Posts

Final Ramadhan

Image
Bismillah. Tahun 2019 mungkin tahun paling bermakna sepanjang pengajian di Jordan. Tahun terakhir menjadi penuntut kuliyyah perubatan di University of Jordan, tahun terakhir merantau jauh di bumi orang. 7 tahun bukan tempoh yang sekejap, ia perjalanan yang penuh pahit dan manis dan untuk menghabiskan satu jangka masa yang sangat lama ini sangat memeritkan, tapi akhirnya Allah Maha Penyayang, Dia memungkinkan segala yang mustahil. Peperiksaan final tahun 6 kali ini sangat mencabar. Mungkin final yang paling mencabar sepanjang di Jordan. Jamiah Urduniyyah pula suka introduce something yang membebankan penuntutnya. Research project, qarar baharu OSCE perlu buat lepas habis satu rotation dan satu lagi waktu final, jadual exam yang sangat rapat dan sendat tambah lagi dalam bulan Ramadhan. Hanya Allah yang tahu rasa bebanan time tu. Stress, tak cukup tidur, dapat soalan OSCE susah, dapat Dr yang tak menolong. Dan segala macam lagi ujian yang Allah nak kirim time tu. Tahun enam adala...

Living Apart Syndrome

Image
Bismillah It must have been a year since I was thrown across an ocean far from home Life is making no sense Riding in between the highs and lows Woah, when awake in the morning You is the first on my mind Maybe what I miss most It wasn't made of steel and stones And maybe what I miss most It wasn't born of skin and bone Under the sun, up on the waves Under three climbs when I'm far away Maybe what I miss most And maybe you'll never know Post terakhir tahun 2018, inshaAllah tahun terakhir berjauhan dengan family. Sejak baca post Ustaz Hasrizal haritu, macam-macam terbayang dalam kepala. Dan selama ni pun dah banyak fikir sorang-sorang, ingatkan benda tu tak wajar difikirkan dan tak normal, rupanya ramai yang jugak yang hadapi masalah yang sama. Entahlah, walaupun, semua benda sudah ditakdirkan Allah, tapi, keputusan-keputusan yang dibuat sebelum ni sangatlah beri kesan pada diri yang sekarang. Ia tentang hubungan diri sendiri dengan family dan...

Belajar Daripada Qudwah

Image
Bismillah Rasa macam dah lama tak menulis, harapnya hikmah hikmah dalam kehidupan masih bersarang dan terbuku di dalam hati, sebab kita kerap kali lupa akan pelajaran hidup yang pernah singgah dalam kehidupan. Bila fikir balik tentang tahun yang terkebelakang, terlampau banyak perkara yang sudah berubah, dan terlampau banyak pengalaman membentuk kita hari ini. Yang pasti kita semua mengharapkan, setiap perkara yang terjadi membentuk diri yang lebih baik daripada hari sebelumnya.  Tapi nak menulis ni bukan senang, nak kena ada mood setiap topik dan bila dah stop and decide nak tangguh habislah mood tersebut pergi jauh, jenuh nak mencari idea dan mood yang sama balik - contohnya ; post ni HAHA. Tapi ada satu lagi prinsip kalau dah menulis, sayang tak habiskan dan post ke blog (sebab blog ni mostly jadi rujukan diri sendiri, bukan niat nak bagi orang baca sangat) Okay back to the main topic. Kebelakangan ini, saya belajar banyak perkara daripada manusia yang hadir...

Something Awkward

Image
Bismillah. Something extremely awkward sebab tak pernah mention dekat siapa-siapa except seorang dua yang sangat rapat, apatah lagi menulis, sampai nak sebut pun awkward. Sebab rasa macam sangat ramai teman-teman yang sudah menamatkan zaman bujang, ada yang yang sudah ada dua tiga orang cahaya mata, tiba tiba rasa triggered untuk fikir dan lebih ekstrem adalah menulis. (walaupun di halaman tanpa pembaca HAHA) Awkward macam  pun, it is one of the most important decision in life, perhaps the most important ? Life partner adalah orang yang akan menghabiskan hampir lebih separuh daripada umur kita bersamanya, itupun kalau umur panjang. Bukan gatal, apatah lagi gelenya? (HAHA) Tapi macam mana kita lari, tak mahu fikir, tak mahu bercakap, pasti at last, kita perlu mengambil satu langkah kedepan, kerana umur kita dan kehidupan kita yang makin bertambah dan berterusan.   Pernah baca satu artikel yang Dr Yasir Qadhi tulis, pesannya untuk mereka yang berumur 20, da...

La Taghdab, La Taghdab !

Image
Bismillah " Wein Nur ?" (Mana Nur?) "Na'am Duktur" (Saya Dr) "Ijiitil youm ? Leish ghabti imbarih ?" (Dah datang harini ? Kenapa ponteng semalam?) "Kuntu maridoh Duktur, ma'ii uzuur" (Saya sakit Dr, saya ada MC) "Haati ashuf" (Bagi kat saya, saya tengok) Alhamdulillah haritu dah kurang sangat sakit berbanding semalam. Datang kelas balik dengan yakin sebab ada MC dan semangat nak mulakan rotation baru tanpa nak kena tahan sakit dah. Tapi bila Dr Saddam Hussein (memang betul nama dia btw) buka MC, dia cakap MC ni daripada private clinic dan dia tak terima tanpa baca report yang Dr tu tulis. I went to an endodontist and need to pay JD 10 for the check up also for that MC but ended up kena marah dengan Dr. Habis hilang mood nak belajar sebab kena marah, sampai tak terkawal tarik muka dalam seminar, Dr Saddam tegur lagi awak marah dengan saya ke. Bila masuk klinik tak cukup lagi, dia marah dan jerkah tak tentu pasal....

Kecapilah Keindahan

Image
Bismillah Kehidupan, menuntut kita bersabar daripada satu perkara yang kita kenalinya sebagai masa. Setiap detik yang berlalu membawa pelbagai cerita, ada suka dan ada juga duka. Masa mengajar kita pelbagai pengajaran hidup, syukur dan sabar adalah alat yang terbaik untuk membantu kita menghadapinya. Kerana selamanya kita perlu tetap yakin akan kelangsungan masa juga adalah daripada kehendaknya Tuhan, agar kita beroleh pengajaran daripada setiap detik yang kita lalui. Alhamdulillah, satu ungkapan yang terlampau bermakna selepas hampir lebih separuh tahun 5 perubatan di University of Jordan. Walaupun terselit berbagai kisah yang sakit kadang-kadang kalau diingatkan, tetapi tetap banyak hikmah yang Allah hadiahkan. Antara perkara yang aku belajar, dan peringatan untuk diri sendiri sentiasa. 1. Knowledge - strive for it, there is no shortcut. Otherwise you lose it. Satu hal yang sangat banyak belajar daripada kawan-kawan Arab adalah ilmu mereka yang sangatlah mengagu...

Kelangsungan Masa

Bismillah. Niat asal nak sambung study topik yang masih banyak berbaki, tapi mood dah takde walaupun OSCE dah next week. Alhamdulillah, sekarang dah sampai rotation kedua untuk fifth year, Forensic, Toxicology and Emergency Medicine selepas Family Medicine. Bila ada groupmate Malaysia dalam group, alhamdulillah makin terasa senang untuk terus semangat belajar. Entah malam ni terasa nak menulis sesuatu walaupun amat jarang sekali menulis dalam blog yang tiada pengunjung ni haha. Baru balik jumpa Mun yang akan back for good setelah 4 tahun berusaha untuk belajar Medic di Jordan. Benarlah, Allah yang mencorakkan rezeki manusia yang bermacam rupa. Belajar bersyukur mungkin adalah perkara yang tersukar dalam kehidupan. Bila rasa tak kena dengan nasib sendiri, tentang takdir yang Allah letak, sangat mudah untuk mengeluh dan kesal. Mudahnya melafazkan 'tertekan', 'stress'. Padahal sungguh, nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. 5 tahun di Jordan, melewati terlampau...