Posts

Ceritanya Cinta (II)

Image
Bismillah. Hancur rasa hati bila sekali lagi diberitahu tak punya rezeki lagi nak join umrah winter break ini. Kalau haritu sebab exam, kami korbankan umrah dan duit 100++ dinar kami, tapi kali ini kerana dah ramai sangat yang berpusu-pusu isi nama sehingga tak sempat. Hanya Allah yang mengerti dan tahu mengapa tidak diizinkan lagi menjadi tetamu ke sana. Dan akhirnya untuk menyedapkan hati dan mengubat rasa kecewa, maka kami ambil keputusan untuk ke ardhul kinanah, Mesir. Bumi Musa, bumi Yusuf. Tak sangka 2 minggu yang kami habiskan di sana terasa benar sekejap, dan banyak sekali hal-hal yang rasanya tidak terlunas, rasa mahu dipanjangkan lagi masa di sana. Dan begitu banyak rasanya, pelajaran-pelajaran yang diambil, biarpun tidak begitu sempurna, tapi pastinya cukup berbekas di jiwa. Bumi ini, Sejarah Kita. Alhamdulillah, sempat kami lawat beberapa tempat bersejarah di sini, walaupun tak semua, ye lah Cairo sahaja populasi penduduk sama dengan Malaysia, besar sangat. Sem...

Maknanya Hari Semalam

Image
Bismillah. Kalau exam kami tak ditunda lagi, insyaAllah bakal mengakhirkan semester satu tahun 2 'kali kedua' ini Selasa ini. Biiznillah. Siapa sangka utusan Allah si salju turun mencurah-curah ke tanah Jordan saat last minute macam ni, dan satu Jordan terpaksa cuti, sama ada terpaksa ataupun rela. Sehingga ada di kem perlindungan Syria meninggal kerana salji yang terlampau sejuk. Mencengkam, even kami yang di rumah bertemankan sobah dan hirom pun masih banyak rungutannya. Inikan pula saudara Syria yang berbumbungkan khemah berlantaikan tanah. Dingin yang tidak diketahui mana hikmah diutuskan sang salju kepada mereka. Saja nak analogikan mata manusia yang tidak mampu melihat 'hikmah' di sebalik pengaturan Allah. -------- Cliche, hari-hari semalam sangat banyak mengajar erti kehidupan. Tapi ia sangat-sangat beerti. Apa lagi selain pengalaman yang lebih mahal dalam kehidupan. Belajar hikmah melalui pengalaman dan ujian, satu anugerah yang sangat berharga, satu k...

Bingkisan Buat Pejuang Ilmu

Image
Bismillah. Orang kata, kalah dan jatuh tu adat kehidupan. Ye lah kan, ni bukan syurga 24 hours nak dapat kenikmatan. Jatuh jatuh tersepak berdarah tu betullah adat kehidupan. Kalau takde hal yang sebegini, mungkin bukan dunia yang kau jejak. Ataupun segala kenikmatan yang diberikan, sampai lupa jenis 'ujian' yang begini. Dan untuk sekelian kalinya. " I'm sorry, this is how it is." Sepatah kata-kata Dr Nafith. Tapi hancur berkeping-keping hati. Dalam hati, this is too much. Rasa sakit dalam hati yang tak dapat diungkapkan. Bibir beristighfar yang tak boleh diterjemahkan sampai ke dalam hati. Hakikat yang masih 50/50 terbayang dalam kepala. How will I gonna face all of this ? Sebentar tadi dalam Musolla. Noura masuk ke dalam Musolla dan dengan gembiranya bagitahu kami "Alhamdulillah I passed !" . Terus dia sujud syukur. Alhamdulillah dan syukur buat dia. Wajar insan seperti dia dikurniakan ganjaran sebegitu. Tak lama, kawan baik Noura p...

Tahun Katang

Image
Bismillah. Alhamdulillah, alhamdulillah thummalhamdulillah. Walau belum berakhir lagi perjuangan untuk menghabiskan sisa tahun 2, tapi tetap, akhirnya habis mengharungi silibus tahun yang penuh makna ini. Sukar diekspreasikan dengan kata-kata, tentang bermaknanya tahun ini. Tahun kematangan. Tahun air mata murah. Tahun tahan sebak di dada. Tahun penuh rahsia. Pelbagai. Kalaupun satu hari nanti kita kalau diizinkan Allah untuk gembira meraikan kejayaan, tahun ini pasti takkan luput di ingatan, kerana ia tahun kehidupan yang sangat mengajar sebuah erti hidup. Bermula dengan semester 1 yang sungguh tidak disangkakan ceritanya begitu, cerita pelajaran Medic yang semakin mencabar, cerita tentang keluarga yang bersedih di Malaysia, kakak sakit teruk, atuk tersayang meninggal time nak exam, kerja persatuan yang sungguh mematangkan diri, cerita hati yang gundah gelana dan berbagai bagai lagi cerita lain. "Apa ertinya seseorang itu menerima tarbiyah, bagaimana kita nak melihat s...

Ceritanya Cinta

Image
Bismillah Sama ada, Angin di selat yang menghubungkan laut hitam dan putih itu, Mahupun tanah Asia yang aku jejak tika itu, Ataupun tanah Eropah yang aku lihat tika itu, Cukup menjadi saksi, Buat sejarah istimewa yang telah menambat hatiku, Memaksa aku merindui, Tanah yang tertegaknya khilafah itu. Kembara Uthmaniyyah Sehari sebelum berjaulah, sempat buka laman saifulislam. Separuh artikel tentang Turki sempat dihadamkan. Buat bekal perjalanan 11 hari di bumi Turki. Banyak ustaz nukilkan tentang betapa mahalnya tamadun Turki Uthmaniyyah, yang tidak semua orang tahu tentang keagungannya satu masa dahulu. Teringat juga dulu, waktu zaman ikut daurah ISK. Tamadun yang dikatakan berupaya menakluk 2/3 dunia, suatu yang amat perlu dibanggakan dan dijadikan ibrah buat kita semua. Mungkin, terlalu banyak cerita yang sama meresap masuk ke dalam telinga. Akan jatuhnya khilafah kerana seorang manusia yang dikenali sebagai Mustafa Kamal. Akan ditawannya kota Kostantinopel itu...

Kita dan Limitasi

Image
Bismillah. " Saya kan, kalaulah komitmen tak sebanyak ni, banyak lagi yang saya nak terokai. Banyak lagi yang boleh dibuat. Banyak lagi boleh digarap. Banyak lagi yang boleh dimanfaatkan, lebih-lebih lagi dekat tanah barakah ni. Tapi disebabkan ada komitmen yang lebih utama, maka saya akan utamakan yang lebih utama. Tapi berbaloi ke kalau saya tak dapat macam yang orang lain dapat ? " Kehendak Kita Bermacam orang, bermacam pandangan. Pelbagai khilaf. Kadang kita berlapang dada, kadang kita terlepas menghamburkan kata kata kesat tidak bersetuju dan kadang kadang kita pendam dalam hati pendapat kita. Tak, kita tak sama, kerana itu wujudnya adab kita dalam berikhtilaf. Ada orang, belajar perubatan 6 tahun. Sepanjang 6 tahun manfaatkanlah masa yang diberi, wang yang dibayar, kepercayaan yang diamanahkan untuk buat sehabis baik dalam akademik. Kalau boleh, hindarkan perkara lain, jangan masuk campur. Kita ada amanah yang utama untuk kita bawa ke sini. Cukuplah pengalama...

Melakar Pelangi

Image
Bismillah. "Mak, doakan Syidah ye, doakan study" "Mak doakan semua, mak bangun malam-malam doakan anak-anak semua. Tapi Syidah jangan main dah benda-benda luar. Jangan sibuk benda lain dah. Fokus belajar je." "Mak, Syidah dah terima satu jawatan ni, tapi Syidah janji akan urus masa elok-elok, takkan buat macam dulu dah.." rasa nak terucap, tapi terhenti di hujung lidah. Bimbang kalau mak tak faham situasi diri sendiri. Ya, kalau bagitahu mak, confirm mak takkan benarkan lagi dah. Cukup pengajaran yang dulu. Memang confirm mak takkan izinkan. Diam. Mata panas. Merah. Main perasaan dengan mak macam ni lah jadinya. Lepas tahu result dekat Malaysia baru ni, mak pun tengok sendiri poster-poster PERTAMA dekat wall. Mak bising. Syidah masuk apa dekat sana nampak macam sibuk sangat. Mak ingatkan sebelum balik jangan libatkan diri dah dengan persatuan. Hari tu, memang tak nak terima jawatan ni teringatkan segala benda yang dah berlaku, tambah lagi ter...