walaupun saka berubat, ia tetap daripada golongan jin dan haram kita meminta bantuan daripadanya. Walaupun jin tersebut menggunakan ayat al-Quran sebagai alat untuk menyembuhkan pesakit.

5) Jin takut menghampiri orang yang beriman. Sepertimana Ustaz Ghulam menyembuhkan ramai pesakit, jin takut berhadapan dengan orang seperti Ustaz Ghulam.

6) Allah memberi ujian untuk menguji keimanan para hambaNya. Sepertimana firmaNya, “ Layakkah manusia mengatakan mereka beriman sebelum mereka diuji”

7) Setiap manusia menghadapi ujian yang berlainan kerana setiap manusia diuji dengan kadar keimanannya.

8) Jin juga makhluk Allah yang tinggal dimuka bumi ini. Kita mesti sentiasa berwasapada denagn setiap bisikan syaitan yang menghasut melakukan kejahatan kerana ia lebih berbahaya daripada jin yang dapat kita lihat secara lahiriah.

9) Penghafal al-Quran pun boleh terkena gangguan jin. Menunjukkan bahawa janganlah kita senang duduk dan menganggap diri kita sudah terjaminkedudukannya di sisi Allah sedangkan Dia lebih mengetahiu sejauh mana tingkatan iman kita.

10) Janganlah terlampau berani menolong yang lain sekiranya diri kita sendiri tidak kuat bentengannya. Benteng yang dimaksudkan adalah sejauh mana eratnya hubungan kita dengan Allah. Solat wajib, solat sunat, qiamulail, puasa sunat dan sebagainya.


AKHIR SEKALI.

PERCAYALAH.

IHFAZILLAH YAHFAZKA/KI. Sekian.





Comments

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Taraddud Lagi