Posts

Taraddud Lagi

Image
Bismillah. Akhir-akhir ni, saya sangat mengakui. Hati saya memang tak tenang, sangat taraddud untuk memilih. Seperti dulu, tinggalkan dQ untuk memilih Jordan. Tapi kali ni, sesuatu yang sangat lebih amat berbeza berbanding dengan keputusan yang perlu diambil sekarang. Dah 3 bulan di sini, dan rasanya semua berjalan dengan terlampau pantas. Kadang merasa cukup selesa dengan kehidupan sekarang, kadang merasa semakin berubah. Berubah? Fizikal kita orang nampak, amal kita pun kadang-kadang orang tahu. Tapi hati kita, hanya Allah tahu. Dan hanya kita yang merasa. Dan hati, hati adalah aset yang paling berharga dalam diri kita. Kalau tak, takkan Rasulullah bersabda, bila baik hati itu, baiklah seluruh anggota badannya. Ya, semua ditentukan hati. Malangnya, bukan kita boleh nampak hati kita bersih atau kotor. Di sini, dengan koleksi ceramah yang melimpah ruah, dengan kelas talaqqi yang agak banyak, dengan segala macam perkara yang lain, saya sudah meletakkan diri saya dalam keadaan...

Jordan.

Image
Bismillah. Hehe. Alang-alang mengarang, post kat blog pun boleh. :p ISU KENAIKAN HARGA MINYAK DI JORDAN                 Ketika kerajaan Jordan mengumumkan pemotongan subsidi bagi harga minyak untuk kenderaan dan juga gas memasak pada malam Rabu, 14 November lepas, rakyat Jordan tanpa bertangguh lagi keluar beramai-ramai di malam yang sejuk melakukan demonstrasi membantah pemotongan subsidi itu.                  Pemotongan subsidi minyak itu yang dikatakan untuk membantu menampung defisit kerajaan yang sudah terlalu banyak itu telah menyebabkan harga minyak untuk kenderaan meningkat dan begitu juga harga untuk gas memasak, yang meningkat dengan peningkatan yang sangat tinggi. Gasoline : JD0.70 kepada JD0.80 seliter Gas memasak : JD6.5 kepada JD10 Diesel dan kerosene : JD0.515 kepada JD0.685 ( JD 1.00 = RM 4.32 ) ...

Menggali Ilmu

Image
Bismillah. " Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya setelah mereka kembali agar mereka dapat menjaga dirinya" Al-Baqarah : 122 Terngat ayat ni, waktu ditekankan oleh ustaz-ustaz PhD. Ayat ni mengatakan, bahawa golongan yang telah melepaskan diri mereka untuk tidak menyertai medan perang, mereka telah diberi peluang oleh Allah untuk menjadi golongan yang harus 'memperdalam pengetahuan agama mereka'. Maka perjuangan kita menuntut ilmu haruslah sama sebagaimana mereka yang berjihad di medan perang. Dengan kata lain, tidak boleh mereka yang berusaha sedaya upaya untuk berjihad di medan perang, tapi kita leka dalam menuntut ilmu. T.T Alhamdulillah, Allah telah membuka seluas-luasnya pintu untuk menggali ilmu sedalam-dalamnya di sini. Sekali lagi, keinginan menjadi perkara...

Na'am, Bidayah.

Image
Bismillah. Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata. ( Al-Nahl 16:103 ) Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik dah 2 bulan kembara di bumi Jordan ni. Merasai kehidupan di sini, memang tidak boleh diungkapkan melalui kata. Menghadapi suasana yang berbeza, cuaca yang berbeza, masyarakat yang berbeza dan segala benda yang berbeza. Teringat dahulu pesan Ustaz Rasul. " Entunna semua kalau dapat pergi oversea tak kiralah timur tengah ke, UK ke Ireland ke, mana-mana ke, pergilah, cari pengalaman" Betullah, pengalaman tu memanglah sangat mahal, perlu dicari dan dirasai sendiri. Okay, back to the story. Ya, ia mengenai Bahasa Arab. Perkara utama yang menjadi masalah besar bagi penduduk penduduk muda di Jordan ini termasuklah saya. Buka...

Kembara

Image
Firman Allah bermaksud, "Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59) Life = Only He knows it. Pejam celik, pejam celik, dah sebulan senget-senget diri ini berada di tanah berkat, Jordan. Walaupun sangat banyak ujian dan cabaran yang melanda, namun alhamdulillah, diri yang lemah ini masih boleh menguatkan langkah melangkah. Acece. Melihat kepada ayat tadi, benarlah, bahawa Allah yang mengetahui kunci ilmu ghaib. Allah mengetahui dan sedang merancang yang terbaik walaupun kita sentiasa mengeluh, [mungkin saya sahaja] untuk mempertikaikan tentang takdir yang telah Allah tentukan. Mengeluh itu, mengeluh ini, tapi Allah masih sangat penyayang memeberikan saya peluang untuk merasa lagi nikmat Allah yang pelbagai dan unik di atas muka bumi ini. Kadang terasa bodoh, mengeluh sedang yang merancang itu mengetahui segala-galanya. Ya Allah, maafkan, ya diri ini memang s...

For You ~ Budak Khatam

Bismillah. Rugi la saya tak dapat tadah tangan nak aminkan doa orang khatam hari ni. First of all, alfu mabruk kepada nada yang selamat khatam hari ini. Jangan lepaskan peluang khatam sekali lagi. :) Oh saya tak kaya sangat nak postkan hadiah dari sini ke Malaysia sana. Tapi orang kata masa itu emas kan? So, saya dah bagi emas kat awak ni sebab korbankan masa nak buat benda ni. Haha.  Tutor fizik, doakan saya tau, hari Ahad ni exam fizik, isnin ni biology. Fizik tu agak mencabar saraf otak jugak sebab silibus budak Arab ni memang terlebih :p Doa hafizah yang baru khatam, insyaAllah makbul. http://www.youtube.com/watch?v=u73ugFF-cq0&feature=youtu.be Entahlah cane tak boleh bukak kat sini je. Kena masuk Youtube jugak. Kita tak hebat IT.

Sabar Yang Perlu Ada

Image
Bismillah. Allah sedang berbicara tentang erti sabar dan ikhlas kerana mungkin saya sudah melupakan erti sabar dan ikhlas tersebut. Tak sangka dan sungguh tak sangka. Banyak ujian yang melanda diri kebelakangan ni.  Tapi, Bila fikir balik, mungkin Allah hendakkan kejutkan diri yang dalam keadaan yang selesa supaya lebih mengingati Dia. Allah hendak sedarkan bahawa, dah banyak diri ini terlalai, dah lama tak dapat pengisian, dah lama tak mengulang betul-betul, dah banyak sangat gelak, dah kurang sangat menangis. Ujian macam datang tak henti-henti, mengalahkan ribut pasir yang selalu la jugak melanda Jordan ni. Sampai berhabuk habis semua barang atas meja. Okay, langgar topik.  Hari tu, masa fatrah sangat sedih, rasa macam diri terhempap-hempap, tak tahu nak buat macam mana, dan ambil headphone pasang terus Quran. Tersentap bila, ayat ni sekali lagi muncul bila rasa ditimpa ujian. " Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyu mengingati ...