Posts

Mereka Yang bersungguh, Aku Yang T**ak.

Image
Bismillah. Fuh, dah pukul 4 pagi. Kesat-kesat mata. Sambung lukis compund yang berselirat penuh. Baru tadi pergi dapur 'kuca' baca : buat air Nescafe kasik hilang mengantuk. Sambung balik hafal nama reaction tiap compund. Esok exam OC ! Organic Chemistry ! Last 3 days baru nak start pelek-pelek buku OC. Padahal dah sedar dah sangat banyak lectures yang terlepas. Btw, sekarang bukan pukul 4 pagi. Bila dah habis exam, mulalah mengeluh dengan sebegitu besar sekali. Susahnya susahnya susahnya. Bila tanya kawan Arab pun, diorang kata susah. Fuh tarik nafas hembus balik. Lega bila budak budak pandai tu pun cakap payah. Maknanya mungkinlah tu mungkinlah sangat markah kitoang ni ala-ala diorang ni je. Bila dapat result pulak, mulalah nak sedih, nak nangis pun ada. Nak menyesal takde kesudahan, nak berubah, nak bangkit dan segala bagai. Eh bila tanya lagi kawan Arab kamu dapat berapa. Sikit sikit je. Banyak saya hilang markah. Sikit berapa? Sikitlah hilang 7 markah daripada 75...

Quranku dan Jordan

Image
Bismillah. Alhamdulillah, hari ni, berakhir exam Physiology, midterm. Midterm je pun. Eh midterm pun satu kepuasan tau. Berapa hari jadi kelawar duk study physio. Ye lah tu nak cover lepas setiap lecture, tapi last sekali.. Angan-angan je lah. Tapi ni bukannya nak cakap pasal physio yang agak peningkan otak tu. Entry ni untuk pengalaman bersama Quran di Jordan yang tak sampai setahun, dan jugak sempena dah tamat Kaedah Nuraniah di Markaz Tarteel. Macam nak buat majlis keraian apa pulak. Alhamdulillah, walaupun dulu matlamat asal melangkah dengan langkahan pertama ke Markaz Tarteel adalah dengan segunung harapan untuk terus talaqqi dengan sheikh. Tapi perancangan Allah itu indah. Dipertemukan dengan Ummu Ubaidah, dan ditawarkan untuk ikut Kaedah Nuraniah. Ummu Ubaidah bagitahu, Kaedah Nuraniah adalah untuk betulkan makhraj dan segala bagai. ' alif, baa, taa, thaa, .... ' ' hamzah fathah 'a', hamzah kasrah 'i' 'a' 'i' hamzah dhamm...

Unexpected.

Image
Bismillah. Ujian. Satu kalimat yang tak asing lagi untuk semua orang utarakan. Kalimat yang sangat biasa menjadi tajuk, untuk para penceramah berbuih mulut menyebutnya. Dan banyak lagi ayat Quran, hadih, kata-kata yang menjadi pengubat dikala, ujian menghempap kepala. "Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya.." Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.  "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).   Namun, benarlah, yang sangat diperlukan ketika ujian terasa menimpa-nimpa itu adalah, itqan dengan Allah. Tanpa percaya, keimanan yang begitu utuh dengan kuat, ujian yang ditimpa terasa sesuatu penyeksaan yan...

Nikmat dan Musibah

Image
Bismillah. Hari ini, catat sikit, 26 Februari 2012. Usai berjumpa dengan Prof Ikram semalam, dikhabarkan beliau untuk pergi semula ke Markaz Thaqafi hari ini. Dan alhamdulillah, Allah permudahkan hari ini untuk bertemu dengan Ummu Fathimah, insyaAllah sheikhah yang akan bagi kami sanad ghaibi, setelah tertunggu-tunggu sejak hari pertama melangkah ke Markaz Tarteel dulu. Dek kerana kesibukan Sheikh Huzaifah, maka terpaksa kami menunggu, sehingga hari ini. Dan alhamdulillah, Allah pertemukan juga kami dengan orang tersebut. Tersentuh hati waktu first time tengok wajah Ummu Fathimah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan beliau langsung tak uji pun untuk kami lulus atau tak. Terus beliau terima, dan setuju untuk ke abdali insyaAllah setiap hari Sabtu untuk tasmi'. Moga Allah permudahkan segalanya. Usai sujud syukur selepas Solat Zuhur, kerana berita itu, rasa tenang, dan terus bangun untuk berangkat ke Markaz Lughah. Bila nampak beg takde atas rak kasut, terus pe...

'The Precious Gile' Soft Skill

Image
Bismillah. Agaknya dah memang takde tajuk lain yang nak ditulis. Tapi ni seriouslah. The Precious Gile Soft Skill. And the soft skill ialah, bercakap di hadapan umum. Satu soft skill yang perlu dimiliki oleh insan yang mahu menggelarkan dirinya sebagai da'ie yang serba boleh, selain menterjemah usaha dakwahnya melalui medium yang sangat hangat seperti facebook yang terkenal dengan butang share, ataupun twitter dengan retweet, dan blog, juga quotes yang selalu saya sedut dari da'ie-da'ie yang entah dari mana. Heh. “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan  hikmah  dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” ( QS.  An Nahl  : 125 ) Hari tu, diberi peluang untuk jadi panel forum batch, tapi disaksikan juga oleh senior yang arif lagi bijaksana. Tapi alhamdulillah, tak sangka boleh dipilih untuk menjadi salah satu panel, sedangkan ramai lagi yang lebih lebih layak. Walaupun saya sedar memang tak layak pun. Tapi disebabkan bb...

Aku dan Jemaah

Image
Bismillah. Nampak tak betapa sensitif dan bisanya tajuk tersebut. Haha bajet. Okaylah, sejujur dan seikhlasnya saya ingin menyetakan, saya sangat pening pusing lagi berputar memikirkan masalah ini. Masalah aku dan jemaah. Masalah ? Ke ? Jemaah mungkin adalah salah satu penyelasaian masalah untuk kita dalam menghadapi hidup ini. Hidup yang memang memerlukan tarbiyah supaya terus kita berjalan dalam landasan pengislahan diri dan dakwah. Alkisahnya, baru balik daripada satu program yang dianjurkan oleh sebuah jemaah. Jemaah yang smeakin hangat diperkatakan sekarang, lebih-lebih lagi apabila menjelang pilihanraya umum-13 ini. Eheh, apa kaitan jemaah dengan PRU bagai ni ? Haha. NGO lain tak kut, tapi satu NGO ni memamng sangat besar kaitannya. Ketahuilah NGO, kerana fikrah politik kamu inilah saya jadi pening dan kusut-masai sebegini. Kusut-masai? Kalau tak kerana fikrah politik kamu, saya akan seredha-redhanya menyahut seruan kamu itu. Ingat hari tu time program. " Kalau ...

Jaulah Jelajah Jordan

Image
Bismillah. Meminjam tagline Gravity, Menelusuri Ibrah, Meneladani Ibrah. Alhamdulillah, Allah, dengan sekali lagi sifat-Nya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sudi menghantar diri ini ke bumi kinanah ini, dan mengizinkan pulak untuk melawat segala tempat yang Allah kurniakan kat sini, even though, still lagi rasa tak layak dengan semua yang Allah dah bagi selama ni. Alhamdulillah, again and again. Okay, untuk tak berpanjangan lagi dalam bermuqaddimah, 2 hari yang lepas baru je balik daripada Jaulah Jelajah Jordan by Irbid Storage. 20-24 Januari 2013, tarikh yang singkat tapi meninggalkan kesan yang benar-benar berbekas di lubuk hati nan dalam.  Once again : Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan te...