Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Terketar-ketar tubuhku, nafas, ku tarik perlahan-lahan,, Namun semuanya tidak menampakkan perubahan, aku disapa suara ibuku, aku gagahkan diriku membuka dua kelopak mata yang tiada bermaya,
"Ok tak?" sayup-sayup suara itu menyapa gegendang telingaku
"Kurang, tapi, insyaAllah, boleh bertahan lagi ni.." jawabku, seakan berdusta
"Mmm.. kita pergi hospital lepas Subuh nanti la ye.." jawab ibuku.
"Ok2"

Tangan berurat itu perlahan-lahan menggosok-gosok belakangku. Aku gagahkan diri menahan ujian Allah ini, teringat aku sabda Rasulullah dalam sebuah Hadis Qudsi "Tidak Aku timpakan penyakit kepada hambaKu melainkan aku gugurkan dosa-dosanya seperti gugurnya daun pokok pada musim luruh"

KuasaNya tidak dapat ditandingi, aku rasakan paru-paru semakin sukar menyedut udara daripada luar. Bunyi kurang senang keluar daripada mulutku membuatkan si ibu yang sudah gelisah bertambah gelisah.

"Ok tak ni?? Makin teruk je,, kita pergi hospital sekarang la"
"Entahlah, teruk jugak ni, ikut maklah" aku membenarkan kata-katanya.

Kaki itu turun daripada katil usang melangkah ke katil kakakku yang lena dibuai mimpi.

"Irah, teman mak pergi hospital,"
Beberapa kali tubuh itu digoncangkan, namun tiada jawapan daripadanya.

"Kenapa mak?" sahut Seha, memecah kedinginan malam.
"Hah Seha,, mari teman maka pergi hospital.."
Lekas tubuh itu bergerak daripada posisi asalnya, menyarung jaketnya.
Adib, sepupuku juga terjaga daripada lamunan mimpi, akibat riuh rendah itu. Kesian juga dia, membatalkan hasratnya untuk menonton perlawanan bola malam itu, semata-mata untuk menemani aku dan ibuku ke Hospital Hulu Terengganu.

Enjin kereta dihidupkan, Perodua Alza itu terus meluncur di atas jalan. Gelap gulita. Sebiji kereta pun tidak kelihatan di atas jalan berturap itu. Aku masih lagi tercungap-cungap menyedut udara. Sakitnya, hanya Allah yang tahu.
Perjalanan 30 minit itu, bagaikan 3 jam buatku. Sampai sahaja aku di perkarangan Hospital Hulu Terengganu itu, aku dikejarkan ke unit kecemasan.
Setelah menerima rawatan yang sebetulnya, aku pulang ke kampungku, Felda Jerangau dengan perasaan lega kerana aku sudah tidak tercungap-cungap lagi menghirup udara.

Setelah menunaikan Solat Subuh, aku diserang semula penyakit tersebut. Ya Allah, berat rasanya untuk aku memikul ujian ini. Setelah beberapa jam menahan kesakitan, ibuku menghantar semula aku ke Klinik Kesihatan Jerangau pula. Entah apa pula rawatan ke atas aku nanti.
Aku dibawa ke bilik Pembantu Pegawai Perubatan. Seperti biasa aku disajikan dengan sebatang 'nebulizer'. Jariku dikepit dengan alat pemabaca nadi. Sayang seribu kali sayang, hasilnya tidaklah seperti yangaku harapkan. Nadiku menunjukkan bacaan 150 denyutan seminit sedangkan seorang yang normal memiliki denyutan nadi 80 denyutan seminit.
Aku terkelu. Mataku tepat memandang wajah ibu dan kakakku yang berada disebelah, sabar menunggu aku.
"Kalau macam ni, kene bagi suntikan ni," ujar Penolong Pegawai Perubatan tersebut yang aku kenali sebagai Cik Amiro.
Ketar tanganku mendengar kata-kata Cik Amiro tadi, hatiku beerteriak.. "A... takut jarum".. tetapi apakan daya diriku,, terima seadannya. Setelah diberi suntikan dan sekali lagi sedutan "Nebulizer", Cik Amiro mengira aku sudah berada dalam kondusi yang baik walaupun kadar denyutan nadi aku masih tidak berubah.
Dua jam juga aku menghabiskan masa di Klinik Kesihatan Jerangau sehinggalah kaki ini boleh melangkah semula ke rumah yang tidak jauh daripada klinik tersebut.

Sampainya aku ke rumah, keadaan kembali seperti biasa. Aku kembali tercungap-cungap menghirup udara. Ya Allah, bilalah penyakit ini akan lenyap dari hidupku. Sesudah mengambil wudhu' aku segera menunaikan kewajipanku sebgai seorang muslim. Selepas itu, aku terus menghempaskan diriku ke atas katil. Aku terlelap dalam kesakitan itu seketika.

Sesedar aku dari lelapan itu, aku merasakan peparuku mula menyuarakan keperitannya lagi. Aku duduk di tepi katil, mahu sahaja aku umumkan kesakitanku di kala itu, biar semua merasakan perit ini. Wajah itu, aku lihat sekali lagi, tiada orang lain, dialah ibuku yang tercinta, ibu yang tidak pernah kenal erti penat lelah. Tangannya sekali lagi menggosok-gosok tubuhku, sehinggalah dia menyatakan keinginan untuk pulang sahaja ke Kuala Terengganu, supaya mendapat rawatan yang lebih bagus.
Kami bersiap-siap untuk bertolak ke rumahku yang terletak tidak jauh daripada Surau Haji Mat, yang begitu popular dengan kemeriahannya menjelang penghulu segala hari, hari Jumaat.

Perjalanan dimulakan. Saat itu, jarum jam menunjukkan pukul 6.30 petang. Aku duduk di bahagian belakang, sabar menunggu kereta tersebut tiba ke destinasinya. Untuk menghilangkan sebentar rasa sakit tersebut, aku gapai telefon bimbitku, memasang alunan surah An-Nahl. Indahnya kalamMu,moga dapat menjadi syifaa' buat diriku, bisik hati kecilku. Ingin juga aku gapai buku hebat karangan Dr. Aidh, namun tangan ini pun sudah lemah membelek helaian mukasurat itu apatah lagi membaca dan menghayatinya.

Kemerduan suara Said Al-Ghamidi itu, membuatkan kelopak mataku tertutup seketika. Namun, tiba-tiba aku tersentak dengan satu hentakan kuat. Rupa-rupanya, ibuku telah melanggar batu yang berada tepat di tengah jalan, di selekoh Wakaf Tapai itu. Kurasakan kereta itu mula terhuyung-hayang sehinggalah ibuku mem'parking'kan kereta di tepi jalan raya.

"Ya Allah,tayar kereta pancit!!!!!!!!!!" keluh ibuku.
Jam menunjukkan tepat pukul 7 malam, hujan rahmat turun membasahi segenap alam maya. Aku di dalam kereta hanya beristighfar, berdoa moga-moga, lelahku tidak menyerang dengan teruk kerana aku tahu situasi ini bukan sekejap.
"Tut!" kereta Perodua Alza itu dikunci dan kami bergerak menuju ke sebuah pondok yang terletak tidak jauh daripada kereta tersebut. Sudah 10 panggilan dibuat kepada ayahku, namun semuanya menghampakan. aku gagahkan diriku menghubungi beberapa orang teman yang tinggal tidak jauh daripada kawasan tersebut, namun usahaku menemui jalan buntu. Semua di situ panik, sehingga kakakku cuba menghubungi datukku dan dia bersetuju untuk menolong kami.

Aku mengenggam erat telefon bimbitku, moga-moga mendapat balasan sms daripada kawanku. Hampa, itulah jawapannya. Boleh pula mereka menanyakan aku tentang biologi dalam kondusi aku seperti ini. La ilaha illah,,

Kelihatan kelibat Naza Suria mengambil tempat di depan keretaku. Datukku, yang jalannya sudah tersenget-menget keluar dari kelreta bersama sepupuku, Najah. Entah bagaimana mereka usahakan untuk menukar tayar kereta ini nanti.
Alat-alat menukar tayar dikeluarkan daripada but kereta. Namun, kudrat manalah yang boleh Najah cari untuk menukar tayar kereta itu. Datukku pula, hanya mengarah-arah Najah. Jalan buntu ditemukan, tiada guananya Najah berhempas pulas mengganti tayar kereta tersebut, kerana tiada hasilnya.
Akhirnya, datukku memutuskan untuk menghantar sahaja aku dan keluargaku ke rumah kemudia barulahcdatang semula untuk membaiki kereta tersebut. Kami tiada pilihan, terus bersetuju dengan cadangan orang tua itu.

Aku sudah berada didalam kereta Naza Suria semasa mendengar pekikan suara datukku,
"La ilaha illah!!,, tayar Pak pun pancit juga Nab"suaranya tidak ubah seperti halilintar membelah rintik hujan.

Tiada jawapan daripada mana-mana penumpang. Kelu. Masing-masing buntu. Hanya doa yang dapat aku panjatkan buat Yang Maha Kuasa. Kemudian, kami kembali ke dalam kereta, manakala datukku pula yang sekarang berhempas pulas bersama Najah menukar tayar kereta. Kami yang berada di dalam kereta kekadang tergelak melihat kerenah datukku walaupun di saat-saat genting seperti ini.

Ikhitiar apa lagi yang kami boleh buat? Semua sanak saudara sudah dihubungi, namun, ianya takdir Allah, Dia berkuasa ke atas segalanya, tiada mana-mana respons daripada saudara-saudara yang lain, Hinggakan aku menghubungi 999, kemudian dimarahi oleh operatornya, kerana 999 merupakan talian kecemasan.

Dalam keresahan itu, datang pertolongan daripadaNya, yang Maha Kuasa, Yang menjadikan segalanya. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar. Teringat aku firmanNya :
"Waqala rabukumu udni, astajib lakum"
Maka mintalah kepadaNya
Pertolongan yang langsung tidak disangka-sangka. Ya Allah, hebat benar kuasaMu. Benarlah, semua takdir itu terletak di tanganMu, kita sebagai hamba hanya mampu berikhtiar mencari jalan. Lima lelaki keluar daripada kereta Proton Saga. Datang menawarkan diri untuk membantu menukar tayar kedua-dua buah kereta.


Tidak sampai setengah jam pelajar-pelajar KIST itu siap menjalankan tugas mereka. Ibuku menghulurkan wang RM 50 kepada pelajar-pelajar tersebut.
Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaNya. Akhirnya, kami berjaya pulang ke rumah walaupun keadaanku masih tidak seperti yang diinginkan.

Aku tidak dapat hadir ke Kem Kepimpinan pada keesokan hari kerana penyakitku ini. Ku renung semula peristiwa ini. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Akhir kalam,ingatlah,
Hanya Allah yang berkuasa menentukan segalanya..

Sekian, wassalam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blessed, Alhamdulillah

Taraddud Lagi