Posts

Nikmat dan Musibah

Image
Bismillah. Hari ini, catat sikit, 26 Februari 2012. Usai berjumpa dengan Prof Ikram semalam, dikhabarkan beliau untuk pergi semula ke Markaz Thaqafi hari ini. Dan alhamdulillah, Allah permudahkan hari ini untuk bertemu dengan Ummu Fathimah, insyaAllah sheikhah yang akan bagi kami sanad ghaibi, setelah tertunggu-tunggu sejak hari pertama melangkah ke Markaz Tarteel dulu. Dek kerana kesibukan Sheikh Huzaifah, maka terpaksa kami menunggu, sehingga hari ini. Dan alhamdulillah, Allah pertemukan juga kami dengan orang tersebut. Tersentuh hati waktu first time tengok wajah Ummu Fathimah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan beliau langsung tak uji pun untuk kami lulus atau tak. Terus beliau terima, dan setuju untuk ke abdali insyaAllah setiap hari Sabtu untuk tasmi'. Moga Allah permudahkan segalanya. Usai sujud syukur selepas Solat Zuhur, kerana berita itu, rasa tenang, dan terus bangun untuk berangkat ke Markaz Lughah. Bila nampak beg takde atas rak kasut, terus pe...

'The Precious Gile' Soft Skill

Image
Bismillah. Agaknya dah memang takde tajuk lain yang nak ditulis. Tapi ni seriouslah. The Precious Gile Soft Skill. And the soft skill ialah, bercakap di hadapan umum. Satu soft skill yang perlu dimiliki oleh insan yang mahu menggelarkan dirinya sebagai da'ie yang serba boleh, selain menterjemah usaha dakwahnya melalui medium yang sangat hangat seperti facebook yang terkenal dengan butang share, ataupun twitter dengan retweet, dan blog, juga quotes yang selalu saya sedut dari da'ie-da'ie yang entah dari mana. Heh. “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan  hikmah  dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” ( QS.  An Nahl  : 125 ) Hari tu, diberi peluang untuk jadi panel forum batch, tapi disaksikan juga oleh senior yang arif lagi bijaksana. Tapi alhamdulillah, tak sangka boleh dipilih untuk menjadi salah satu panel, sedangkan ramai lagi yang lebih lebih layak. Walaupun saya sedar memang tak layak pun. Tapi disebabkan bb...

Aku dan Jemaah

Image
Bismillah. Nampak tak betapa sensitif dan bisanya tajuk tersebut. Haha bajet. Okaylah, sejujur dan seikhlasnya saya ingin menyetakan, saya sangat pening pusing lagi berputar memikirkan masalah ini. Masalah aku dan jemaah. Masalah ? Ke ? Jemaah mungkin adalah salah satu penyelasaian masalah untuk kita dalam menghadapi hidup ini. Hidup yang memang memerlukan tarbiyah supaya terus kita berjalan dalam landasan pengislahan diri dan dakwah. Alkisahnya, baru balik daripada satu program yang dianjurkan oleh sebuah jemaah. Jemaah yang smeakin hangat diperkatakan sekarang, lebih-lebih lagi apabila menjelang pilihanraya umum-13 ini. Eheh, apa kaitan jemaah dengan PRU bagai ni ? Haha. NGO lain tak kut, tapi satu NGO ni memamng sangat besar kaitannya. Ketahuilah NGO, kerana fikrah politik kamu inilah saya jadi pening dan kusut-masai sebegini. Kusut-masai? Kalau tak kerana fikrah politik kamu, saya akan seredha-redhanya menyahut seruan kamu itu. Ingat hari tu time program. " Kalau ...

Jaulah Jelajah Jordan

Image
Bismillah. Meminjam tagline Gravity, Menelusuri Ibrah, Meneladani Ibrah. Alhamdulillah, Allah, dengan sekali lagi sifat-Nya Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sudi menghantar diri ini ke bumi kinanah ini, dan mengizinkan pulak untuk melawat segala tempat yang Allah kurniakan kat sini, even though, still lagi rasa tak layak dengan semua yang Allah dah bagi selama ni. Alhamdulillah, again and again. Okay, untuk tak berpanjangan lagi dalam bermuqaddimah, 2 hari yang lepas baru je balik daripada Jaulah Jelajah Jordan by Irbid Storage. 20-24 Januari 2013, tarikh yang singkat tapi meninggalkan kesan yang benar-benar berbekas di lubuk hati nan dalam.  Once again : Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan te...

The End

Image
Bismillah. Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus menghabiskan satu sem daripada 18 sem dalam kuliyyah perubatan ini, hari ni, dah berakhir sem satu tersebut. Walaupun setelah merasa agak perit menempuh sem 1 ni, ketahuilah hari hari selepas ini sudah pasti lebih lebih lagi mencabar dan memeritkan. Tangan lama tidak digunakan untuk menaip sebegini rupa. Kering idea. Dan lebih kurang 6 bulan di sini, alhamdulillah, bukan sikit juga saya kira benda yang dapat dikutip. Walaupun keadaan tidaklah setenang ketika saya mengumpul roh-roh semangat ketika di dQ dahulu, tapi saya sedar Allah telah mengeluarkan saya dari tempat tersebut untuk saya belajar perkara yang sangat berharga iaitu, 'erti hidup'. Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka dan lebi...

Taraddud Lagi

Image
Bismillah. Akhir-akhir ni, saya sangat mengakui. Hati saya memang tak tenang, sangat taraddud untuk memilih. Seperti dulu, tinggalkan dQ untuk memilih Jordan. Tapi kali ni, sesuatu yang sangat lebih amat berbeza berbanding dengan keputusan yang perlu diambil sekarang. Dah 3 bulan di sini, dan rasanya semua berjalan dengan terlampau pantas. Kadang merasa cukup selesa dengan kehidupan sekarang, kadang merasa semakin berubah. Berubah? Fizikal kita orang nampak, amal kita pun kadang-kadang orang tahu. Tapi hati kita, hanya Allah tahu. Dan hanya kita yang merasa. Dan hati, hati adalah aset yang paling berharga dalam diri kita. Kalau tak, takkan Rasulullah bersabda, bila baik hati itu, baiklah seluruh anggota badannya. Ya, semua ditentukan hati. Malangnya, bukan kita boleh nampak hati kita bersih atau kotor. Di sini, dengan koleksi ceramah yang melimpah ruah, dengan kelas talaqqi yang agak banyak, dengan segala macam perkara yang lain, saya sudah meletakkan diri saya dalam keadaan...

Jordan.

Image
Bismillah. Hehe. Alang-alang mengarang, post kat blog pun boleh. :p ISU KENAIKAN HARGA MINYAK DI JORDAN                 Ketika kerajaan Jordan mengumumkan pemotongan subsidi bagi harga minyak untuk kenderaan dan juga gas memasak pada malam Rabu, 14 November lepas, rakyat Jordan tanpa bertangguh lagi keluar beramai-ramai di malam yang sejuk melakukan demonstrasi membantah pemotongan subsidi itu.                  Pemotongan subsidi minyak itu yang dikatakan untuk membantu menampung defisit kerajaan yang sudah terlalu banyak itu telah menyebabkan harga minyak untuk kenderaan meningkat dan begitu juga harga untuk gas memasak, yang meningkat dengan peningkatan yang sangat tinggi. Gasoline : JD0.70 kepada JD0.80 seliter Gas memasak : JD6.5 kepada JD10 Diesel dan kerosene : JD0.515 kepada JD0.685 ( JD 1.00 = RM 4.32 ) ...