Posts

Innallaha 'ala Kulli Syaiin Qadir,,

Terketar-ketar tubuhku, nafas, ku tarik perlahan-lahan,, Namun semuanya tidak menampakkan perubahan, aku disapa suara ibuku, aku gagahkan diriku membuka dua kelopak mata yang tiada bermaya, "Ok tak?" sayup-sayup suara itu menyapa gegendang telingaku "Kurang, tapi, insyaAllah, boleh bertahan lagi ni.." jawabku, seakan berdusta "Mmm.. kita pergi hospital lepas Subuh nanti la ye.." jawab ibuku. "Ok2" Tangan berurat itu perlahan-lahan menggosok-gosok belakangku. Aku gagahkan diri menahan ujian Allah ini, teringat aku sabda Rasulullah dalam sebuah Hadis Qudsi "Tidak Aku timpakan penyakit kepada hambaKu melainkan aku gugurkan dosa-dosanya seperti gugurnya daun pokok pada musim luruh" KuasaNya tidak dapat ditandingi, aku rasakan paru-paru semakin sukar menyedut udara daripada luar. Bunyi kurang senang keluar daripada mulutku membuatkan si ibu yang sudah gelisah bertambah gelisah. "Ok tak ni?? Makin teruk je,, kita pergi hospital sekarang ...

Fadhilat Solat Tahajjud

Image
Sembahyang tahajud iaitu sembahyang sunat dua rakaat, merupakan di antara pelbagai shalat sunat yang disyariatkan oleh Allah. Ia ditunaikan apabila seseorang itu terjaga daripada tidur sementara waktu yang paling sesuai melakukannya adalah di antara sepertiga malam iaitu kira-kira dari pukul 2:30 pagi hingga menjelang subuh. “Kalau nak sembahyang sebelum tidur, iaitu selepas sembahyang isyak pun boleh, tapi lebih eloklah pada sepertiga malam kerana waktu itulah yang paling sesuai untuk seseorang itu membersihkan jiwa serta mendekatkan diri dengan Allah” kata Ustaz Muhd Shafie, setiausaha penasihat syariah sebuah syarikat makanan antarabangsa. Sebagai seorang yang banyak membuat kajian berhubung shalat tahajud, Mohamad memberi penjelasan lanjut mengenai sembahyang itu ringkas tetapi padat. Beliau memberitahu, walaupun sembahyang tahajud dua rakaat sahaja, ia boleh ditunaikan lebih daripada itu mengikut kemampuan masing-masing. Bagaimanapun sebelum sembahyang tahajud, adalah lebih elok j...