Posts

Sabar Yang Perlu Ada

Image
Bismillah. Allah sedang berbicara tentang erti sabar dan ikhlas kerana mungkin saya sudah melupakan erti sabar dan ikhlas tersebut. Tak sangka dan sungguh tak sangka. Banyak ujian yang melanda diri kebelakangan ni.  Tapi, Bila fikir balik, mungkin Allah hendakkan kejutkan diri yang dalam keadaan yang selesa supaya lebih mengingati Dia. Allah hendak sedarkan bahawa, dah banyak diri ini terlalai, dah lama tak dapat pengisian, dah lama tak mengulang betul-betul, dah banyak sangat gelak, dah kurang sangat menangis. Ujian macam datang tak henti-henti, mengalahkan ribut pasir yang selalu la jugak melanda Jordan ni. Sampai berhabuk habis semua barang atas meja. Okay, langgar topik.  Hari tu, masa fatrah sangat sedih, rasa macam diri terhempap-hempap, tak tahu nak buat macam mana, dan ambil headphone pasang terus Quran. Tersentap bila, ayat ni sekali lagi muncul bila rasa ditimpa ujian. " Belum tibakah waktunya bagi orang-orang beriman, untuk secara khusyu mengingati ...

Sobs

Bismillah. Kebelakangan ni, asyik meluas perasaan. Ye perkara tu bukanlah lagi zikr. Walaupun hakikat blog ini bernama Wazakkir. Hihi. Kalau anda tetibe terbuka blog ini kerana saya tahu sedikit sukarelawan sahaja yang buka blog ini ketahuilah post ini mengenai luahan rasa. Again. Dan sejujurnya, biarlah blog ni jadi tempat dilontarkan kesedihan, dan sewajibnya kesedihan itu diadukan kepada Allah. Sebab saya dah rasa memang takkan ada yang akan faham dengan apa yang saya rasa sekarang. I mean, di sini. Acece, sedih tak? Tapi serious sedih ni. Sesedih muzik instrumental, I am truly missing them. Sape? Dqians. Biah dQ. Biah Quran. Biah ukhuwah fillah. Biah ingat mengingatkan. Biah program dQ. Biah tadhiyyah sahabat. Biah tadhiyyah segalanya. Saya merasa semuanya. Merasa segalanya yang semakin berubah. Merasa kehilangan di jiwa. Merasa kosong tanpa diisi. Bukanlah hidup diisi tiada pengisian. Banyak je perkara yang baik yang perlu untuk kite approach sendiri, makanya untuk pe...

Ini Luahan Rasa : Saya Sayang UJ !

Image
Bismillah. " Akak suke duk kat sini tau, sebab kat sinilah ajar akak macam mana kuatnya pergantungan kita pada Allah. Kat sini, ramai yang akak jumpe, termasuk pengalaman diri akak sendiri. Ujian yang kadang-kadang tak terfikir dek akal, sampaikan memang takde harapan lain selain Allah. Makanya, tawakkal kepada Allah tu menjadi luar biasa. Ingat kita berada di bumi ni, Allah nak bagi ujian biasa-biasa ke? Ni ujian bumi Syam, dan kadang yang tak terasa diuji kerana nikmat yang tak putus-pustus, hakikatnya lebih hebat lagi ujian bila diri melupakan Allah " Okay, post ini adalah post yang sedih. Walaupun keputusan sebenar tak keluar dan tak tahu la lagi nasib macam mana sekarang tapi rasa macam tak tertahan nak meluahkan apa yang dirasa. Bermacam ujian yang telah didatangkan Allah semasa berada di sini, tapi rasanya inilah yang paling memeritkan. Rasa yang tak dapat nak diluah dengan kata-kata, rasa yang Allah sahaja yang mengerti. Duwalii. Mawazi. Duwali. Mawazi. Duwa...

Ohsem Sungguh Mereka

Image
Bismillah. Sudah berapa hari kaki ini meninjak tanah barakah ini. Dan semakin hari, semakin banyak perkara yang mengajar, menguji kekuatan, menguji keimanan dan segala macam rupa lagi. Tak sangka di ibu kota Jordan ini juga, paling banyak perkara yang menduga mahasiswa/wi di sini. Generasi medic dan dentist Malaysia yang terawal mentasjilkan diri ke universiti yang tertua di Jordan ini. Hari pertama melangkah untuk mentasjil, dengan semangat yang baru, tiba-tiba diumumkan oleh oleh Tuan Setiausaha PPMA yuran mawazi bertukar duwali. Duwali dengan bahasa lebih mudah, yuran international untuk Non-Jordanian, untuk satu sem, 9660 dolar. Dengan translation yang lebih mudah ke RM, 30, 000. Dan ia bukan satu jumlah yang sedikit. 6 bulan untuk RM, 30, 000, sebulan RM 5, 000.00. Untuk kami yang bertajaan Yayasan Terengganu, cuma mampu tercengang dengan keputusan ni dan YT sudah menjadi bukan sebuah tajaan yang menjanjikan duit yang melimpah ruah kerana tajaan tersebut hanyalah memadai untuk...

Ahlan Wasahlan Tibb !

Image
Bismillah. Alhamdulillah, telah diberi peluang oleh Allah untuk mendengar sedikit taklimat daripada senior JUST, Saudara Naqeb dan jugak Kak Izzaty. Memang tak dapat nak dinafikan perasaan memang sangat malas sebab dah kali berapa senior dari JUST yang datang bagi taklimat. Sebab memang teringin nak mendengar taklimat dari mahasiswa Perubatan University of Jordan. Tapi memang nak kena padam segala persepsi tu lepas dengar pencerahan daripada kedua mahasiswa Irbid ini kerana telah jelas membuat kami terpaku. Terlampau sibuk hendakkan pencerahan dari warga UJ sehingga tak sedar bahawa memang takde pun orang akan bagi tu. Menyahut cabaran sebagai generasi pertama Malaysia merangka perintis pelajar perubatan di UJ ni. Fahamlah bahawa kehidupan ini, akan dimulakan sendiri,, sepertimana juga warga JUST pernah menjadi perintis beberapa tahun yang lalu. Sepatutnya, take it as a advantage. Sebab ada kelebihan jugak menjadi perintis. Pencorak suasana pelajar perubatan di sini :) So, mem...

Hidup Di Sini ~ Yang Memerlukan Kekuatan

Image
Bismillah. Post pertama setelah meninggalkan bumi Malaysia dan telah selamat sampai di bumi kinanah Jordan. Alhamdulillah, dengan selamatnya Allah telah menyampaikan diri saya dan kawan-kawan yang lain untuk terus berjuang di bumi yang diberkati Allah ini. Bumi Syam. Allazi barakna haulahu. Bumi yang telah dijanjikan oleh Allah untuk Dia menurunkan barakah ke atas bumi yang penuh rahmat ini. Sejujurnya, bukan senang untuk mengambil segala macam barakah di bumi ini. Perlu kesungguhan, perlu semangat dan kekuatan, barulah dapat memecahkan tembok kejahilan dalam diri untuk menghidupkan roh ilmu dan iman. Tapi, it's depends on how strong our desire is. Kalau nak, insyaAllah dipermudahkan. Sejujurnya jugak, hari-hari permulaan di sini, bukanlah senang untuk dihadapi. Sekarang masih di rumah transit, belum dapat rumah sewa kerana di Amman ini, untuk mencari rumah sewa adalah perkara yang agak sukar. Dengan air yang hanya dibekalkan 2 meter untuk 7 orang selama seminggu, keadaan c...

Prefer Labuh ?

Image
Bismillah. Sedang orang lain kalut-kalut berbincang pasal flight dan segala bagai, dan sedang yang lain sudah berada di bumi Jordan. Rasanya eloklah menenangkan diri dan lupakan segala masalah. Memang sistem YT agak memberi ujian yang pelbagai, tapi insyaAllah semuanya berhikmah dan mengajar banyak perkara. Budak pengajian Islam pun dah nak berangkat esok. Okay done. Back to the topic. Hehe. Agak sensitip ke tajuk tu ? "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudar...