Posts

The Last Moments

Image
Bismillah. Walaupun dah berhari-hari balik dari trip dari dQ, tapi hari ni baru nak buat entry pasal trip hari tu. Biarlah, jadi kenangan. Sekurangnya nanti kalau dah lupa bolehla tengok balik. Lepas balik dari BTN, esoknya terus ke dQ walaupun letihnya belum hilang. Ceh, letih ke? Seronok jugak memandai ni. At least, kalau tak memandai tak dapat la stay dQ seminggu. Memandai je tempat tiket bas catar balik Terengganu walaupun masa tu, langsung tak tanya pihak dQ. Ye lah, tengok akak CFS tu senang-senang je keluar masuk dQ ni. Ingatkan ex-dQ memang boleh menumpang pun kat sini. Dan masa on the way ke dQ tu la, baru la text Ustazah Maznah. Terkejut la jugak bila ustazah suruh lepas join program, balik terus ke Terengganu. Tapi cool suda. Pujuk sikit-sikit ustazah dan at last ustazah bagi jugak stay sini. Dan lebih untung lagi, ustazah tak tanya pun nak stay berapa hari. Kalaula tanya.:p Alhamdulillah, peluang yang Allah bagi, memang dah lama pun sangat berharap untuk stay dulu ...

Specially Dedicated To : Banat Waliyyunhamim :)

Image
Bismillah. Thanks sebab sudi jugak bukak blog usang yang berhabuk-habuk ni. Berhabuk-habuk sebab takde visitors. Hehe. Ni sebenarnya olahan idea oleh seorang sahabat kite yang cute, Madihah Sobree. Madi, segan la. Bukannya saya ni pandai sangat bab-bab ni nih. Sepatutnya biarkan student dQ yang buat kerja ni semua. Baru gempak. Hehe. Acece, macam kerja besar ape plak. Oklah, straight to the point, Act, takde pape pun, cuma, ni adalah secebis pesanan keimanan sahabat kepada sahabat. Keimanan yang telah sama-sama kita bina satu masa dulu dekat Imtiaz, walaupun sepanjang 5 tahun, memang agak banyak tribulasi yang melanda, tapi saya percaya, tempat tu memang meninggalkan erti yang sangat bermakna dalam hidup saya, dan saya percaya, kita semua :) Kan? Walaupun kita bukanlah setaraf dengan Maahad Tahfiz, tapi tempat kita telah ajar kita erti bersama dengan Quran, mengajar erti ukhuwah, dan as a short form, mengajar erti hidup. Walaupun bukan semua kenangan kita di sana positif-positi...

Sedih Bertandang

Image
Bismillah. Kejap lagi akan kedengaran laungan untuk masuk kereta sebab nak balik kampung dah. Alhamduillah, dah berjaya graduate sebagai graduan Ramadhan 1433 H. Natijah bagi sijil graduan Ramadhan ni, kat akhirat insyaAllah barulah diketahui. Semoga, natijahnya cemerlang walaupun tahu tak gunakan Ramadhan kalini dengan sebetul-betulnya. Dan semoga Aidilfitri kali ni berjaya mentransformkan diri ke arah fitrah. Alhamdulillah, sangat bersyukur Allah tetap bagi peluang untuk singgah darul Quran sebelum ke Jordan. Biarlah atas nama sebagai pendatang asing atau pun haram sekalipun, janji stay kat sana sudah. Hehe. Tapi, memang sangat bersyukur sebab sebenarnya orang luar ataupun ex-dQ memang tak boleh stay dQ, hari tu Hakimah dengan Huda pun kena balik even asal plan diorang nak stay semalam kat sana. Tapi, turn Rasyidah, Allah bagi peluang stay lima hari kat sana. Tulah kekuatan doa kan? Yakin pada Allah, sebab Dia memang boleh buat apa sahaja yang Dia nak, even benda tu nampak agak m...

1/3 Yang Berlalu

Image
Bismillah Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1117. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali  puasa;   puasa  itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. Puasa  itu ialah perisai. Apabila kamu  puasa  janganlah kamu rosak  puasamu  itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku  puasa."  Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang  puasa  lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. Dan bagi orang  puasa  ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya." First time menyambut permulaan Ramadhan di rumah sejak menempatkan diri di sekolah yang berasrama. Sambut Ramadhan dekat r...

Eh, Saya Tak Layak.

Image
Bismillah. Menghadapi Ramadhan di rumah yang cukup perfect sekali keadaannya, memang agak payah untuk istiqamah. Untuk tambah amal setiap hari, sebab ade je, perkara lain yang menambat hati. Ya Allah, aku bermohon untuk Ramadhan ini memperbaharui hati. Huhu. Entry ni dibuat sebab apa yang dah berlaku kepada seorang sahabat ni.  Betul, kadang-kadang kita merasa tak layak untuk mentarbiyah ataupun berdakwah. Kita rasa, ilmu yang tak cukup, iman yang tidak kuat, dan kadang-kadang rasa diri tak boleh bumikan apa yang kita dakwahkan dan pesankan kepada orang lain. Tapi, itu tanggapan awal kita. Bila kita dah masuk situasi sebenar, keadaan menjadi lain. Keadaan yang lain telah sedikit sebanyak mempengaruhi diri untuk memadam perkataan tak layak tu. Kadang-kadang, perkara tu jadi terpaksa. Hakikatnya kat luar sana, masih ramai yang perlukan sesuatu. Sesuatu yang mereka tak tahu yang perkara tu sangat istimewa dan akan menjadi indah bila dah dapat. Mereka rasa dunia yang mereka...

Kuat Mereka Perlu Diqudwahkan

Image
Bismillah. Alhamdulillah, hari ni masuk malam yang ke-8 kita dalam bulan penuh barakah, Ramadhan. Walaupun amalan-amalan masih tak stabil dan senget-senget, Allah masih mengizinkan untuk menyucikan diri yang bergelumang dengan dosa ni. Fuh, astaghfirullah. Alhamdulillah, walaupun hari ni tak sihat, tapi ada hikmahnya. Betullah, Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya kan? Even tadi sedih sebab macam tak berkesempatan untuk tarawih dengan Sheikh Abdul Rahman kat Masjid Kristal, Allah bagi peluang untuk terawih dekat Masjid Merbau Patah dengan Sheikh Usman. Alhamdulillah. Walaupun sempat 8 rakaat sebab memang tak tahan dengan kesihatan yang agak tidak ok, tapi tazkirah Sheikh Usman tadi sangat memberi kesan. Sheikh Usman asalnya daripada Somalia. Ha, mesti terbayang keadaan rakyatnya yang kurus kering dan sangat menyedihkan tu kan? Tapi, seriously selama ni tengok gambar-gambar Somalia macam takde perasaan pape.  Walaupun Sheikh datangnya dari Somalia, tapi ilmu...

Bukan Allah Yang Hilang

Image
Entry ini memang diwujudkan khas untuk memperingati 5 tahun senget-senget masa yang dihabiskan bersama Quran. Masa yang berlalu tanpa sedar, last sekali dah sampai ke penghujung. Sampai masa untuk berpisah dengan masa yang Allah kurniakan bersama Quran. Err. Bukan, tapi masa yang 'ditetapkan' bersama Quran. Walaupun perjalanan hafalan nampak menyeksakan dan memeritkan, tapi terlampau banyak perkara manis yang tak mungkin saya dapat lupakan.  Imtiaz yang memberi permulaan kepada perjuangan ini, walaupun dalam keadaan yang semput-semput, berjaya memberi bekas yang sangat amat kepada saya dan Quran.  Masa first-first start hafal, memang serba tak kena dan tak reti. Sebab takde sebarang asas dan untuk membaca sahaja pun, agak tunggang-langgang. Masuk Imtiaz, belum pun sempat khatam mengaji. Sampai juzu' 12 je pun. Teringat lagi, time kecik-kecik time mak cerita ada orang yang dapat hafal satu Quran, dengan slumber dan steady saya mengajukan soalan, "Dia...