Posts

La Taghdab, La Taghdab !

Image
Bismillah " Wein Nur ?" (Mana Nur?) "Na'am Duktur" (Saya Dr) "Ijiitil youm ? Leish ghabti imbarih ?" (Dah datang harini ? Kenapa ponteng semalam?) "Kuntu maridoh Duktur, ma'ii uzuur" (Saya sakit Dr, saya ada MC) "Haati ashuf" (Bagi kat saya, saya tengok) Alhamdulillah haritu dah kurang sangat sakit berbanding semalam. Datang kelas balik dengan yakin sebab ada MC dan semangat nak mulakan rotation baru tanpa nak kena tahan sakit dah. Tapi bila Dr Saddam Hussein (memang betul nama dia btw) buka MC, dia cakap MC ni daripada private clinic dan dia tak terima tanpa baca report yang Dr tu tulis. I went to an endodontist and need to pay JD 10 for the check up also for that MC but ended up kena marah dengan Dr. Habis hilang mood nak belajar sebab kena marah, sampai tak terkawal tarik muka dalam seminar, Dr Saddam tegur lagi awak marah dengan saya ke. Bila masuk klinik tak cukup lagi, dia marah dan jerkah tak tentu pasal....

Kecapilah Keindahan

Image
Bismillah Kehidupan, menuntut kita bersabar daripada satu perkara yang kita kenalinya sebagai masa. Setiap detik yang berlalu membawa pelbagai cerita, ada suka dan ada juga duka. Masa mengajar kita pelbagai pengajaran hidup, syukur dan sabar adalah alat yang terbaik untuk membantu kita menghadapinya. Kerana selamanya kita perlu tetap yakin akan kelangsungan masa juga adalah daripada kehendaknya Tuhan, agar kita beroleh pengajaran daripada setiap detik yang kita lalui. Alhamdulillah, satu ungkapan yang terlampau bermakna selepas hampir lebih separuh tahun 5 perubatan di University of Jordan. Walaupun terselit berbagai kisah yang sakit kadang-kadang kalau diingatkan, tetapi tetap banyak hikmah yang Allah hadiahkan. Antara perkara yang aku belajar, dan peringatan untuk diri sendiri sentiasa. 1. Knowledge - strive for it, there is no shortcut. Otherwise you lose it. Satu hal yang sangat banyak belajar daripada kawan-kawan Arab adalah ilmu mereka yang sangatlah mengagu...

Kelangsungan Masa

Bismillah. Niat asal nak sambung study topik yang masih banyak berbaki, tapi mood dah takde walaupun OSCE dah next week. Alhamdulillah, sekarang dah sampai rotation kedua untuk fifth year, Forensic, Toxicology and Emergency Medicine selepas Family Medicine. Bila ada groupmate Malaysia dalam group, alhamdulillah makin terasa senang untuk terus semangat belajar. Entah malam ni terasa nak menulis sesuatu walaupun amat jarang sekali menulis dalam blog yang tiada pengunjung ni haha. Baru balik jumpa Mun yang akan back for good setelah 4 tahun berusaha untuk belajar Medic di Jordan. Benarlah, Allah yang mencorakkan rezeki manusia yang bermacam rupa. Belajar bersyukur mungkin adalah perkara yang tersukar dalam kehidupan. Bila rasa tak kena dengan nasib sendiri, tentang takdir yang Allah letak, sangat mudah untuk mengeluh dan kesal. Mudahnya melafazkan 'tertekan', 'stress'. Padahal sungguh, nikmat Allah tidak terhitung banyaknya. 5 tahun di Jordan, melewati terlampau...

Fahuwa Hasbuh !

Image
Bismillah. Kira-kira 5 tahun yang lepas, hinggalah sekarang kami sekeluarga diuji dengan ujian yang sangat hebat. Makin terasa apabila ujian itu masih berlanjutan sehingga sekarang. Mungkin masih tinggal lagi perkara yang hendak diajar Tuhan, atau masih ada dosa-dosa yang hendak dipadamkan, masih ada ganjaran atas kesabaran yang Dia mahu kurniakan. Dan semenjak daripada itulah, aku belajar banyak perkara daripada individu yang sangat rapat dengan diri, EMAK. Sejak saat itu, emak berubah dengan drastik dan semestinya banyak perkara yang terjadi ; yang kurang baik menjadi alat kesabaran terbaik dan yang baik menjadi hikmah yang tidak terganti. Kakakku yang kedua, tiba-tiba berubah daripada seorang yang baik, yang normal, yang penyayang, menjadi seorang yang sungguh ajaib perwatakannya. Dia sakit, dengan penyakit yang tidak diketahui puncanya. tidak diketahui penawarnya, tidak diketahui bilakah dia akan sembuh. Bukan penyakit medikal yang boleh dirawat di hospital tapi penyakit mis...

2016, Menginsafi Hakikat Bertuhan

Image
Bismillah. Antara perkara yang mendukacitakan lewat mengharungi tahun 2016 adalah melihat entri yang tidak bergerak-gerak. Tidak ada pengalaman atau perkongsian yang dicatat sungguhpun 2016 adalah tahun yang sungguh bermakna, sungguh sesak dipenuhi cerita-cerita yang berbeza berbanding tahun kebelakang. Lebih sedih lagi ia hanya disimpan dalam memori otak, tidak dicatat hatta di lembaran mukasurat dan kepingan kertas. Ah, bagaimana kita mampu merakam segala memori indah itu ! Terima kasih Allah, atas segala nikmat yang tiada penghujungnya. Aku insaf atas segala janji yang saban hari makin tersurat. Ujian yang selama ini aku rungutkan, makin Engkau selak hikmahnya. Aku malu tentang sangkaan-sangkaan aku terhadap setiap aturan-Mu. Ia memang terbaik, tidak ada satu pun yang aku hendakkan rupanya adalah baik untuk aku ! Lembaran 2016, hari yang sarat bermakna itu bermula dengan jemputan daripada-Mu ke tanah suci. Menziarahi dua tanah suci itu tidak ada tolok bandingannya dengan mana...

Sebuah Cinta yang tak aku Kenali

Sebuah cinta yang tak aku kenali Hadir dengan penuh tragedi Dalam diam ia merasuk Dalam senyap ia mengungkap Jangan dipinggir dirinya Atau mungkin ia akan berlalu pergi Sedang tanpa aku sedari Betapa banyak rentak hidup berkisar dirinya Sudah dimainkan Sebuah janji yang tak aku penuhi Hadir mengubah impian dan cita Selalu aku merasa ia beban Hanya kadang aku merasa ia harapan Aku lalu teringat Tentang keiinginan yang dahulunya Bagai api yang berkobar kobar Sekarang ia kelihatan begitu kejam terhadap diriku Membalas setiap titis peluh dengan tangisan Membuang segala rasa di dalam jiwa Paling sakit ia memamah segala pendirian kehidupan Setiap kali aku tunduk lemah kecewa dengannya Ia memaksa aku meneruskan perjalanan Ia menakuti aku dengan pelbagai andaian Lantas dengan langkah yang lemah aku gagahkan Mencari butir butir harapan dan pedoman Moga akan sampai ke penghujung jalan Jalan ini sungguh panjang ditambah kepayahan Membuat aku sering bingung dengan a...

Serpihan Kata Yang Tak Terungkapkan

Image
Hari semalam terasa lebih hangat daripada hari ini. Entah bila cuaca di tanah Syam ini akan mendatar seperti biasa. Kadang renyai hujan turun akan mendinginkan semula hari yang telah panas, kadang terik matahari mengalahkan kesejukan yang hadir. Suara pakcik coaster memanggil pelajar yang pulang daripada jamiah adalah sesuatu yang mesti apabila melangkah keluar daripada pintu raisi Jamiah Urduniyah. Tempat yang banyak menghadiahkan bekas-bekas kehidupan yang tidak ternilai harganya, tempat yang banyak berbakti kepada diri dan memberi makna yang sungguh mahal nilainya. Kepada Allah segala pujian terhadap nikmat. Malam itu terasa seperti mengisikan hati yang kosong. Hati yang kosong kerana seakan-akan dipatah-patahkan oleh rasa yang tidak sepatutnya singgah mengacau jiwa. Demikianlah manusia walaupun akal fikiran hebat membandingkan perkara yang wajar dilakukan atau sepatutnya ditinggalkan, ia tetap kalah dengan seketul daging yang bernama hati. Kadang-kadang mungkin ego y...