Posts

A Typical Dream

Image
Bismillah. "Besar nanti nak jadi apa ?" "Besar nanti saya nak jadi Doktor cikgu. Nak tolong orang sakit, ramai. Nak tolong keluarga. Hari tu atuk saya sakit takde sapa nak tolong." Jawapan si kanak-kanak sekolah rendah. Ataupun yang Islamis sikit. "Saya nak jadi doktor yang hafal Quran cikgu. Nanti kalau orang datamg klinik saya saya nak pasang Quran" Ataupun lagi. "Nanti nak jadi Doktor, sebab income banyak, orang pandang tinggi, habis degree je pun dah dapat Doktor" Cita-cita ingin menjadi seorang doktor yang berjaya, sangat tipikal. Sangat. Bukan senang jumpa budak kecik cakap cita-cita nak jadi seorang ustaz ustazah yang ada PhD ke. Dah siap main doktor-doktor ambik ubat pensil mekanikal buat cucuk cucuk kawan berlakon, ambik pemadam buat antiseptic. Oh, typical. Sebab apa mindset manusia terlampau terjebak dengan cita-cita menjadi seorang doktor? Semua orang dipengaruh. Dan semua orang yang ambik Medic akan terus dipandang t...

Sekalung Penghargaan

Bismillah. First and foremost, mintak maaf tadi tak dapat nak teman potong kek. Malulah banyak sangat camera snap gambar. Haha. Saya sentiasa bersyukur sebab sepanjang birthday, kalian sangat memahami dan tak suruh potong kek sorang sorang dan amik gambar. Ohh terima kasih. Post ni mungkin agak jiwang dan make sure awak menghayatinya orait. Nasib baik esok takde dawam kalau tak malu nak jumpa. Dan secondly, terima kasih. Terima kasih for making my days. Dulu time saya mula keluar dQ, takde lain dalam hati ni selain penyesalan. Sebab dah tinggalkan tempat yang saya anggap cukup sakti untuk membina iman yang compang camping. Dah istikharah, dah banyak doa. Tapi last sekali saya ikut je kehendak hati pilih Jordan. Dan masa tu saya tetap rasa yang pilihan saya waktu mungkin salah, iaitu pilih Jordan. Haih. Until then, sampai Jordan, saya terkejut nampak seorang yang macam agak familiar. Haa budak ni la yang kasi aku gula time nak buat teh dengan Mira Faihah dulu. Ingat tak dorm makan s...

My Last Teen

Image
Bismillah. *play nasyid kat bawah tu. Heh. Dah banyak hari berlalu semenjak 28 November 2013 yang lalu. Tangan pun dah kaku, idea pun dah kering. Tapi ternyata coretan dalam blog usang ni kadang-kadang mengimbau sangat-sangat cerita-cerita dulu. Dan membuat diri sendiri menilai tentang kematangan diri. Alhamdulillah, Allah dah meminjamkan nyawa selama 19 tahun. Last teen. Belas yang terakhir, sebelum masuk angka 2 kat depan. Weh bukan tua, mecuid cik Dibosh kata. Semakin aku menjalani hidup, semakin aku memahami hakikat kehidupan yang bukan sia-sia, dan semakin aku belajar bagaimana aku perlu terus berusaha, untuk memaknakan, HIDUP.  Berbaktilah dalam menjalani usia, kerana manusia yang paling baik itu adalah manusia yang paling bermanfaat kepada manusia. Diberi nyawa aku oleh Allah, bermaknakah buat manusia lain? Sudah aku manfaatkankah akan kudrat, tenaga, akal fikiran yang diberi buat diberi manfaatnya kepada manusia? Allahu, terlampau banyak lagi masa yang dibazirk...

Tentang Hati

Image
Bismillah Sekeping hati dibawa berlari Jauh melalui jalanan sepi Jalan kebenaran indah terbentang Di depan matamu para pejuang Tapi jalan kebenaran Tak akan selamanya sunyi Ada ujian yang datang melanda Ada perangkap menunggu mangsa   Kata Saujana. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir) Bagaimana istimewa sekeping hati, membentuk pekerti dan peribadi manusia.  Teringat dulu persitiwa Rasulullah dibersihkan hatinya dengan air syurga oleh malaikat Jibril dengan arahan Allah. Dibuang juga baginya hati Rasulullah yang menjadi port bisikan syaitan laknatullah. Bagaimana Allah menjaga sekeping hati Rasulullah, untuk teladan budi pekertinya menj...

سنشد عضدك

Bukan aku mahu merungut, Namun langkah aku tiada bermaya, Bukan aku mahu menangis, Namun tidak mampu aku meleraikan perkara, Bukan aku mahu meratap, Namun hadirnya ujian menggetarkan hati Benar aku mengerti, Bukan sesakit perasaan Ibrahim ketika diminta disembelihnya Ismail, Bukan semurungnya Nuh melihat kaummnya sedikit yang beriman, Atau bukan sesedihnya Muhammad ketika kehilangan keluarga saat mereka rasa diperlukan. Rasa buntu melatih iman. Moga di sebalik ujian, Ada redha di dalam hati. Sungguh aku buntu memberi nasihat, Bahkan 'Sabar' itulah yang perlu diertikan semampunya! Sahabat di sisi, Terima kasih kerana selalu memberi dorongan dan harapan, Sungguh sahabat sejati itu, Sakitlah jasadnya jikalau sakit jasad sahabatnya Namun tidak aku pinta pengorbanan, Tapi aku pohon doa, dari hati yang ikhlas. DemiMu ya Allah, Moga perjalanan dapat diteruskan, Walau disapa beribu rintangan. Kerana aku yakin kepada diriMu jalan aku pulang. DemiMu ya Allah, Mo...

I Love To Be.

Image
Bismillah. It's true, this semester was though enough. 5 subjek Medic yang melanda kami semua, tak senang nak cakap senang. Betullah yang Ala dengan Lina cakap hari tu. At least, 3 jam kena spend sehari untuk study. Doesn't include the lectures. Dan Arabs spend 6 jam at least one day. Jam yang cukup mengusarkan kami. Dan aku, nak adapt dari sehari yang spend 1 jam pun tak janji kepada 4 jam sehari. Wah, itu target sebenarnya. Ada sorang dari kami, dah jadi Arab betul dah. Maklumlah kawan dengan arab je. Kepit dengan buku 5 hours a day. At least. Dan itu membuahkan lagi kebimbangan buat kami selaku empunya diri. Dan dari kami, ada yang cukup risau dengan situasi semasa. Fokus dengan study. Fokus dengan kelas. And that was good enough. Wondering bila akan dapat semangat semacam mereka. And me. Masih taraddud lagi. Kerja persatuan, usrah baru, adik-adik, talaqqi, mustami' and so on. Macam mana Rasyidah boleh berseronok dan bersuka ria lagi dengan segala macam ...

Teguh

Bismillah. Terlejut dapat panggilan daripada Athirah. Ketakutan sampai bunyi macam nak menangis. "Kak Syidah, macam mana ni, akak tu dah ada depan pintu rumah kitorang, kak syidah macam mana ni. Takut sangat. Ramai takde kat rumah ni.." "Eh Tirah rileks, jangan takut. Awak buka je pi tu, layan dia macam awak tak tahu pape. Jangan buat tahu sangat, awak cool je" Dan sebelum tu. "Syidah eh, aku dok tahu nok wak gane ni, aku nok wak gane ni. Ye dok massok nasik lemok dapor tu. Lepah ni pukul 7.30 ye kata nok wak liqa' doh syidah gane ni. Mg mari sini buleh dok?" Tarik nafas, hembus nafas. Tarik nafas, hembus nafas. Hatta senior pun boleh lagi diajaknya berkali-kali masuk usrah, nikan adik yang baru je kenal bumi Sweileh semalam tu. Hailah. Dahsyat semangat ni. Berkobar-kobar laksana api. Tapi api yang memakan jiwa lain. Sebelah pihak berkata, perjuangan kita kerana Allah, bersabarlah. Perjuangan memang benar menyakitkan. Saba...