Nikmat dan Musibah
Bismillah. Hari ini, catat sikit, 26 Februari 2012. Usai berjumpa dengan Prof Ikram semalam, dikhabarkan beliau untuk pergi semula ke Markaz Thaqafi hari ini. Dan alhamdulillah, Allah permudahkan hari ini untuk bertemu dengan Ummu Fathimah, insyaAllah sheikhah yang akan bagi kami sanad ghaibi, setelah tertunggu-tunggu sejak hari pertama melangkah ke Markaz Tarteel dulu. Dek kerana kesibukan Sheikh Huzaifah, maka terpaksa kami menunggu, sehingga hari ini. Dan alhamdulillah, Allah pertemukan juga kami dengan orang tersebut. Tersentuh hati waktu first time tengok wajah Ummu Fathimah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan beliau langsung tak uji pun untuk kami lulus atau tak. Terus beliau terima, dan setuju untuk ke abdali insyaAllah setiap hari Sabtu untuk tasmi'. Moga Allah permudahkan segalanya. Usai sujud syukur selepas Solat Zuhur, kerana berita itu, rasa tenang, dan terus bangun untuk berangkat ke Markaz Lughah. Bila nampak beg takde atas rak kasut, terus pe...