Posts

Eh, Saya Tak Layak.

Image
Bismillah. Menghadapi Ramadhan di rumah yang cukup perfect sekali keadaannya, memang agak payah untuk istiqamah. Untuk tambah amal setiap hari, sebab ade je, perkara lain yang menambat hati. Ya Allah, aku bermohon untuk Ramadhan ini memperbaharui hati. Huhu. Entry ni dibuat sebab apa yang dah berlaku kepada seorang sahabat ni.  Betul, kadang-kadang kita merasa tak layak untuk mentarbiyah ataupun berdakwah. Kita rasa, ilmu yang tak cukup, iman yang tidak kuat, dan kadang-kadang rasa diri tak boleh bumikan apa yang kita dakwahkan dan pesankan kepada orang lain. Tapi, itu tanggapan awal kita. Bila kita dah masuk situasi sebenar, keadaan menjadi lain. Keadaan yang lain telah sedikit sebanyak mempengaruhi diri untuk memadam perkataan tak layak tu. Kadang-kadang, perkara tu jadi terpaksa. Hakikatnya kat luar sana, masih ramai yang perlukan sesuatu. Sesuatu yang mereka tak tahu yang perkara tu sangat istimewa dan akan menjadi indah bila dah dapat. Mereka rasa dunia yang mereka...

Kuat Mereka Perlu Diqudwahkan

Image
Bismillah. Alhamdulillah, hari ni masuk malam yang ke-8 kita dalam bulan penuh barakah, Ramadhan. Walaupun amalan-amalan masih tak stabil dan senget-senget, Allah masih mengizinkan untuk menyucikan diri yang bergelumang dengan dosa ni. Fuh, astaghfirullah. Alhamdulillah, walaupun hari ni tak sihat, tapi ada hikmahnya. Betullah, Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya kan? Even tadi sedih sebab macam tak berkesempatan untuk tarawih dengan Sheikh Abdul Rahman kat Masjid Kristal, Allah bagi peluang untuk terawih dekat Masjid Merbau Patah dengan Sheikh Usman. Alhamdulillah. Walaupun sempat 8 rakaat sebab memang tak tahan dengan kesihatan yang agak tidak ok, tapi tazkirah Sheikh Usman tadi sangat memberi kesan. Sheikh Usman asalnya daripada Somalia. Ha, mesti terbayang keadaan rakyatnya yang kurus kering dan sangat menyedihkan tu kan? Tapi, seriously selama ni tengok gambar-gambar Somalia macam takde perasaan pape.  Walaupun Sheikh datangnya dari Somalia, tapi ilmu...

Bukan Allah Yang Hilang

Image
Entry ini memang diwujudkan khas untuk memperingati 5 tahun senget-senget masa yang dihabiskan bersama Quran. Masa yang berlalu tanpa sedar, last sekali dah sampai ke penghujung. Sampai masa untuk berpisah dengan masa yang Allah kurniakan bersama Quran. Err. Bukan, tapi masa yang 'ditetapkan' bersama Quran. Walaupun perjalanan hafalan nampak menyeksakan dan memeritkan, tapi terlampau banyak perkara manis yang tak mungkin saya dapat lupakan.  Imtiaz yang memberi permulaan kepada perjuangan ini, walaupun dalam keadaan yang semput-semput, berjaya memberi bekas yang sangat amat kepada saya dan Quran.  Masa first-first start hafal, memang serba tak kena dan tak reti. Sebab takde sebarang asas dan untuk membaca sahaja pun, agak tunggang-langgang. Masuk Imtiaz, belum pun sempat khatam mengaji. Sampai juzu' 12 je pun. Teringat lagi, time kecik-kecik time mak cerita ada orang yang dapat hafal satu Quran, dengan slumber dan steady saya mengajukan soalan, "Dia...

Sabar Itu Anugerah

Image
First post selepas pulangnya daripada kursus yang banyak mengajar erti kesabaran. Fuh.. First impression, masa mula-mula dapat jadual kursus, alhamdulillah. Sekurangnya ada lah jugak pengisian tu kan. Ada bacaan al-Quran pagi-pagi sejuzu' sehari. Pastu ada kuliah Maghrib, solat berjemaah. Ok lah, Tapi, masa menghadapi tu, memang diri saya merasa tidak ok. Tinggal di bi'ah luar, tidak berdepan dengan tarbiyah yang selama ni tersedia di depan mata, memang sangat amat mencabar. Saya akui, kadang-kadang rasa macam tersungkur jugak dengan bawaan bi'ah ni, tapi terpaksa la buat-buat gagah. Buat-buat tak terkesan dengan bi'ah yang baru sahaja diperkenalkan ni.Dan, tinggal di bi'ah ini, mengajar untuk mengaplikasi apa yang telah dikutip dahulu di tempat tarbiyah terulung, Darul Quran JAKIM. Dan memanglah, mengutip sangat mudah nak dibandingkan dengan aplikasi tu. Time dapat tarbiyah dulu, kadang-kadang terima dengan sambil lewa dan tak menghargai. Sebab tarbiyah macam...

Flowergirl

Image
She is called flower girl. Because she has brought  to me 'beautiful flowers' in my life.   Walaupun tangan dan buah pemikiran ni taklah hebat seperti admin earimlagnes, tapi, takpelah, sekurang-kurangnya, semua ni datang dari hati yang masih merasa sangat terkesan sebentar tadi. First and foremost, terima kasih sebab sudi membuat satu post khas tanpa bayaran dalam blog yang digemari ramai tu. Sebenarnya, saya agak risau, sebab nanti kalau ada orang Google nama, keluar blog earimlagnes tu. Tak pasal-pasal adminnya ambik populariti saya. Tapi takpelah, nanti kalau orang Google nama awak, blog saya la pulak yang famous ye, Cik Nur Amira binti Shuib. Entry birthday tu pun ade penuh kamu eh? Ala takpela. Hey, nasib baik saya tak jadi Kassim Selamat tadi. Rasanya, dah hampir sama dengan Mirae time lepas exam Syafawi tempoh hari. Haha. Lebih kurang camtu kot. Tapi yang pasti lebih lama dan takde orang nak pujuk. Ingatkan nak tidur je ikut contoh hari tu, tapi tetiba...

D314 yang mentarbiyahkan ~

Image
Bismillah. Kebelakangan ni, asyik duk menulis cerita hidup je. Maybe terlampau terkesan kot, dengan apa yang terjadi dan akan terjadi sehari dua ni. Seriously, darul Quran bukan tempat yang mudah untuk dipadamkan daripada ingatan. Sungguh! D314. Tempat yang meninggalkan sangat amat banyak memori dan kebanyakan memori tercipta di sini. Selain tempat kedua, masjid darul Quran dan merangkap tempat ketiga, D309. Cerita pasal dQ, memang tempat yang terlampau banyak membina peribadi dan jati diri, tak boleh diistilahkan dengan kata-kata sekalipun. Alhamdulillah, Allah yang sangat penyayang itu telah menghadiahkan darul Quran buat saya. Bilik ni, tempat aku bermalam dari terangnya siang dan gelapnya malam. Acece, bermadah. Tempat menghaiskan masa dengan room-mate terchenta, Siti Amira Faihah [ Mira ], Asmaa' Majdan [ Mokdang ] dan kenangan silam, Siti Nurul Farhanah [ Pana ] dan penziarah-penziarah tetap, Nur Amira [ Mirayam / Mirae ] Afifah hasbi [ Poh ] Rumaisa' [ Mecak ] Ha...

Gembira yang memilukan.

Image
Bismillah. Semalam, masa Najwa call kata dia dah dapat call daripada YT, dah berkurang sikit keyakinan untuk dapat YT. Tapi pagi ni, tiba-tiba YT call ayah suruh pergi ambil surat tawaran dekat bangunan Yayasan. Dan, termaktublah, aku dapat YT dengan cara yang sangat mengejut. Dan juga, sangat cepat. Ingatkan sempat lagi masuk dQ hari Ahad ni. Tapi nampaknya, memang takde rezeki untuk kembali ke dQ semula. Memang kalau nak diikutkan perasaan, sangat sedih nak meninggalkan bumi barakah, Darul Quran. Tapi, insyaAllah, inilah sebaik-baik keputusan. Keputusan daripada istikharah, insyaAllah tak salah. Walaupun kadang-kadang hati tak tetap, sekejap Jordan, sekejap Darul Quran, tapi lepas semua yang dah pun berlaku, Allah telah kuatkan hati ini untuk pilih Jordan. Apa yang Dia buat ni, terkandung hikmah yang tak terkira. Mula-mula, Allah pilih masuk dQ, walaupun hakikatnya, dekat Imtiaz dah habis hafal 30 juzu'. Dan lepas tu pulak, Allah telah takdirkan jugak dapat ust...