Posts

Melakar Pelangi

Image
Bismillah. "Mak, doakan Syidah ye, doakan study" "Mak doakan semua, mak bangun malam-malam doakan anak-anak semua. Tapi Syidah jangan main dah benda-benda luar. Jangan sibuk benda lain dah. Fokus belajar je." "Mak, Syidah dah terima satu jawatan ni, tapi Syidah janji akan urus masa elok-elok, takkan buat macam dulu dah.." rasa nak terucap, tapi terhenti di hujung lidah. Bimbang kalau mak tak faham situasi diri sendiri. Ya, kalau bagitahu mak, confirm mak takkan benarkan lagi dah. Cukup pengajaran yang dulu. Memang confirm mak takkan izinkan. Diam. Mata panas. Merah. Main perasaan dengan mak macam ni lah jadinya. Lepas tahu result dekat Malaysia baru ni, mak pun tengok sendiri poster-poster PERTAMA dekat wall. Mak bising. Syidah masuk apa dekat sana nampak macam sibuk sangat. Mak ingatkan sebelum balik jangan libatkan diri dah dengan persatuan. Hari tu, memang tak nak terima jawatan ni teringatkan segala benda yang dah berlaku, tambah lagi ter...

Jangan Tangisi Lelah

Aku pulang, Bersama keringat otak, Teringat aku kembali, Pernah aku terfikir mahu toleh ke belakang, Mahu menyepi, mahu menyendiri, Pernah juga aku terfikir, Mahu terus pulang, tanpa perlu melangkah lagi, Lalu aku mengeluh lagi, Kuatkah aku, Menghabiskan yang berbaki. Aku seka air mata yang benar jarang menitis, Mengumpul himmah yang masih aku harapkan ia untuk ada, Bersama aku, menemani aku, Walau terpaksa aku tempuhi lagi, Liku-liku yang tersisa. Aku tahu, siapa aku, Hendak menangis akan takdir yang telah tersurat, Atau hendak persoalkan mengapa aku, Atau hendak menidakkan akan hikmah yang telah ditakdirkan, Aku mengerti itu. Aku bermuhasabah, Akan cara aku mengurus si dia yang bernama emosi, Atau si dia yang bernama masa, Atau si dia yang bernama ujian, Dan si dia lain yang sungguh aku gagal lewati. Aku pandang ke hadapan lagi, Maka tiada pun yang mengerti apa yang aku alami, Tiada yang faham akan rentak yang sedang aku tari, Tiada yang bisa mengubah rint...

Pertama ini Untuk Terakhirnya

Image
Bismillah. Time bahang betul terasa hari tu, sempat tulis tajuk je. Lepas bismillah, tutup laptop pejam mata. Dah kurang lebih setengah bulan PERTAMA habis. Usaha membanting tulang selama 5 bulan lebih kurang tu memang luar biasa kesannya. Kalau tak pada orang lain pun, dalam diri aku, tinggal banyak kesan-kesan. Weh, ayat lama tak menaip dan menulis ni. First time dalam hidup jadi Timbalan Pengarah. Tambah lagi buat program yang super besar dalam keadaan takde pengalaman dan kosong. Dekat IMTIAZ pernah ambik nama orang solat masbuq je, pastu suruh sembahyang kat padang. Kehkeh. Nostalgia zaman dulu-dulu. Akur sungguh aku digalas amanah. Ye lah maklum kerja-kerja bendahari pun selama ni aku tak buat langsung. So macam kononlah takde kerja sangat tu kan. Ceh. Kami di Amman sungguh sikit jumlahnya. Perlukan tenaga yang sungguh banyak untuk melaksanakan program sebesar ini. Dan memang pada mulanya, terlampau banyak masalah yang hadir melumpuhkan semangat kami. Soal penempat...

A Typical Dream

Image
Bismillah. "Besar nanti nak jadi apa ?" "Besar nanti saya nak jadi Doktor cikgu. Nak tolong orang sakit, ramai. Nak tolong keluarga. Hari tu atuk saya sakit takde sapa nak tolong." Jawapan si kanak-kanak sekolah rendah. Ataupun yang Islamis sikit. "Saya nak jadi doktor yang hafal Quran cikgu. Nanti kalau orang datamg klinik saya saya nak pasang Quran" Ataupun lagi. "Nanti nak jadi Doktor, sebab income banyak, orang pandang tinggi, habis degree je pun dah dapat Doktor" Cita-cita ingin menjadi seorang doktor yang berjaya, sangat tipikal. Sangat. Bukan senang jumpa budak kecik cakap cita-cita nak jadi seorang ustaz ustazah yang ada PhD ke. Dah siap main doktor-doktor ambik ubat pensil mekanikal buat cucuk cucuk kawan berlakon, ambik pemadam buat antiseptic. Oh, typical. Sebab apa mindset manusia terlampau terjebak dengan cita-cita menjadi seorang doktor? Semua orang dipengaruh. Dan semua orang yang ambik Medic akan terus dipandang t...

Sekalung Penghargaan

Bismillah. First and foremost, mintak maaf tadi tak dapat nak teman potong kek. Malulah banyak sangat camera snap gambar. Haha. Saya sentiasa bersyukur sebab sepanjang birthday, kalian sangat memahami dan tak suruh potong kek sorang sorang dan amik gambar. Ohh terima kasih. Post ni mungkin agak jiwang dan make sure awak menghayatinya orait. Nasib baik esok takde dawam kalau tak malu nak jumpa. Dan secondly, terima kasih. Terima kasih for making my days. Dulu time saya mula keluar dQ, takde lain dalam hati ni selain penyesalan. Sebab dah tinggalkan tempat yang saya anggap cukup sakti untuk membina iman yang compang camping. Dah istikharah, dah banyak doa. Tapi last sekali saya ikut je kehendak hati pilih Jordan. Dan masa tu saya tetap rasa yang pilihan saya waktu mungkin salah, iaitu pilih Jordan. Haih. Until then, sampai Jordan, saya terkejut nampak seorang yang macam agak familiar. Haa budak ni la yang kasi aku gula time nak buat teh dengan Mira Faihah dulu. Ingat tak dorm makan s...

My Last Teen

Image
Bismillah. *play nasyid kat bawah tu. Heh. Dah banyak hari berlalu semenjak 28 November 2013 yang lalu. Tangan pun dah kaku, idea pun dah kering. Tapi ternyata coretan dalam blog usang ni kadang-kadang mengimbau sangat-sangat cerita-cerita dulu. Dan membuat diri sendiri menilai tentang kematangan diri. Alhamdulillah, Allah dah meminjamkan nyawa selama 19 tahun. Last teen. Belas yang terakhir, sebelum masuk angka 2 kat depan. Weh bukan tua, mecuid cik Dibosh kata. Semakin aku menjalani hidup, semakin aku memahami hakikat kehidupan yang bukan sia-sia, dan semakin aku belajar bagaimana aku perlu terus berusaha, untuk memaknakan, HIDUP.  Berbaktilah dalam menjalani usia, kerana manusia yang paling baik itu adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia. Diberi nyawa aku oleh Allah, bermaknakah buat manusia lain? Sudah aku manfaatkankah akan kudrat, tenaga, akal fikiran yang diberi buat diberi manfaatnya kepada manusia? Allahu, terlampau banyak lagi masa yang dibazirk...

Tentang Hati

Image
Bismillah Sekeping hati dibawa berlari Jauh melalui jalanan sepi Jalan kebenaran indah terbentang Di depan matamu para pejuang Tapi jalan kebenaran Tak akan selamanya sunyi Ada ujian yang datang melanda Ada perangkap menunggu mangsa   Kata Saujana. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir) Bagaimana istimewa sekeping hati, membentuk pekerti dan peribadi manusia.  Teringat dulu persitiwa Rasulullah dibersihkan hatinya dengan air syurga oleh malaikat Jibril dengan arahan Allah. Dibuang juga baginya hati Rasulullah yang menjadi port bisikan syaitan laknatullah. Bagaimana Allah menjaga sekeping hati Rasulullah, untuk teladan budi pekertinya menj...